Tema Bilik Tidur Warna Navy Blue

Friday, June 10, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera


Nanti nak raya, semua sibuk dengan persiapan dekorasi rumah. Ada yang tukar perabot baru, tukar sana baru, tukar sini baru. Kalau boleh bila masa raya semua nak baru selain baju raya baru. Ada tau orang yang macam ni sampai sanggup berhabisan duit semata-mata nak semua baru. Itu kalau banyak bajet takpe, bagi yang bajet tak berapa nak ada² ni tengok je la. Jangan ikut bajet orang, ikut bajet sendiri. Walaupun takde benda baru nak sambut raya, raya tetap masih meriah kan.

Tahun ni Fiza belum buat sebarang persiapan lagi. Baju raya pun tak sempat nak tempah dah. Nampaknya terpaksa beli je la nanti. Kuih pun tak buat dan tak tempah. Beli mana yang ada je nanti. Takpe, lambat lagi kot kan nak cerita. Mood tengah cari idea nak dekorasi rumah ni. Kalau sempat boleh lah di kirakan dekorasi baru untuk raya. Kalau tak, lepas raya pun boleh. Saja nak bagi suasana baru untuk rumah. Lagi-lagi Fiza suka deko dan husband pun terjebak sama.

Walaupun Fiza ni peminat tegar warna pink tapi tak semua benda milik Fiza warna pink. Sekarang ni nampaknya dah tergoda dengan cat bilik tidur warna navy blue. Cukup-cukuplah Fiza dah cat bilik kat kampung je warna pink. Bilik kat rumah ni nak cuba cat warna navy blue walaupun sebelum ni macam nak cat warna lain sebenarnya tapi itulah terjadi bila pendirian tak tetap, tersuka tanpa sengaja dengan warna navy blue ni dan suka dengan tema rustic ni. 


Nampak sesuai sangat dengan mood bilik tidur kan.


Dari pemerhatian Fiza, warna navy blue ni sangat sesuai di gabungkan dengan hiasan dan perabot warna putih ataupun warna beige. Satu warna gelap dan satu lagi warna terang memang menarik kombinasi warna ni.





Ataupun digabungkan dengan perabot jenis kayu yang menarik macam ni. Lagi nampak rustic kan. Suka sangat tengok macam ni. Macam tak sabar pulak nak mengecat. Sebelum puasa haritu sempat cat rumah mak kat kampung ruangan living hall dengan warna persian blue. Nampak luas dan lebih terang.  Kalau nak dalam rumah nampak luas pilihlah warna yang lebih terang. 


Harap-harap tercapai nak cat bilik warna navy blue nanti. 


With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

  1. Tudiaaa lawanyaaaa combinasi warna.. Ni rasa nak cat bilik parents ena warna ni.. Bilik ena kena pink sentiasa ahaks

    ReplyDelete
  2. Menarik warnanya. Tapi alatan perabotnya agak mahal dan mewah.

    ReplyDelete
  3. cantik warnanyaa..hehe selamat mengecat dan dpt bilik idaman ;)

    ReplyDelete
  4. ni yang rasa nak tukar warna bilik ni..mmg cantik

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.