Hadiah Mangkuk Tingkat

Tuesday, September 08, 2020

Selepas musim pinggan mangkuk ayan, musim mangkuk tingkat klasik pula muncul. Bila mangkuk tingkat viral, maka ramailah pemborong mangkuk tingkat berwarna-warni ada dipasaran. 

Masuk shopee, boleh rambang mata dibuatnya. Tengok harga dan tepuk poket lah kan.

Mangkuk Tingkat

Mangkuk tingkat disebut juga tiffin, tiffin enamel, tiffin food carrier dan mangkuk tingkat sia. Dikalangan Masyarakat Melayu lama panggil mangkut tingkat. Dengan kemunculan semula mangkuk tingkat ayan ni mengingatkan semula nostalgia lama.

Orang dulu bekalkan makanan guna mangkuk tingkat. Masa tu mana ada zaman tupperware. Bila ada majlis kahwin, nak bekalkan pihak pengantin sebelah sana mesti bekalkan dengan mangkuk tingkat. 

Takpun bawa bekal pergi kebun pun guna mangkuk tingkat. Memang nostalgia sungguh mangkuk tingkat ni. Tapi mangkuk tingkat dulu banyak yang jenis besi aluminum bercorak tu. Tahan lama mangkuk tingkat tu.

Kadang mak kat kampung nak bekalkan lauk guna mangkuk tingkat, Fiza berkeras tak nak guna mangkuk tingkat. Nak tunggu balik kampung memulangkan tu ambil masa juga. Kot mak nak guna ke kan. Baik tak payah. 

Lagipun faham mak-mak kita ni sayang koleksi pinggan mangkuk dia macamana. Sama macam tupperware tu jugalah cerita dia.

Rezeki Dapat Hadiah Mangkuk Tingkat

Siapa sangka, rezeki memang tak pernah salah alamat. Sedang berkira-kira juga nak membeli mangkuk tingkat bila ada bajet nanti sebenarnya. Tup tup, dia datang dalam bentuk hadiah.

Salah satu gambar Fiza terpilih dapat Top.1 dalam satu challenge. Tak sangka sebenarnya terpilih terus nombor 1 tu. Padahal diri sendiri rasa kurang puas hati dengan gambar sendiri.

Iyalah, penilaian pandangan mata sendiri tak sama dengan mata orang lain. Mungkin pandangan mata kita biasa je. Tapi pandangan mata orang lain sebaliknya.

Hadiah Mangkuk Tingkat

Alhamdulillah. Tak sangka dapat hadiah mangkuk tingkat tu. Ikut perancangan Fiza memang nak beli bila ada bajet lebih sikit. Benda bukan keutaamaan kita kebelakangkan dulu.

Plannya membeli untuk kegunaan dan juga sebagai props gambar of course! Bila dapat hadiah tiffin ni seronok betul. Tak payah dah lah beli.

Yang Fiza dapat ni pun saiz comel je. Untuk bekalan portion sikit boleh lah untuk bekal sorang makan. Nak gunakan untuk props pun better sebab muat dengan ruang yang ada. Besar-besar nanti tak muat susah pula nak adjust ruang.

Sedang elok juga dapat warna putih. Nampaklah sikit mangkuk tingkat klasik. Nak guna pun macam sayang je. Buat perhiasan dan props gambar je lah nampaknya nanti. 

Mangkuk tingkat ni sesuai sangat dibuat sebagai hadiah. Hadiah kahwin, hadiah lucky draw, doorgift dan hadiah untuk event yang sesuai. Itu kalau ada bajet lebih lah. Harga mangkuk tingkat tiffin enamel ni boleh tahan juga ye harganya.


50 comments

  1. Classic. Saya sekarang guna mangkuk tingkat cap Tupperware je, selalu guna masa ada potluck hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman moden guna mangkuk tingkat tuppeware je. yg classic ni kita simpan je :)

      Delete
  2. Kalau saya, mangkuk tingkat macam ni guna sendiri je. Contohnya untuk ke picnic n potluck. Bagi orang, nanti segan nak mimtak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..faham faham. Lagi pulak mangkuk tingkat tak berapa nak ramai tu kan.

      Delete
  3. WOW BESTNYA , CANTIK PUN CANTIK . eh lupa off capslock hehe , tapi my mom kalau dapat mesti best juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak mak kita of course suka kalau bab barang dapur ni :)

      Delete
  4. klasik... akak mangkuk tingkat tupperware je yg ada... tapi akak tengok sia jenis color2 ni mahal jugak harganya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. mangkuk tingkat 2 tingkat tupperware tu je ada. yang ni pun rezeki dapat hadiah. itulah kak, harga boleh tahan juga kan.

      Delete
  5. sy ketap2 bibir bila nmpk starbucks kuar kn tiffin baru arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh starbuck punya mampu pandang je lah. huhu

      Delete
    2. rm138.90. dlm nya ada 4 ketui moon cake... tp soooo syantekkkk

      Delete
  6. Tahniah fiza... Cantik. Tetiba² teringat pulak dgn mangkuk tingkat arwah nenek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Mangkuk tingkat dan kenangan berpisah tiada :)

      Delete
  7. wow bestnye dpt hadiah mangkuk tingkat :D

    ReplyDelete
  8. dulu masa kecik2 kalau balik kampung.. bila saudara2 bawa mangkuk tingkat masing2..tak sabar nak tgk apa dalamnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Teringat moment tu. Mostly masa raya atau kenduri masing masing bawa mangkut tingkat.

      Delete
  9. Mak saya kalau dapat ni mesti sonok beno diaa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mak kita memang suka benar mangkuk tingkat. Mahunya tak suka :)

      Delete
  10. Saya juga rindu melihat rantang susun ini. Sekarang sudah sangat jarang terlihat.

    Mungkin setelah ini ada produsen memproduksinya kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sana panggil rantang susun ya? sekarang susah jadi trending mangkuk tingkat ni. Kembalikan nostalgia lama :)

      Delete
  11. Mangkuk tingkat ni satu yang klasik. Sangat-sangat. Kak PC suka mangkuk tingkat ni. Lagi la sekarang semakin banyak wajah baru mangkuk tingkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka juga mangkuk tingkat ni kak. Tapi duit tak ramai, tak dapat lah nak buat koleksi :(

      Delete
  12. lawa ..un guna tupperware je..heheh selamat untuk dibawa tetapi tak selamat kalau tertinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang zaman tupperware. Tertinggal memang naya je.haha
      Mangkuk tingkat jarang dah orang guna :)

      Delete
  13. kak pip masuk blog fiza sekarang ni, bukan nak baca artikel, tapi sibuk nak tengok gambar semua awesome, cantikkkkkk gila gila. ekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, ni terus skip tengok gambar je lah ni ye kak. hihi..terima kasih kak :)

      Delete
  14. Tahniah fiza!! Best dpt mgkuk tgkat..shida pn xde koleksi lg hehee..mgkuk tgkat ni tradisi berzaman..smpai skg pun org msh guna tau..cuma patern je berbeza..dulu mgkuk tgkat ni jenis besi skg..tupperware pn dah ade jenis bertingkat kan..fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Shida. Biasa nampak yang besi ada corak ukiran tu. Tu mahal boleh tahan juga. Tuppeware bertingkat ada dah buat bekalan untuk suami :)

      Delete
  15. Tahniah...cantik tiffin tu..tak sabar nk tengok tiffin as prop dlm photo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ada masa dan kesesuaian nanti kita gunakan :)

      Delete
  16. Kaannnn....akak dah ckp you are a 'photographer hebat'! You photos are always amazing! Even akak yg x tau psl fotografi ni pun admire foto2 Azhafizah. Congrats dear! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Thank yo so much kak. Really appreciate :)

      Delete
  17. Kalau kami menyebutnya rantang cik. Sudah jarang yang model begitu sekarang. Nilainya sekarang jadi unik dan artistik

    ReplyDelete
  18. wahh bestnya dapat mangkuk tingkat!!! btw tahniah!!!

    ReplyDelete
  19. Mangkuk tingkat begini mengundang nostalgia lalu....

    ReplyDelete
  20. ray teringin nak beli one for me but tak tau nak guna untuk apa sbb jrg sgt gunanya. haha

    ReplyDelete
  21. Syukur Alhamdulillah murah rezeki sis.
    Ooo... Rupanya mangkuk tingkat ni pun di panggil tiffin ya.
    Terasa pula nak pakai ni pergi picnic.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. Rezeki tak salah alamat..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.