Meng Sangkaya Ala Boat Noodle

Friday, April 10, 2020

Sangkaya ala boat noodle, satu lagi menu viral musim PKP ni yang baru dapat Fiza cuba. Almaklumlah baru dapat stok roti putih gardenia tu. Alang-alang dah ada tu, sajalah cuba buat ikut resepi sangkaya dari Encik Google. Stok daun pandan yang ditanam pun ada banyak juga tu. Memang sesuai sangatlah meng sangkaya untuk minum petang.

Musim PKP ni, asal viral je nak cuba sedangkan menu ni dah lama ada tak nak pulak mencuba kan. Bila dah lama duduk rumah dan tak tahu nak buat apa selain memasak. Masa ni lah nak mencuba bermacam-macam resepi masakan terutamanya yang viral. Belek punya belek resepi sangakaya tu senang je rupanya. 

Sangkaya Ala Boat Noodle

Blend 5-6 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis air tu. Air tapisan daun pandan masukkan dalam periuk campurkan dengan 3 sudu gula, 1/4 sk garam, 1 sudu besar tepung jagung, 1 biji telur dan 4 1/2 cawan fresh milk. Kacau rata semua baru buka api dan kacau perlahan-lahan sampailah sebati. Kena sentiasa kacau kalau tak nanti berketul-ketul. Nak lagi cantik, dah masak tu tapis untuk dapatkan tekstur yang lebih halus dan tak berketul-ketul.

Nota : Boleh guna santan atau fresh milk ye. Fiza guna fresh milk sebab santan takde stok.

Nak lebih pekat, tambah tepung jagung lagi. Tapi kaedah dia kena bancuh dengan air biasa dulu baru masukkan bersama adunan. Nak manis lagi tambahlah gula ye. Bila masak pandan kaya ni best betul bau dia. Bau pandan tu sangat menyelerakan oiii..Tak sabar nak makan. Roti tu kau orang potong empat dan kukus untuk dapatkan roti yang lebih lembut gitu. Nak makan dengan roti biasa terus pun boleh. Ikut tekak masing-masing lah.

Rasa sama macam boat noodle tak? Entahlah..sebab tak pernah makan kat boat noodle tu. Tapi sangkaya kat boat noodle je famous kan. Anggap je lah rasa dia lebih kurang je. Dah itu resepi yang orang share. Kita pun ikut kan je lah. Rasa dia sedap kalau kau orang suka perisa pandan kaya. Mudah betul nak buat sangkaya ni, bolehlah buat minum petang. Itupun kalau stok roti ada. 


26 comments

  1. Samalah tak pernah makan sangkaya Boat Noodle.
    Menarik, alternatif lain untuk makan dengan roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri ala ala boat noodle pun bolehlah kan :)

      Delete
  2. ala, daun pandan ritu beli dah kering dah buat pewangi bilik air. Kalau tak, boleh buat ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time kena simpan dalam sejuk beku tu..boleh tahan lama sikit :)

      Delete
  3. Tak pernah buat lagi sangkaya ni.Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. Ala, takde daun pandan nak cuba. Kalau ada boleh juga cuba. Hehe. Tapi roti pun susah juga nak dapat waktu PKP ni.

    ReplyDelete
  5. kenapa terlihat menggoda sekali ya, mba? jadi ingin mencoba.

    salam dari temannya susanti upin ipin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah sini. silakan mencuba ya.

      Delete
  6. Nampak sedap. Warna hijau dia tu menggoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah..warna hijau dia nampak cantik walaupun tanpa pewarna tambahan :)

      Delete
  7. ingt nk buat juga..rindu sangkaya boat noodle

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Errr..seram pulak nak jawab tiba tiba tanya soalan ni..ada di sidebar :)

      Delete
  9. rajinnya dia.. cantik pula jadinya tu..

    ReplyDelete
  10. sangkaya ni febret mak kat kampung..dari kecik lagi, esok nak raya, mak akan buat sangkaya ni..dia suka makan dengan ketupat pulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ye ke kak..jarang ada menu sangkaya musim raya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.