Menu Selera Kampung

Tuesday, January 26, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Balik dari kampung, wajib bawak bekalan dari kampung. Yang biasa bawak balik stok cili api. Semalam bawak bekal pucuk ubi, belimbing buluh, jantung pisang, pisang berangan dan ikan sungai. Banyak pulak bekalannya. Singgah kampung husband bawak balik bekal lauk pulak. Alhamdulillah, ada je bekalan dari mak mak.

So hari ni menu lunch menu selera kampung je la. Simple je. Goreng ikan selar kuning, buat sambal belacan kampung style dengan belimbing buluh dan rebus pucuk ubi. Makan dengan nasi panas. Berpeluh makan sampai keluar ayaq mata oiii tahan pedas sambal belacan tapi sedap. Panas pedas memang sedap!  
http://www.azhafizah.com/

Jimat masa dan jimat bawang nak masak. Sesekali masak simple makan selera kampung yang sedap ni. Boleh bertambah nasi makan ni. Kalau kat kedai macam ni pun dah berapa hengget kan. 


With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.