Dapat Juga Makan Kuih Keria Gula Melaka Yang Viral Tu


Sejak kuih keria gula melaka jadi viral, scroll scroll facebook semua update kuih keria gula melaka je. Kuih keria gula melaka ni yang mula-mula di jual di Melaka memang dah viral sejak ramai orang beratur sampai berjam-jam untuk dapatkan kuih keria gula melaka tu. Ada yang dari jauh pun sanggup datang Melaka semata-mata nak dapatkan kuih keria yang istimewa ni. Hebat betul penangan kuih keria gula melaka ni. Bila dah viral, siap ada buat delivery lagi tu sampai ke luar Melaka.


Untuk orang dekat-dekat Melaka tu bolehlah beli je. Untuk orang jauh-jauh ni mampu buat sendiri je la kalau nak merasa. Ramai dah cuba buat kuih keria gula melaka. Bila dah namanya viral, semua pakat cuba buat. Fiza nak buat memang tak lah. Tak berapa nak ada kerajinan nak buih tradisional ni. Lagipun makan berdua je, baik beli je. Itu ayat kalau malas buat. Kalau rajin, sanggup buat walaupun susah. Kannn..cakap je lebih. Hihi

Kebetulan nampak kawan Fiza yang memang nak jual kuih keria. Terus Fiza order. Kalau yang buat makan sendiri tu takkan nak meminta minta pulak. Jadi, kita dapatkan dengan gunakan saluran yang betul dengan membeli je. Fiza order 30 biji terus. Amboii melantak sorang-sorang ke tu? Eh taklah.. 20 biji tu untuk menjamu kengkawan. Fiza dan husband punya 10 biji je. Terlebih cukup dah tu kan. Dalam gambar dah terkurang 2biji, dah ngap dulu sebelum ambil gambar. Hehe...


Alhamdulillah dapat juga merasa kesedapan kuih keria gula melaka ni. Memang sedap! Yang kawan Fiza buat ni Fiza suka sedap tak manis sangat. Just nice. Dan isi pun lembut. Sebelum ni biasa rasa kuih keria salut gula tu manis ya amat. Tak sesuai dengan Fiza sebab kalau makan manis nanti sakit gigi. Memula inagatkan manis sangat. Ye lah kan, bersalut gula manis mesti lagi manis. Tapi tak! Sesedap semanis gitu.  Next time order lagi. 



Untuk orang Bangi atau sekitarnya boleh order dekat kawan Fiza ni. Kalau yang takde masa nak buat tu la. Kalau dah pandai buat sendiri, buat sendiri je. Bagi Fiza yang malas nak rebus keledek, melenyek keledek bagai ni beli je la. Hehe...Puas hati den dapat merasa juga kuih keria gula melaka yang viral ni.

Niza - 60 12-717 3689
with love,
Sihatimerahjambu