Permohonan Kad Nikah Pintar (MY NCR)

Wednesday, June 29, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Dah masuk tahun ketiga perkahwinan, barulah berkesempatan nak buat permohonan Kad Nikah Pintar (My NCR) ni. Disebabkan rumah di Negeri Sembilan dan tempat nikah di Segamat, Johor. Makanya tunggu balik kampung baru pergi Pejabat Agama Segamat. Sebelum ni dah dua kali pergi pejabat agama sebab nak buat permohonan kad nikah pintar tu tapi masa pertama kali (tahun pertama kahwin) tu katanya sistem dalam proses upgrade kena tunggu beberapa bulan lagi baru boleh buat permohonan. Kecewa tau penat-penat pagi tapi tak boleh buat pun. Lain kalilah jawabnya nak datang semula.

Kali kedua pergi (tahun kedua), silap fotostat surat nikah. Ingatkan boleh guna surat salinan nikah sementara tu. Tapi tak boleh. Kena fotostat surat nikah yang asal tu juga. Kecewa kali kedua tau! Dalam hati ni memang salahkan diri sendiri sebab tak check betul-betul. Ermm...takpelah, silap sendiri kan. Masa datang kali kedua ni, staff pejabat agama bagi borang permohonan. Katanya untuk permohonan ni boleh je sesiapa pun hantar borang permohonan ni dengan syarat semua permohonan dah lengkap. Okay, permohonan lengkap tu macamana? Nanti Fiza sambung cerita pasal tu.

Akhirnya kali ketiga (tahun ketiga) hari ahad lepas barulah selesai permohonan kad nikah pintar. Kemain ambil masa 3 tahun baru dapat melunaskan impian ada My NCR ni. Takdelah nak bawak surat nikah kalau kemana-mana tu kan. Lepas ni senang dah ada MY NCR kad mudah disimpan dan di bawa dalam purse.


Disebabkan borang dah ambil awal dan dokumen lain pun dah lengkap. Datang pejabat agama cuma serahkan borang dan buat pembayaran je. Sebenarnya boleh je minta tolong family hantarkan tapi apalah sangat hantar borang tu kalau tak boleh buat sendiri kan. Untuk diri sendiri juga. Lainlah kalau sibuk sangat tu. Lagipun dapat pengalaman sendiri. Kemain ayat!

Salinan dokumen yang diperlukan :

  • 2 Salinan kad pengenalan suami/isteri
  • 2 salinan sijil nikah
  • 2 Keping gambar suami/isteri size passport ( lelaki bersongkok dan perempuan bertudung)
  • Bayaran RM40

Sebelum ke pejabat agama pastikan semua salinan yang diperlukan ada barulah permohonan lengkap bersama borang permohonan ( di ambil di pejabat agama). Jangan kecewakan diri sendiri kalau dorang tolak permohonan semata-mata ada satu tak lengkap. Proses permohonan ni tak ambil masa yang lama. Disebabkan borang permohonan dah ambil awal, lagi cepat proses tu sebab dah isi borang siap-siap di rumah. 

Kalau takde borang, nanti staff akan berikan borang. Datang ke Pejabat Agama, kemudian ambil nombor. Kalau Pejabat Agama Segamat, urusan permohonan di tingkat atas. Belum sempat duduk, nombor dah tertera kat board LED tu. Sebab tak de orang pun. Itu yang cepat tu tak perlu nak menunggu.

Selepas staff dah check borang dan salinan dokumen dah lengkap, buat bayaran RM40 kemudian akan diberikan resit. Dalam masa 3 bulan kad nikah pintar akan siap. Dah sampai waktu 3 bulan tu, boleh telefon pejabat agama tanya status kad nikah pintar dah siap ke belum. Kalau dah siap boleh ambil di pejabat agama. Agak lama juga nak siap kan. Tak pe, tunggu je. Yang penting ada. Tak sampai 5minit dah siap urusan permohonan kad nikah pintar di Pejabat Agama. Senang hati satu hal dah selesai!


Updated : 9 Oktober 2016. Baru ambil Kad Nikah Pintar


Dapat 2 keping kad nikah pintar. Satu untuk isteri. Satu untuk suami. Tak perlu dah nak bawak sijil nikah yang gedabak besar tu.

With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

  1. akak dah buat masa lepas amik sijil nikah..

    ReplyDelete
  2. dh 3tahun gak kawen, still blm buat kad nikah ni.. huhuhu.. johor dh ada encr, tp link utk buat kad nikah xde pun.. sedihhhh.. dh la jauh..

    ReplyDelete
  3. Hehhee tak penah buat kad nikah..pkai buku nikah je hahahha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.