Ayam Masak Serai Ala Thai

Tuesday, June 21, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera


Pening oii nak masak apa hari-hari. Itulah masalah utama setiap hari seorang surirumah ni. Nak mencari idea nak masak apa tu yang susah sangat. Bulan puasa ni dah tentu nak cari resepi yang mudah untuk menyediakannya. Kalau resepi rumit sikit memang boleh buat perasaan malas tu membuak-buak. Kalau boleh nak masak makanan yang menggunakan bahan yang sikit tapi sedap! Jimat masa dari segi menyediakannya dan cepat di masak. Lagi beberapa minit nak berbuka pun sempat lagi nak siapkan. Ke?

Kalau sebelum ni resepi ayam sambal bali viral tu ramai yang dah mencubanya. Kali ni masak ayam versi resepi Thai pulak yang Fiza jumpa di facebook. Mungkinkah menjadi viral juga nanti? Namanya Ayam Serai Ala Thai. Tengok bahan-bahan dan resepi pun mudah je. Maka, haruslah kena cuba dan rasa. Nampak macam sedap dan menyelerakan je. Kan?

Bahan-bahan Ayam Masak Serai Ala Thai

6 ketul kepak (bhgn tengah)
3 ulas bawang putih
6-7 tangkai cili api merah
3-4 batang serai
daun kari
3 sb sos tiram
2 sb kicap cair (@sos ikan)
2 sb madu
pasti sedap & garam

Cara-cara Masak Ayam Masak Serai Ala-Thai

1. Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau
2. Masukkan ayam dan biarkan sekejap
3. Masukkan sos tiram
4. Masukkan serai yg dihiris halus
5. Masukkan kcap cair & madu
6. Masukkan daun kari dan biar sehingga ayam masak.
7. Siap!!
Atau nak lebih mudah, boleh rujuk pada setiap gambar
Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau

Masukkan ayam dan biarkan sekejap

Masukkan sos tiram

Masukkan serai yang dihiris halus

Masukkan kicap dan madu

Nak lagi sedap dan mengikut resepi asal Thai menggunakan daun limau purut. Tapi yang masak ni takde daun limau purut, jadi gunakan daun kari pun boleh. lari sikit dari resepi asal. Sesuailah kot Fiza cuba ni nanti sebab husband tak suka daun limau purut.

Kacau dan biarkan seketika

Mudah je kan? Memang Fiza suka dengan masakkan simple ni. Silalah korang cuba juga resepi ayam masak serai ala thai ni. Buat masa nak makan bersahur pun kejap je nak masak. Biasa kalau nak ayam tu cepat masak potong kecil-kecil kalau guna bahagian ayam yang lain. Selamat mencuba juga!

Kredit foto & resepi : Effarina Zainal







With Love, Sihatimerahjambu

13 comments

  1. Sama la dengan ena. Tak tahu nak masak apa yg selera kat perut ni. Boleh cuba menu akk ni. Nampak sodapppp

    ReplyDelete
  2. tengok resepi ni tapi nampak serai2 tu dok bayang nasi kerabu

    ReplyDelete
  3. simplenya bahan dia. Semua boleh nmpk dkt dapur. :D

    ReplyDelete
  4. nampak mudah..cuma kat rumah takde daun kari pulak

    ReplyDelete
  5. wah boleh try ni. tp akak mcm suka ayam goreng dulu..

    ReplyDelete
  6. sedap ni.
    but tang cili padi tu, memang x dpt la.
    sebab nanti ijat x boleh makan :(
    aida kena exclude la cili padi tu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.