Cik Puyu Mengganas

Saturday, January 30, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Hampir seminggu membela Cik Puyu yang comel tu. Senang jaga walaupun bagi makan biskut weetameal jacobs. Wahh kelasss kau Cik Puyu makan biskut sedap! Tapi apa balasan Cik Puyu? Cik Puyu mengganas dengan memakan pokok sirih gading yang selama ni dok teman dia dalam mini aquarium. Lapar lah tu kan?


Sudahnya biarkan je la dia makan dari dia mati. Terpaksalah tanam lain dalam bekas lain. Comel comel pun pandai mengganas makan daun pokok sampai togel. Pandai pulak tu tarik dari tegak terus masuk dalam air. Kuat sangat Cik Puyu ni.


So far bela ikan puyu tak susah mana tapi dalam seminggu ni masalahnya air dah mula kotor dengan najis dia. Berkeladak air tu. Macam setiap minggu kena tukar air jawabnya. Setakat ni Cik Puyu behave tak lompat keluar atau membuat cubaan melarikan diri. Sekian cerita Cik Puyu.

With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

  1. kami panggil ikan karuk. org sblh semporna sabah ramai pelihara ikan karuk. dgr citer sbb kononnya dpt elak pukau

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.