Cashout Nuffnang Jun 2016

Thursday, June 30, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Dekat-dekat hujung bulan mesti nak kena check akaun Nuffnang boleh cashout ke tidak. Alhamdulillah dapat cashout Nuffnang untuk bulan Jun ni. Walaupun jumlahnya agak krik krik sikit tapi selagi boleh cashout, Fiza cashout je. Boleh juga tambah duit belanja kalau masa diperlukan tu. Terbalas juga penat lelah update blog tu ha..


Bulan depan tak pasti dapat cashout ke tidak sebab earnings pun sen-sen je tak naik-naik. Nak cukupkan lebih RM50 lebih dalam masa sebulan agak makan masa juga kalau dari sehari ke sehari earnings tak naik-naik. Kalau takde rezeki, kena faham sendiri yang rezeki mungkin di bahagian lain pula. Bab rezeki ni ada macam-macam jenis rezeki. Bila duit tabung dah kembali kosong, mulakan menabung kembali dan harap-harap bulan depan ada rezeki untuk cashout.

Kena sentiasa bersyukur menerima apapun jenis rezeki. Kalau takde rezeki tu maknanya rezeki tu milik orang lain. Kena ajar diri sendiri bahawa walaupun rezeki tu lambat sampai pada kita, mungkin rezeki yang bakal sampai tu lebih besar maknanya. Betul tak? Usaha, doa dan tawakal. Takde ketiga-tiga tu jangan haraplah rezeki nak datang bergolek depan mata.

Haa kan dah membebel pagi-pagi ni. Bukan bebel tapi sekadar perkongsian je. Okay, kalau dah cukup duit tabung Nuffnang tu jomlah kita cashout beramai-ramai dengan harapan cheque akan sampai awal bulan Ogos nanti.
As stated in Nuffnang payment policy, Nuffnang pays its members 30 days (60 days for Ordinary) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time. The status will be changed to 'Paid' once the cheque has been sent to you! Hope this clarifies! Thank you and have a nice day!-Nuffnang
With Love, Sihatimerahjambu

8 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.