Zakat Fitrah JANGAN DILUPAKAN

Wednesday, June 29, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Dalam kesibukan membuat persiapan hari raya, jangan dilupakan untuk membayar zakat fitrah bagi menunaikan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Selesai sudah tanggungjawab suami bayar zakat fitrah untuk kami berdua. Korang dah ke belum? Jangan dah hujung-hujung Ramadhan sampai terlupa pula nanti.
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Kefardhuan Zakat FitrahTakrif Zakat Fitrah
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Hukum Zakat Fitrah
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.


Bagi mereka yang mampu, silalah tunaikan tanggungjawab membayar zakat. Jangan buat-buat lupa pula. Kadar bayaran zakat tahun 2016 ada yang masih kekal dengan jumlah yang sama seperti tahun lepas dan ada juga naik. Walau berapa pun jumlahnya, niat untuk membayar zakat tu lagi penting.






With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.