Theme Layout

[Rightsidebar]

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Key Cover



Key Cover salah satu penyelesaian terbaik untuk memudahkan pencarian kunci yang betul jika terdapat lebih dari kunci yang seakan² sama. Masalah sebelum ni kalau nak bukak pintu dari luar rumah memang ambil masa untuk pilih kunci yang betul.

Bayangkan kalau nak cepat atau ada kes emergency, memang terhegeh² nak masukkan kunci yang betul. Dah macam game show pulak cari kunci yang betul. Kebetulan jumpa key cover yang cute miut ni di Mr. DIY, teruslah husband grab. Sebelum ni nak letak sticker je tapi sejauh mana pulak lah sticker tu bertahan kat kunci tu kan.

Lagipun dengan key cover rubber ni boleh masukkan pelbagai jenis kunci sebab rubber kan flexibel. So sangat multipurpose. Tambah pulak colourful macam ni, memang mudah nak ingat, kalau susah nak ingat pun terus tulis gune marker pen. Lepas ni dah hafal warna dan kunci untuk yang mana lebih senang kerja.

Takdelah lepas ni terhegeh² nak bukak pintu masa nak cepat atau masa posman datang hantar barang. Selesai satu permasalahan harian.

Key cover ni korang boleh dapatkan di store Mr. DIY dengan harga RM3.30. Murah kan dan sangat berbaloi untuk kegunaan kita ni. Kalau pergi Mr. DIY memang belek habis segala barangan yang boleh  memudahkan kerja seharian kat rumah. Walaupun harga murah tak semestinya tak berkualiti kan.

Sekarang dah boleh jimatkan masa untuk bukak gate,grill dan sliding door.^___^
Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

Resepi Pisang Goreng Cheese


Resepi Pisang Goreng Cheese rupanya mudah je sebenarnya! Seriously sangat mudah okay. Orang Johor macam Fiza ni selalunya kalau makan pisang goreng wajib ada sambal kicap. Bila dah rasa pisang goreng cheese ni boleh pulak melupakan sambal kicap. Dasyat betul penangan pisang goreng cheese kan. 

Pisang goreng cheese sangat popular di tawau Sabah. Kalau di semenanjung ni agak susah nak jumpa. Disebabkan itu, gigihlah Fiza cari resepi sana sini untuk menyampaikan hasrat anak tekak ni ha. Google punya google terjumpa la resepi yang simple ni tapi telah diolah mengikut gaya tersendiri la macam biasa



Bahan bahan yang diperlukan

beberapa biji  pisang  (dipotong mengikut citarasa masing²)
Tepung gandum
Tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
Serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
air
garam

Bahan² untuk sos dan topping

Cheddar cheese (diparut) @ready made
1 sudu besar susu pekat manis
satu sudu besar butter

Cara-cara

1. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan dalam satu bekas. Masukkan air dan telur serta serbuk kunyit. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2.  Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter,  sedikit keju yang telah diparut dan 1 sudu susu pekat manis, Kemudian masukkan pisang dan gaul rata. Dah gaul rata masukkan dalam pinggan dan taburkan chedder cheese. Sedia untuk dihidang!

Atau nak lagi senang beli je pisang goreng kemudian beli cheddar cheese dan tabur. Lagilah mudah! kannnn At least dapat merasa pun dah memadai walau hakikatnya tak tahu apa rasa sebenar pisang goreng cheese yang sedap sangat tu.
Azhafizah Md Nor
29 Comments
Share :

Grasshead sebagai perhiasan


Grasshead sebagai perhiasan | Pernah dengar grasshead tak? Okay kalau belum pernah dengar ataupun tahu Fiza akan kenalkan grasshead ni. Grasshead kalau direct translate adalah kepala rumput. Kepala yang ditumbuhi rumput instead of rambut.

Grasshead merupakan satu aktiviti kanak² pada musim cuti sekolah di sesuatu tempat dan pastinya bukan Malaysia. Correct me if I'm Wrong. Sebenarnya baru je tahu grasshead ni selepas tengok gambar kat wall facebook seseorang ni. Katanya beli di store Mr. DIY dalam tesco.

Agak lama jugak mencari ke store Mr. DIY ke Mr DIY yang lain. Tak jugak jumpa. Finally dapat jugak jumpa dekat store Mr. DIY di Seremban Prima. Grasshead kalau rumputnya tumbuh banyak memang cantik. Sesuai untuk perhiasan rumah atau perhiasan kat work station. Sejuk mata memandang tumbuhan hidup.Yes, It's live!

Cuma masukkan air dan pastikan sentiasa topup air untuk pembesaran rerumput yang sihat. Masa untuk rerumput tumbuh dalam masa 2 3 hari. Seronok tengok pertumbuhan rumput ni depan mata. Setakat yang tumbuh sehingga hari ini.

Ini pulak hari pertama letak air.Masih 'bold'

Kalau tak tahu nak cari boleh refer pada gambar ni. Kotak dia rupanya macam ni. Murah je RM3.90. Beli banyak² susun je bagi lagi cantik.Kalau ruang banyak okaylah kan. Perhiasan yang cantik dan comel pulak tu. tak perlu nak letak tanah bagai.


Kalau ada yang nak DIY boleh refer kat sini WIKIHOW

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask


Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask | Shiseido Black Mask agak popular di kalangan kaum perempuan yang suka pakai masker untuk tambahkan lagi kecantikan kulit muka. Dikenali juga sebagai mask lumpur. 

Kelebihan Shiseido Mask

Memakai mask merupakan salah satu cara paling mudah dan murah untuk membuang bintik² hitam [black head] dan juga bintik² putih [white head] pada muka. Selain membersihkan muka serta menanggalkan sel² kulit mati, boleh juga mengecilkan pori² dan juga mencerahkan kulit muka. Boleh juga membantu menghalus, melembut dan mengtasi masalah kulit tona tidak sekata, kesan terbakar [sunburn] dan boleh menyerap lebihan minyak dengan berkesan.

Jangan risau, Shiseido Mask sesuai untuk semua jenis kulit tapi elakkan disapu pada jerawat jika kulit sensitif untuk elakkan kesan luka masa menanggalkan mask. Shiseido mask mengandungi antioksidan dari lumpur, arang, kolagen serta sumber mineral bagi mengurangi tanda² penuaan seperti kedutan halus, menganjalkan kulit, melembap dan kulit lebih tegang.Banyak jugak tu kan kelebihan Shiseido Mask.

Pakai Mask bukannya boleh pakai hari² macam guna pencuci muka tu. Sekurang²nya dua kali seminggu dan Fiza akan kongsikan cara terbaik pakai mask. Shiseido Mask ada 3 jenis yang Fiza tahu iaitu black, white dan gold. Setiap satu ade fungsi tersendiri. Antara 3 jenis  tu Fiza suka pakai yang hitam.

Suka pakai yang hitam sebab senang nampak white head bila tanggalkan mask bila kering. Hasilnya selepas cabut boleh nampak whitehead melekat di mask yang telah kering. Gambar bawah ni hasil dari carian google. Nak upload gambar sendiri kurang nampak pulak hasilnya secara dekat. Cuma gambar atas dalam bulatan tu terlebih glowing cahaya tu nampak cerah sikit. Tapi yang pastinya nak cakap memang cerah sikit lah dari warna kulit asal. Bila whitehead dah keluar, kuranglah bintik² di muka kan. 
hasil shiseido mask
Sumber dari carian google
Bila nak tanggalkan tu memang sakit sebab mask ni jenis melekat kuat sebab tu semua pun nak tertanggalkan. Lepas pakai rasa muka macam fresh sangat dan fluffy gitu. Okay, nak rasa lagi best, boleh ikut cara terbaik pakai mask.

Cara terbaik pakai mask

1. Cuci muka dengan pencuci muka.
2. Steam/wapkan muka dengan air panas supaya pori² terbuka kurang lebih kurang dalam 5minit.[optional tapi lebih baik buat]
3. Sapukan masker pada muka, Elakkan dari terkena kening,bibir dan bahagian anak rambut dan pastikan sapuan rata.
4. Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga betul² kering.
5. Tanggalkan masker perlahan² dari bawah ke arah atas.
6. Cuci muka dengan air sejuk supaya pori² tutup semula dengan sempurna.Fiza suka guna ice cube je,Sejuk lagi best!
7. Sapukan toner jika perlu.

Mudahkan? Walau agak leceh tapi hasilnya sangat bagus! Pastikan jangan dekat² dengan rerambut kalau tak nanti nak tanggalkan memang sakit okay. Husband pun dah terjebak suka pakai masker dah.
Lagi bertambah berseri² [puji diri sendiri pulak] bila dah consume Ephyra serlahkan kecantikan sebenar tu. Ada yang nak mencuba Epyhra dengan  harga lebih murah dari biasa? Contact je Fiza ye. Special price untuk pembaca blog Fiza okay! Testimoni Ephyra [KLIK SINI]

Psstt..ada terbaca pasal Shiseido tiruan ni, betul ke info ni. Kalau original di tulis PERFECTION instead of perfeetion. Anyone?




Azhafizah Md Nor
21 Comments
Share :

Resepi Ayam Bakar Sedap dan Mudah


Resepi Ayam Bakar Sedap dan Mudah | Antara ayam goreng dan bakar Fiza lebih suka bakar sebab kurang kolestrol dan lagi sedap dan fresh kot! salah satu favourite jugaklah ni. Kalau untuk diet selalunya hanya perlu gaulkan dengan blackpepper dan garam je, lepas perap terus bakar. Mudahkan? Tapi ada lagi mudah ye.

Bagi yang suka berempah² ni should try "REMPAH AYAM MADU " keluaran YH . Setiap pembelian rempah ayam madu ni akan dapat FREE resepi ye. Cara penggunaan rempah dan memasak pun paling mudah sangat. Sangat memudahkan kerja memasak tak perlu nak menumbuk dan mengumpulkan segala bahan².

Lepas basuh ayam terus perap dengan rempah ni. Kemudian boleh dibakar atau digoreng pun boleh. Buat permulaan mencuba Fiza letak sikit kot takut terlebih rasa dan warna pun agak kurang meriah.

Sebenarnya warna dia agak kemerahan bila di gaul dengan rempah tu dan bila dibakar warna dia agak cantik gitu. Tapi disebabkan Fiza letak sikit, so warnanya macam ala kadar je tapi masih sedap ye menepati citarasa.

resepi-ayam-bakar-sedap

Mana nak beli?

Boleh contact Blogger Farisya [KLIK SINI] atau hubungi YH-014 5121425.

Harga pun murah je sepeket boleh guna untuk seekor ayam atau lebih. Sesuai sangat untuk mereka yang suka ayam bakar berempah madu dan mereka yang tak pandai masak pun boleh masak ni. Pinjam gambar dari blogger farisya buat korang lebih tergoda..nyum²


Drooling tengok gambar ayam ni kan. So kalau nak rasa, bolehlah cuba rasa guna rempah ayam madu dari YH ni ye..contact je pada link dan number yang Fiza share tu. Inilah resepi ayam bakar sedap dan mudah! Thanks FA dan Farid recommend product YH ni :)
Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Amalan bersedekah



Assalamualaikum. Salam Jumaat. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

Hadis di atas menjelaskan bahawa selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.


Terdapat tiga kebaikan bersedekah iaitu :

1. Di panjangkan umur.
Kita hidup di dunia ini telah ditentukan bila dan saat kematian tiba. Seseorang tidak boleh lari daripadanya, tidak akan di cepatkan dan dilambatkan barang sesaat sekali pun. Tetapi kenapa hadis ini menceritakan bahawa bersedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang.? Nabi SAW ingin menjelaskan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Dia boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendak-Nya. Jika Dia reda dan kasih kepada hamba-Nya yang banyak bersedekah tidak sukar bagi Allah SWT merubah qadak dan qadar-Nya yang telah tertulis diLoh Mahfuz.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu dia hanya berkata kepadanya:"Jadilah!" maka terjadilah sesuatu itu." (Surah Yassin ayat 81).

2. Mencegah daripada mati dalam keadaan teruk.
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

Mati dalam keadaan teruk adalah kematian yang mengerikan, mendapat musibah dan kematian yang tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Salah satu mati yang teruk adalah mendapat su'ul khatimah. Jika seseorang mendapat su'ul khatimah dalam akhir hayatnya maka kecelakaan dan keburukanlah yang akan menantinya dialam barzakh dan hari akhirat.

Su’ul khatimah (penyudahan yang buruk) adalah meninggal dalam keadaan berpaling dari Allah, berada di atas murka-Nya serta meninggalkan kewajiban dari Allah SWT. Su’ul khatimah ialah apabila sewaktu akan meninggal dunia seseorang dikuasai oleh perasaan was-was yang disebabkan keragu-raguan atau keras kepala atau mencintai keterlaluan terhadap kehidupan dunia yang akibatnya ia harus masuk ke neraka jika tidak diampuni oleh Allah SWT.

Sebab-sebab su’ul khatimah secara ringkas antara lain adalah perasaan ragu dan sikap keras kepala yang disebabkan oleh perbuatan atau perkara dalam agama yang tidak pernah dilaksanakan dan sentiasa membelakangkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, menunda-nunda taubat, banyak berangan-angan tentang kehidupan duniawi, senang dan membiasakan dengan perbuatan maksiat.

Tidak diragukan lagi, demikian ini akhir kehidupan yang menyedihkan, selalu dikhawatirkan oleh orang-orang yang bertaqwa. Semoga Allah menjauhkan kita darinya. Terkadang nampak pada sebahagian orang yang sedang sakaratul maut, tanda-tanda yang mengisyaratkan su’ul khatimah, seperti: menolak mengucapkan syahadah, justeru mengucapkan kata-kata buruk dan haram, serta menampakkan kecenderungan padanya dan lain sebagainya.

Di antara penyebabnya juga adalah rakus terhadap dunia, mencarinya dengan cara-cara haram, berpaling dari jalan kebaikan, serta terus-menerus melakukan perbuatan maksiat.

Terdapat beberapa faktor penyebab seseorang itu tergolong dalam golongan yang mendapat su’ul khatimah:
1. Mengabaikan ibadat sembahyang (solat fardu)
2. Tidak mahu mengeluarkan zakat bagi membersihkan hartanya
3. Derhaka kepada ibu bapa
4. Minum arak
5. Menyakiti orang Islam
6. Suka memecah-belah kaum muslimin
7. Suka mengurangi takaran dan timbangan
8. Suka menipu kaum muslimin
9. Menyusahkan dan mengelincirkan mereka
10. Suka mengaku-ngaku sebagai wali Allah atau juga mengingkari para wali-Nya
11. Melakukan perkara-perkara yang keji dan lain-lainnya

Hidup sekarang ini penuh cabaran dan kita tidak tahu apa akan terjadi di hadapan kita. Setiap hari kematain berlaku dihadapan kita dengan kematian kemalangan jalan raya, mati dibunuh dan paling ditakuti adalah kematian berlaku seseorang itu dalam keadaan melakukan maksiat, nauzubilahiminzalik.

Perbanyakkan bersedekah dan memohon rahmat Allah SWT semoga diakhir hayat kita mendapat husnul khatimah dan dapat mengucap kalimah, "LAILAHAILLALLAH.

3. Dapat menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membenggakan diri.
Sesiapa yang melazimkan diri bersedekah dan tidak kikir daripada harta yang dimiliki Allah SWT akan campakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?
Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita sama-sama mencari bekalan akhirat dengan membanyakkan bersedekah. Sedekah jariah yang diberikan untuk pembinaan sekolah-sekolah agama dan Maahad Tahfiz, rumah anak-anak yatim, masjid dan surau dan mewakafkan tanah perkuburun Islam maka semuanya adalah merupakan saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walau pun penyumbangnya telah meninggal dunia. Bukan setakat di alam barzakh sahaja mendapat kebaikan tetapi di Padang Mahsyar pula para dermawan akan mendapat perlindungan Arash Allah SWT ketika ramai umat manusia kepanasan yang amat dahsyat dan dijauhi daripada seksaan api neraka.

Copy,paste and editing dari sini untuk tujuan perkongsian bersama.
Azhafizah Md Nor
16 Comments
Share :

Pan Tree Cookware Organizer terMURAH



Pan Tree Cookware Organizer terMURAH | Susun atur perabot dan perhiasan rumah serta kekemasan perlu di ambil kira untuk jadikan rumah sebagai "home sweet home" bukan hanya tempat untuk berlindung. Dalam mementingkan kekemasan ruang tamu, landskap luar rumah, dalam bilik, bilik air,bahagian dapur juga jangan sesekali dilupakan. Bagi isteri yang rajin masak,atau suami yang rajin memasak apatah lagi seorang surirumah sangat²lah suka kalau tengok dapur dia bersih dan kemas tersusun. Pan Tree Cookware Organizer boleh selesaikanya!

Apa itu pan tree cookware organizer?

Pan tree cookware organizer direka seperti bentuk pokok untuk menyimpan kuali dan periuk dengan lebih tersusun dan menjimatkan ruang. Dibuat dari bahan plastik yang kukuh untuk menampung berat alat memasak dengan banyak. Ia mudah dipasang dan boleh dipindahkan di mana² tempat dengan mudah. Muat juga untuk diletakkan didalam kabinet. Bukan je nampak kemas dan tersusun tapi cantik juga.

Perlu ke beli?

Dengan adanya pan tree cookware organizer ni tak perlulah susah payah nak beli penyangkut ke nak drill dinding letak paku. Dinding pun terjaga cantik je kan tanpa lubang paku. Bukan jimat ruang je, jimat masa juga. Harga pulak murah je RM26 tambah postage RM8. Serius MURAH kan?

Dah jumpa harga murah macam ni gila tak nak beli? Ke ada lagi murah? Bungkusan pun boleh dikatakan dijamin sampai dengan selamat.


Boleh baca dalam gambar ni untuk lebih terperinci tentang pan tree cookware organizer

Memang sangat mudah dipasang! Siap pasang dalam hanya beberapa  minit. Dekat kotak ada cara untuk pasang 

Hasilnya awesome! Sedap mata memandang bila ke dapur tu kan. Sangat tersusun dan menarik. Suka sangat! Thanks hubby :)

pan tree cookware organizer murah
Mana nak beli? kalau nak beli boleh singgah kat link bawah ni. Service pun terbaik! Segala pertanyaan tentang pembelian boleh terus tanya pada owner Blog yang Fiza share ni ye. Fiza hanya share dan promote sahaja. Ada banyak lagi yang menarik seperti pop up spice rack, swivel store, can tamer dan macam² lagi ada. Singgah jangan tak singgah.
Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Jubah/Abaya Pink Umbrella Cut


Ramai pulak berkenan dengan Jubah/Abaya Pink Umbrella Cut yang Fiza pakai minggu lepas. Sebelum korang berkenan, Fiza dah lama terbekenan dengan jubah/abaya umbrella cut dengan style lengan macam tu. Grip je kat lengan takdelah terselak nanti kan.

Lately Fiza memang suka pakai jubah je. Lebih senang dan selesa. Sarung je terus. Dalam usaha mengumpulkan jubah/abaya ni. Kalau dah beli jubah/abaya ni confirm la kena potong bahagian bawah sebab labuh sangat. adeshh..Jadi satu kerja pulak. Tak pernah beli jubah terus boleh pakai. Mesti kena anta kedai potong dulu.

Apa yang Fiza suka jubah/abaya umbrella cut ni sebab umbrella cut ni nampak macam dress kan bila potongan payung dibuat. Plus, lengan yang yang menarik dan style macam tu. Lebih selesa. Kain pulak jenis material koshibo yang tak jarang dan tak melekap. Sangat menepati ciri² muslimah. Lagi suka bila ada warna dusty PINK ni. Dipadankan pulak dengan wide shawl hasil dari shopping di zalora. Macam kena je kan.

Jubah abaya umbrella cut
Ramai yang tanya beli kat mana. So Fiza akan share link ni. Kalau korang berdekatan dengan Mydin Seremban2 bolehlah singgah ke butik Ummu Aiman Muslimah Collection kat area basement parking. Kalau yang jauh atau yang suka shopping online pun boleh beli sebab mereka pun ada jual online.

Fanpage : UMMU AIMAN Muslimah Collection

Semua baju yang dijual menepati ciri² muslimah. Itu yang terbaik! Owner pun berjubah dan berpurdah yang sangat friendly dengan customer. Thumbs up! Memang puas hati. Harga pun berpatutan :)

Opss..pada yang tanye Camne Fiza pakai shawl tu. Maaf le tak dapat nak merealisasikan permintaan korang buat tutorial pakai wide shawl tu. Fiza main lilit² je tu. Lagipun first time pakai wide shawl.huhu..Sorry ye. Tak expert buat tutorial pakai shawl ni dengan video.huhu
Azhafizah Md Nor
32 Comments
Share :

Perkongsian Ilmu Dalam Buku Denaihati.com




Perkongsian ilmu dalam buku Denaihati.com sangat memberi kesan kepada seorang blogger untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dari pelbagai segi bukan setakat ilmu blogging sahaja. Alhamdulillah dapat memiliki buku denaihati hasil daripada menyertai #SBB2014 di Saloma Bistro pada 8 March 2014 hari sabtu yang lepas. Pejam celik pejam celik seminggu sudah berlalu.

Kenangan tetap kenangan. Walaupun tiada rezeki memenangi apa² dalam contest anjuran denaihati mahupun cabutan bertuah. Takpe, masih ada rezeki. Rezeki itu kan luas Allah bagi. Dapat juga bawak pulang goodie bag dari denaihati bersama penaja yang lain dan juga bisness card dari Blogger². Nanti Fiza akan review untuk goodie bag tu ye. Untuk entry ni Fiza akan review sedikit sebanyak ilmu yang ada dalam buku denaihati untuk perkongsian bersama walaupun Fiza belum khatam habis lagi. Fiza buat rumusan mana yang Fiza rasa perlu dikongsi bersama untuk semua.

Jom berkenalan dulu dengan pengasas denaihati.com, Tuan Haji Mohd Ilham@Amir.

Hebat perjalanan hidup pengasas denaihati yang sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai inspirasi untuk kita berjaya macam Tuan Haji Amir jugak. Rupanya sekampung dengan Tuan Haji Amir, baru tahu selepas baca buku denaihati ni. Bangga jugak sekampung dengan orang yang telah berjaya ni. Lagi bersemangat nak ikut jejak.

Blog denaihati juga telah memenangi pelbagai anugerah.
Buku denaihati ni agak tebal, sebanyak 210 muka surat dan banyak gambar menarik yang dikongsikan. Fiza suka coverpage yang menarik macam novel pun ada. Isi yang yang mudah difahami dan diselitkan beberapa santapan minda untuk renungan kita bersama. Antara bahagian yang ada dalam buku denaihati ni.

1. Gaya hidup Sihat bersama Yeo's
Yeo's pilihan semulajadi merupakan penaja utama  #SBB2014 dan Tahniah untuk Blogger hafizmohd.com atas kemenangan dalam Contest Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo's. Memang terbaiklah entry dia dan layak menang. Tahniah sekali lagi.

2. Hidup untuk memberi.
Denaihati sentiasa mengamalkan hidup untuk memberi dan dalam buku ni memang sangat memberi. Dalam bahagian ni ada beberapa topik yang menarik :
  • Sedekah kunci kejayaan dan keselamatan : Sedekah dan infaq bukan mesti ringgit² ratus² atau ribu², RM0.10 pun boleh janji ikhlas. Azam sedekah setiap hari melabur untuk bekalan akhirat. Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda.
  • Hidup untuk memberi : Orang alim ada berkata sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah. Hari ini manusia hilang kebahagiaan kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Kita sering membina hidup dengan apa ang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan
  • Kerjaya, keluarga, harta dan politik memenjara manusia : Betapa kita sekarang sibuk dengan kerjaya, keluarga, harta dan politik sehingga tiada masa untuk kita melihat saudara kita yang lain samada di dalam negara atau di luar negara. Bersyukurlah kita dilahirkan di Malaysia negara penuh dengan rezeki dan dilahirkan dalam ISLAM tetapi jangan lupa kita memberi kasih sayang kita kepada saudara kita yang lain bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia yang terjangkau oleh kita.
  • Peluang membantu umat Islam Cambodia :  Dengan bantuan pejabat mufti, Cambodia Islamic Center dan koperasi Muslim Cambodia dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi umat islam di Cambodia.
  • Rezeki yang tidak disangka² : Jangan harapkan balasan kerana rezeki Allah maha luas balasannya samada kegembiraan, ketenangan, kebahagian, harta benda,kesihatan, anak yang soleh, kerjaya yang bagus dan macam² cara pulangan yang kita akan dapat. Biarkan Allah menentukan jangan difikirkan."Rezeki...ada di mana², datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal."
  • Bro Jejai Al fatihah damai mu di sana : Al Fatihah buat arwah  Azhar Bin Ramli ( Blogger Jejai) yang telah pergi meninggalkan kita menghadap ilahi pada 13 Februari 2013. Semoga damaimu disana.
3. Blogging.
Bahagian blogging ni memang agak menarik so kena fahami kalau betul² nak jadi seorang blogger yang berjaya.
  • Blogger bukan hanya menulis sahaja : Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal dan non teknikal kena seimbang,tak boleh satu cara saja.Bukan sekadar menulis dan menulis serta fikir SEO sahaja. Blogger juga mesti mengenal blog sendiri dari sudut teknikal melalu Google webmaster, Google Analytics, SEO Tools dan berbagai tool yang lain.
  • Blog kenali pembaca : Salah satu kaedah untuk mengenali pembaca blog kita adalah di statistik summary Alexa ranking. Jadi banyak fungsi Alexa Ranking bukan sekadar mengetahui ranking blog kita diperingkat dunia dan Malaysia juga boleh membantu kita mengenali blog kita melalui keywords, jenis pembaca dan links yang sering singgah.Informasi begini dapat membantu kita menjadi blogger yang lebih professional walaupun hanya menulis blog untuk diri sendiri.
  • Misteri Dunia Blogging : Ramai juga blogger yang confuse teringin nak menjadi blogger yang berjaya tetapi tidak tahu mana nak mula, tidak tahu apa nak buat dan paling malang tak sabar untuk berjaya. untuk menjadi seorang blogger yang berjaya mesti rajin membaca. Kejayaan blogger bukan hanya index  dengan pendapatan atau beberapa kerap masuk media massa kerana blogger ada dunia tersendiri yang sangat luas potensinya kalau google dab facebook dijadikan contoh.
  • Blogger Jutawan bukan hanya khayalan :  Untuk menjadi seorang blogger jutawan bukan hanya khayalan yang perlu diubah adalah cara kita berfikir, yakin diri, usaha secara bijak, kreatif, jadi lain daripada yang lain, belajar daripada berjaya dan tawakkal kepada Allah. Tiada yang mustahil dalam dunia online kerana pasarannya terllau besar.
  • Ajarkan aku menulis blog : Menulis apa yang terlintas di hati, membetulkan semula susunan ayat dan baris kata yang sesuai,membetulkan ejaan,mengubahsuai kata kunci yang sesuai utnuk SEO, memilih kategori dan tag yang sesuai dengan penulisan,ememilih tajuk yang sesuai dan akhir sekali semak beberapa kali ejaan,susunan ayat dan hasil penulisan sebelum publish.
  • Cara membina jenama Blog Terkenal : Pemilihan nama dalam  membina jenama adalah sangat penting.Nama mesti pendek,mudah disebut dan unik serta mungkin misteri.
  • Blog terperangkap dalam dunia SEO : SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik.Jangan terlalu risau dengan traifk blog dan pengiklan yang meletakkan berbagai syarat.Yang perlu kita fikirkan adalah pembaca setia yang membaca blog kita.
  • Pengurusan laman Blog :  Menyediakan back up laman sesawang dan juga menjaga keselamatan laman sesawang.Ambil langkah awal sebelum perkara yang tidak di ingini berlaku.
  • Jadi Penulis blog yang bagus : Kenal diri sendiri, belajar secara bijak, cari peluang, be creative, berani suarakan pendapat.
  • Kisah dan ragam blogger sekarang : untuk menjaid blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Kalau kita tak bijak menguruskan blog, blog tak mampu berkembang dan berada di takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun.Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.
  • Harga sebenar iklan di blog : Faktor sebenar paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka dapat kuasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.

4. Kisah keluarga
  • Saat hati terasa jauh : Ramai juga suami isteri yang hidup berjauahn kerana mengejar keperluan dunia dan akhirat yang hanya dapat bertemu di hujung minggu. Sudah pasti pada saat tertentu hati isteri terasa jauh dengan orang yang disayangi. Lebih parah apabila suami isteri yang tinggal serumah tetapi terasa jauh kerana kesibukan dengan urusan dunia dan sibuk dengan buah hati gelap.Itulah rempah ratus kehidupan kekadangan hati ini diuji Allah dengan berbagai rasa untuk jadikan kita manusia yang lebih baik.
  • Poligami pengalaman peribadi : Berpoligami memang sunnah Nabi tetapi jodoh ketentuan Allah SWT.
  • Teguran ibu jadikan musuh hingga ke akhir hayat : Hargailah ibu dan bapa sementara mereka masih hidup dan doakanlah kesejahteraan jika mereka telah tiada.Marah ayah dan ibu setakat mana lah sangat jika dibandingkan dengan kesusahan mereka menjaga kita.
  • Marah ayah dan ibu setakat mana : Kepada anak² di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan ibu mohonlah ampun kepada mereka sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke syurga untuk anak jadi jangan jadi anak membakar jambatan walau segarang mana ibu bapa kerana yang rugi besar pastilah anak.
  • Suami isteri bukan untuk dimiliki : Jangan mengharap kebahagian berumah tangga tapi carilah kebahagiaan dengan mengamalkan amalan yang telag ditunjukkan oleh Allah. Hadapi setiap ujian berumah tangga dengan tulus dengan menjadi suami yang bertanggungjawab seperti telah digariskan oleh Al Quran dan menjadi isteri terbaik kepada suami.
  • Suami Bercinta kali kedua : Memang seronok bercinta kedua setelah berkahwin tetapi  sebelum masuk gelanggang minta nasihat dari mereka yang sudah ada pengalaman beristeri lebih dari satu kerana bila sudah masuk gelanggang masa tidak boleh diundur lagi dan kesannya akan dibawa hingga akhir hayat.
5. Kembara Dunia
Antara tempat yang telah dijejaki : Macau,Hong Kong,Eropah, New Zealand, beijing Kemboja, Doha, Qatar dan merata ceruk rantau dunia.kisah pengembaraan boleh di baca di travelog denaihati- denai.my

6 .Berani Gagal
Kita mesti berubah kalau nak terus bersaing dengan bangsa lain dan negara lain kalau tidak pasti kita akan gagal ketinggalan dan terus dan terus menyelahakan orang lain tanpa pernah bersalah pada diri sendiri dan keluarga.Buangkan perkataan "Engkau boleh" dan gantikan dengan perkataan "Aku Boleh" untuk kita mengubah budaya hidup.Gagal tak bermakna gagal selamanya kan.

7. Aktiviti
Tahniah denaihati yang telah memenangi pelbagai anugerah dan telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk blogger².Antaranya :

  • Blog denaihati telah memenangi Anugerah Social Media untuk tahun 2013 dalam ketegori Best of The Best Blog of The Year.
  • Most Creative Blog 2013 dalam Majlis Sosial Media Malaysia
  • Best Personal Blog  oleh blogrrr.my
  • Seminar Wordpress dan Sepetang BersamaBlogger
  • Seminar buat duit dengan blog penuh inspirasi. 
Kalau diikutkan banyak lagi perkongsian yang menarik untuk Fiza kongsikan bersama. Fiza kongsi point yang penting untuk rakan². Tak rugi memiliki dan membaca buku denaihati ni. Selain ilmu blogging ilmu kehidupan juga dapat dipelajari untuk membaikpulih mana yang kurang tu. 

Tahniah untuk blogger² TOP 7 best personal blog dalam ranking Alexa Malaysia.

Tahniah juga denaihati telah berjaya merealisasikan #SBB2014 dan menguruskan dengan baik. Dapat buku dapat jugak calendar exclusive tu.

Semoga apa yang Fiza kongsikan dalam buku denaihati ni dapat memberi manfaat juga pada blogger lain walau tak secara keseluruhannya masih lagi memberi itu penting. 

Ilmu adalah warisan Nabi manakala harta adalah warisan firaun. Ketika ilmu dibahagikan ia semakin bertambah, ketika harta dibahagikan ia akan berkurang. Manusia yang mempunyai banyak harta memiliki banyak musuh sedangkan manusia berilmu memiliki banyak teman.

Ilmu menjadikan seseorang bermurah hari kerana pandangannya yang luas dan ilmu tidak dapat dicuri seiring berlannya waktu, kedalaman dan keluasan ilmu bertambah. Ilmu mencerahkan pikiran, sementara harta cenderung menjadikannya gelap. Maka dari itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Terima kasih denaihati telah berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membantu yang lain untuk terus berjaya. Semoga perkongsian yang diberi dapat jadikan hidup kita lebih baik.aminnn
Notapink : Keikhlasan itu penting :)
Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Cara Bijak Jimat Tenaga Elektrik


Semalam dah sampai bil elektrik. Sedikit naik sikit dari bulan lepas. Kena berjimat lagi camni. So kenalah tahu cara bijak jimat eletrik. Ini yang dikongsikan apa yang terdapat di belakang bil eletrik. Kalau korang ada cara bijak jimat letrik yang lain bolehlah dikongsi bersama ye.

Ini yang dikongsi dari TNB.
1. Cabutkan plug yang tidak diguna untuk jimat lebih tenaga
2. Cara efisien menggunakan mesin basuh adalah membasuh dengan muatan penuh
3. Pastikan penapis penyaman udara kekal bersih untuk lebih jimat dan lebih sejuk
4. Sejukkan bilik dengan lebih cepat dan jimat dengan menutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penyaman udara.
5. Mentol jimat tenaga kurang menggunakan tenaga dan tahan lama
Ketahui lebih lanjut di www.tnb.om.my

Dari sumber lain

Cara Bijak Jimat Elektrik secara UMUM
1. Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.

2. Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 – 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru.

3. Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.

4. Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian – anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

5. Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.

6. Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.

7. Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa.

8. Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk Pencahayaan, Komputer dan Skrin TV
1. Bertukarlah kepada lampu kalimantang dan juga lampu kalimantang mampat untuk pencahayaan dalaman 
. Lampu-lampu ini mahal sedikit daripada lampu mentol biasa, tetapi ia menggunakan hanya suku daripada tenaga yang digunakan oleh lampu mentol biasa serta mempunyai jangka hayat 10 kali ganda daripada lampu mentol biasa.
2. Gunakan cahaya semulajadi untuk cerahkan bilik . Buka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu.
3. Gunakan lampu meja di mana pencahayaan anyak diperlukan . Ini mengelakkan penggunaan pencahayaan sekeliling bilik.
4. Penggunaan komputer riba (laptop) atau skrin rata komputer . Komputer riba menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer meja (desktop).

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk
1. Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.

2. Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.

3. Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul.

4. Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding.

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk dapur, tandas, bilik
1. Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

2. Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas.

3. Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga.

4. Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek . Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga.

5. Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk.

6. Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan.

7. Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara

Sebenarnya mudah je nak jimat elektrik ni.Penting sangat jimat elektrik ni sebab bolah save cost dan secara tak lansung memelihara alam sekitar.Kena sayang alam sekitar jugak untuk dapatkan persekitaran yang sihat.Jom berjimat!
Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

My 1st time with NIVEA’s rinse off body lotion



my-1st-time-with-nivea's-rinse-off-body-lotion

My 1st time with NIVEA’s rinse off body lotion | Sebagai pengguna, semestinya kita akan memilih produk yang terbaik untuk diri kita. Salah satunya produk terbaik dari segi penjagaan kulit badan harian adalah dengan menggunakan  NIVEA’s rinse off body lotion.

APAKAH NIVEA’s rinse off body lotion.
Rinse off body lotion dalam bahasa melayu adalah losyen bilas badan. Losyen yang digunakan ketika mandi.
Apakah losyen tersebut?


NIVEA In-Shower Skin Conditioner merupakan sejenis losyen yang direka dengan inovasi terkini pelembapan yang digunakan selepas gel mandian dan akan meninggalkan kulit terasa lembap lembut walaupun selepas dikeringkan dengan tuala.

NIVEA In-Shower Skin Conditioner bukan merupakan produk 2-in-1 dan tidak mengandungi apa-apa ciri-ciri pembersihan. Ianya tidak berbuih dan macam losyen . Masih perlu membersihkan dengan gel mandian seperti biasa, bilas dan kemudian ikuti dengan NIVEA In-Shower Skin Conditioner untuk menjaga kulit anda terhidrat sepenuhnya dan rasakan seperti sutera lembut.

Dengan menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner adalah satu cara mudah untuk melembapkan kulit semasa mandi. NIVEA In-Shower Skin Conditioner boleh didapati untuk kedua-dua jenis kulit biasa dan kering.

Antara dua jenis ni, Fiza pilih untuk mencuba yang jenis kulit biasa sebab kulit Fiza tak terdedah dengan luar memandangkan jarang keluar so takdelah terlalu kering. Baru pertama kali menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner terus jatuh cinta dan masa mandi adalah masa yang cukup bagus memanjakan diri macam ber'spa'. Sambil mandi boleh melembap dan selepas bilas tak perlu nak pakai losyen lagi. Sangat mudah! Ini merupakan produk pertama yang menampilkan cara baru dan senang melembapkan badan semasa mandi. Pertama di  Malaysia ye.Terbaik!

BAGAIMANA menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner.
Hanya dengan 4 langkah untuk dapatkan kulit badan yang sentiasa lembap. Kena pastikan sapukan losyen ketika kulit masih basah ye.

Dengan cara mudah ini sebenarnya dalam masa yang sama kita dapat jimatkan masa. Yelah, selalunya lepas mandi mesti nak pakai losyen kan untuk badan sentiasa lembap. Lepas pakai losyen,nak tunggu kering pulak tu. Agak ambil masa jugak tu.

Bagi mereka yang hargai masa, sudah tentu akan memilih NIVEA’s rinse off body lotion ni untuk jimatkan masa tetapi hasilnya sangat luar biasa. Pertama kali cuba di tangan dan bilas Fiza dah rasai kelembutan dan kelembapan kulit ,apatah lagi satu badan kan? wow, buat tak sabar nak masuk bilik mandi. Teruja punya pasal.

KESAN selepas menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner.
Kulit terasa lebih licin, lembap dan lembut. Sentiasa rasa macam nak sentuh kulit selepas mandi. Seronok! Yang penting Tidak melekit! YeBila dah lembap orang akan fikir bab melekit pulak. Fiza berani jamin yang korang akan berpuas hati selepas mencuba.

SIAPA yang boleh gunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner
Sesiapa saja boleh gunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner ini tak kira lelaki atau perempuan dan rasakan kesannya yang menakjubkan. Pasti korang akan berpuas hati dan tak cari lain dah.

KENAPA perlu memilih NIVEA In-Shower Skin Conditioner.
1. Jimat masa.
Kita sendiri tahu kita tidak mempunyai banyak masa dan selalu memerlukan penyelesaian sesuatu perkara dengan cepat terutama dari segi penampilan dan  kecantikan mereka. NIVEA In-Shower Skin Conditioner  adalah cara yang mudah dan mudah untuk menjaga kulit. Ia boleh dimuatkan ke dalam rutin mandi yang sedia ada dan tidak perlu menunggu sekitar untuk ia kering selepas menggunakan.Sangat jimat masa kan?

2. Tidak melekit
NIVEA In-Shower Skin Conditioner ni  diaktifkan oleh air dan segera menyerap ke dalam kulit. Ia akan meninggalkan kelembapan pada permukaan kulit tanpa rasa melekit.

3.Selamat digunakan.
Bahan-bahan dalam NIVEA In-Shower Skin Conditioner tidak berbahaya kepada alam sekitar dan telah disahkan terbiodegradasikan oleh institut pakar, Fresenius.

Wow,menarik tak? Teruja nak mencuba kan? Sudah tentu! Sebagai pengguna yang kerap menggunakan produk NIVEA, Fiza memang berpuas hati dengan produk ni. Lagi² bila penggunaannya melibatkan masa, memang perlu sangat guna NIVEA In-Shower Skin Conditioner dalam penjagaan badan seharian. Dengan Cuaca yang panas sekarang ni harus cuba okay! Cara mudah melembap kulit ketika mandi. Yeay! Satu masalah telah selesai.

Masih tak percaya? Tengok dulu video ni. Kemudian angguk tanda setuju!

I said YES for this produk!
DIMANA untuk dapatkan NIVEA In-Shower Skin Conditioner 
NIVEA In-Shower Skin Conditioner boleh di dapati  di Major Departmental Store & Pharmacies Nationwide (Malaysia)  atau Major Departmental Store & Pharmacies (International)
 
Harga : RM16.90/250ml
Dengan harga yang berpatutan boleh jimat masa dan duit dalam masa yang sama :). Sangat membantu dalam penggunaan seharian. Kelembapan terasa lebih lama dan kulit pun lembut je. Bagus!
Untuk lebih lanjut tentang produk NIVEA In-Shower Skin Conditioner:
Website: www.nivea.co.uk/products/campaigns/body-care/skin-conditioner
Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Hippopo Baby Spa Pertama di Malaysia


Hippopo Baby Spa Pertama di Malaysia yang terletak di Centrepoint Bandar Utama,Petaling Jaya kini menjadi pilihan ibu bapa yang ingin memanjakan bayi mereka secara ekslusif. Hippopo Bayi Spa & Wellness ditubuhkan untuk memenuhi kepentingan  kesihatan dan kesejahteraan bayi untuk bayi dan kanak-kanak. Ketika mereka masih bayi, mereka semestinya mahukan kasih sayang dan penjagaan yang baik untuk perkembangan pembesaran yang sihat. Oleh itu, Hippopo Bayi Spa & Wellness telah mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan dan membuat bayi berasa seperti di rumah dan bebas untuk bermain. Hippopo Bayi Spa & Wellness memanjakan mereka dengan kasih sayang dan galakan melalui urutan bayi dan berenang.

Perlu ke baby spa?
Bagi ibubapa yang berkemampuan dari segi cost dan masa, tak rugi bawak bayi ke sini untuk perkembangan bayi daripada urutan dan renang. Ini adalah baik untuk bayi yang semakin membesar yang semakin terdedah dengan persekitaran.Memupuk dan mengajar bayi untuk lebih tenang dan rasa selamat.

Kenapa perlu memilih Hippopo Bayi Spa & Wellness.
Nampak seronok bila dengar apatah lagi kalau bawak bayi ke sana. Jangan risau tentang keselamatan bayi kerana Hippopo Bayi Spa & Wellness teliti menggaji terlatih dan disahkan oleh ahli fisioterapi bayi IAIM (Persatuan Antarabangsa Urut Bayi), sebuah pertubuhan global dan bertaraf dunia bagi latihan dan pengajaran urut bayi. Selain itu, Hippopo Bayi Spa & Wellness menggunakan produk yang selamat hypoallergenic & 99.99% untuk bayi. Hippopo Bayi Spa & Wellness memberikan rawatan yang terbaik kepada tetamu bayi mahupun ibu bapa untuk memupuk perhubungan intim antara ibubapa dan bayi.

Apa yang sesuai untuk bayi
1.Urutan.
Urut bayi adalah pukulan yang lembut dan berirama dengan tangan menggunakan minyak organik. Ia adalah urutan badan penuh yang juga boleh menumpukan perhatian kepada bidang-bidang tertentu seperti perut, belakang, dada, kepala, tangan atau kaki. Urut bayi kami adalah sesuai untuk bayi 0-36 bulan untuk menyumbang terutamanya manfaat penting untuk pertumbuhan mereka. 

Menggunakan minyak boleh membuat keseluruhan pengalaman urut lebih mudah dan lebih santai untuk bayi. Hippopo Bayi Spa & Wellness menggunakan minyak organik dan selamat seperti zaitun dan minyak biji anggur. Dan untuk mengelakkan kerengsaan untuk bayi, Hippopo Bayi Spa & Wellness mengambil dabbing awal pada kulit dan menggunakan apa yang sesuai untuk bayi.

2.Berenang.
Berenang bayi kami adalah sesuai untuk bayi 0-36 bulan di mana mereka digalakkan untuk bergerak dengan selesa dalam tab mandi dengan air panas, memakai apungan leher dan berenang lampin yang dibantu oleh ahli terapi Hippopo Bayi Spa & WellnessDari sudut keselamatan untuk melatih mereka untuk menjadi selamat dan tenang. Ini sangat  menyeronokkan dan senaman yang baik juga untuk bayi. 

Kebaikan untuk bayi
1. Menggalakkan perkembangan otak : Merangsang deria bayi melalui kesedaran badan dan koordinasi
2. Meningkatkan keyakinan dan keselamatan bayi : Membantu bayi untuk berasa lebih disayangi, dihargai dan dihormati
3. Tingkatkan bayi kestabilan emosi : Mengurangkan bayi menangis dan tekanan emosi.
4. Mengukuhkan perhubungan ibu bapa dan bayi : Membantu bayi berasa selamat dilampirkan dengan ibu bapa.
5. Meningkatkan keselesaan : Melegakan bayi daripada angin, kembung perut, sembelit dan rasa tidak selesa tumbuh gigi.
6. Meningkatkan ketenangan : Meningkatkan tahap ketenangan dan tidur lebih lama.

Kebaikan untuk ibu bapa.
Hippopo-baby-spa-and-wellness

Hippopo Bayi Spa & Wellness mewujudkan persekitaran keluarga dan memberi peluang untuk ibu bapa mengalami kebaikan untuk selamanya yang boleh dipupuk di peringkat awal dengan kasih sayang, kesihatan dan keselamatan. Sangat bagus kebaikan yang boleh dapat kat sini. Memang tak rugi lah untuk ibu bapa. Lagi² yang baru jadi ibu bapa tu. Kalau nak belajar menguruskan bayi, Hippopo Bayi Spa & Wellness tempatnya!

Baby Spa Pakej.
Sesekali memanjakan bayi apa salahnya kan. Di peringkat awal bayi lah kena buat pendedahan awal macam ni. Hippopo Bayi Spa & Wellness dilengkapi dengan kemudahan yang mesra kepada bayi, alat yang bersih dan selamat untuk bayi serta perkhidmatan yang luar biasa.

Lokasi
Centrepoint Bandar Utama
F30 1st Floor,
Centrepoint Bandar Utama,
3 Lebuh Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Click here to view map
Tel: 03-7728 1889
For more info
website : www.hippopo.my
Facebook : www.facebook.com/hippopobabyspa

Hippopo Bayi Spa & Wellness akan membuka cawangan baru tak lama lagi.So akan ada pilihan untuk mereka yang berdekatan. Kalau ada rezeki dapat baby nanti teringin jugak nak hantar baby kat sini. Ramai rasanya antara blogger mummy dan selebriti datang ke sini. Kat TV pun pernah expose tentang Baby Spa ni. Seronok tengok baby berspa. Yang penting selamat dan berikan kebaikan untuk kedua pihak bayi dan ibu bapa itu sendiri. So mommy², bolehlah bawak baby ke Hippopo Bayi Spa & Wellness.Pastik suka! Eh macam dah berpengalaman pulak.Takdelah,ini salah satu rujukan untuk akan datang je :) Mudah mudahan ade rezeki.
Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

CLINICELL Oral Skincare terbaik


Before Consume Clinicell

CLINICELL Oral Skincare terbaik yang pernah Fiza cuba setakat ini. CLINICELL Oral Skincare merupakan satu produk anti penuaan terbaik  hasil daripada sebuah formulasi termaju menggunakan ekstraks sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan salah satu molekul Anti Aging yang terhebat. Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 Mineral yang diperlukan oleh badan kita. CLINICELL Oral Skincare memberikan kesan positive setelah 15 hari mencubanya.

CLINICELL Oral Skincare salah satu produk yang makin dikenali merupakan produk all in one dalam 1 sachet yang memudahkan pengambilan untuk pengguna yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dari segi luaran dan dalaman.Tak hairanlah kalau hasilnya sangat bagus.Baru lah seimbang kecantikan luar dan dalam.Pengambilannya pun sangat mudah.

JADUAL PENGGUNAAN 
Produk ini disyorkan di ambil 1 paket sebelum waktu tidur. Ia perlu di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.Yang penting rasa oren segar yang sedap! cukup rasa.
Pengambilan clinicell

Selepas pengambilan selama 15 Hari menghabiskan 1 kotak Clinicell iaitu 15 sachets Fiza suka dengan perubahan :
1. Kulit segar dan lembap.
2. Kulit jadi lebih licin.
3. Kulit jadi lebih lembut
4. Kulit semakin anjal
5. Kesan parut jerawat semakin pudar
6. Pori² mula mengecil.
7. Memberikan tenaga sepanjang hari
8. Kulit kurang berminyak
9.Kulit lebih cerah

Suka sangat dengan hasil pengambilan clinicell selama 15 hari ni. Perubahan yang sangat bagus! Hari² excited tengok cermin. Tak perlulah nak make up sangat lepas ni tutup segala spot kat muka. CLINICELL Oral Skincare terbaik hasil dari bahan aktif semulajadi 100%.
Sebelum dan selepas clinicell

CLINICELL Oral Skincare terbaik ini Di formulasikan oleh Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Clinicell Mejar (Dr) Nur Haliza Mohamad Najib Bersara MD (UKM) . Menggunakan salah satu bahan aktif anti penuaan dan pemutihan kulit yang terhebat di dunia iaitu AstaREAL P2AF Astaxanthin. Kajian yang di buat menunjukkan ianya :
  • 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹ 
  • 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹ 
  • 550 kali lebih kuat dari Vitamin E² 
  • 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹ 
  • 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³ 
*Nota : sila rujuk website pengeluar AstaREAL P2AF Astaxanthin untuk keputusan ujian. 

Banyak lagi kelebihan dan khasiat Produk CLINICELL Oral Skincare ni,antaranya :
1. Anti Penuaan 
2. Menggalakkan penghasilan semula kolagen dalam badan 
3. Memutihkan kulit 
4. Meremajakan kuit 
5. Menganjalkan kulit 
6. Melindungi dari sinaran UV 
7. Melembapkan kulit 
8. Mengurangkan kedutan dan garis – garis halus 
9. Mengurangkan jeragat kulit dan jerawat 
10. Menyihatkan badan 
11. Membantu menguatkan rambut 
12. Mengurangkan masalah sakit sendi dan otot 
13. Menguatkan kuku rapuh 
14. Mengeluarkan toksin dalam badan 
15. Membantu mencegah penyakit Kanser dan juga penyakit lain yang berhubung kait dengan sel seperti Parkinson dan Strok 

INFO TAMBAHAN CLINICELL Oral Skincare 
1. Disahkan Halal oleh Jakim 
4. Kilang yang berstatus GMP 
5. Bahan aktif dari sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan di import 
6. Harga yang murah jika dibandingkan dengan produk yang di import kerana kualiti yang setara. 
7. 100% selamat dan tiada kesan sampingan 
8. Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh badan kerana pengambilan secara oral ( makan/minum ) 
9. Kadar keberkesanan yang tinggi kerana formulasi yang menggunakan bahan bermutu tinggi dan antara yang terkuat di dunia. 
10. Kadar penyerapan dalam badan yang tinggi 
11. Sesuai untuk semua jenis kulit 
12. Packaging yg menarik dan mode professional 
13. Cara penggunaan yang mudah, hanya larutkan 1 paket di dalam air kemudian diminum pada waktu malam sebelum tidur. 
14.Perisa oren yg sedap / tak rasa seperti ubat 

INFO PRODUK
  • CLINICELL Oral Skincare – Anti Aging & Whitening Essence 
  • 1 kotak mengandungi 15 sachet 
  • Penggunaan 1 sachet 1 hari sebelum waktu tidur 
  • Harga sebenar : WM : RM 120 | EM : RM 130 
Free shaker clinicell

Tak rugi mencuba CLINICELL ni. Berminat untuk mencuba bolehlah membuat pembelian secara online di

harga promosi untuk WM RM120 dan EM RM 130 sekotak. 
Shaker akan diberikan secara PERCUMA. Penghantaran adalah percuma untuk WM dan EM 

Berminat untuk menjadi Rakan Niaga Clinicell bolehlah mendaftar di website 
www.clinicell.com.my ataupun menghubungi Hotline 03 - 4161819 

untuk info lebih lanjut atau news update sila like dan follow.
Instagram Clinicell : @clinicell4u 
Facebook Fanpage Clinicell : www.facebook.com/clinicell.cosmeceutical 

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Kelebihan Harum Malam



Kelebihan Harum Malam kini makin terlajak laris di pasaran.Sana sini bercakap tentang kelebihan Harum Malam ni. Harum Malam ni apa?Macam pelik je bunyinya kan? Harum Malam ni sebenarnya supplement khusus untuk kaum wanita. Supplement yang dapat membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Bukan itu saja malah dapat merawat masalah seperti keputihan, gatal² vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir haid dan lain² lagi.

Harum Malam bukan untuk wanita yang dah berkahwin je tapi untuk anak dara pun boleh. Dah nama pun khusus untuk wanita kan. Boleh di ambil setiap hari walaupun period, dalam pantang dan menyusu bayi. Untuk wanita yang preggy Fiza rasa tak boleh consume sebab takut susah nak bersalin nanti. Betul ke? Ada sesiapa tahu sila jawab ye.Untuk info bersama. Kotlah tetiba Fiza ada rezeki preggy dalam masa yang sama consume ni, susah pulak nanti.

Ramai dah mencuba Harum Malam ni dan rasai kehebatannya. Boleh tambah stamina untuk aktiviti harian. Setakat 2 hari mencuba Harum Malam ni Fiza rasa badan memang extra hot bertenaga, bau badan kurang ketika berpeluh!.Wanita kan suka bab wangi² ni. Memang seronoklah kalau badan berbau wangi je ni. Excited sangat uolls. Nak tahu apa lagi kelebihan Harum Malam?Jom baca lagi....

KELEBIHAN HARUM MALAM :
  • membantu menyegar dan menyihatkan badan.
  • mencantikkan dan menaikkan seri wajah.
  • membantu menghilangkan bau badan dan mulut
  • melegakan panas badan.
  • menegangkan payudara.
  • memulihkan rasa rapat.
  • mengencang otot kewanitaan.
  • menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • menambah keharmonian suami isteri.
  • menyihatkan rahim.
  • mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
Golongan yang sesuai ambil Harum Malam
✔ Wanita Berkahwin
✔ Anak Dara
✔ Wanita Berpantang
✔ Sesuai untuk yang menyusukan anak
✔ Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas

Khasiat Harum Malam
  • Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
  • Mencantikka dan menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menegangkan payudara.
  • Memulihkan rasa rapat.
  • Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  • Menyihatkan rahim.
  • Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Banyak jugak kelebihan Harum Malam ni kan. Sebenarnya dah lama nak try Harum Malam ni Tapi since dah menang 'Giveaway 5k Dunia Sebenar Shida' dan dapat hadiah Harum Malam dari Syiela d'beuty. Memang seronoklah Fiza dapat cuba terus. Alhamdulillah.. Macam tahu² je Fiza nak try Harum Malam ni. Terima kasih penganjur dan sponsor. :)

Untuk membeli Harum Malam ni, pastikan yang original ye. Fiza copypaste macamana nak tengok original dan bukan original dari Syiela d'beuty.Tq
Tiruan : pelekat tiada awan oren kat belah atas. Ori : ada macam awan oren
Tiruan : ada tulisan di bawa botol. Ori : botol kosong

Botol ori bila kita tekan tak kemek ye.

Botol baru kini penutup bewarna pink which is I loike it !

Cara pengambilan:
Pagi : 1 sudu sebelum sarapan
Malam : 1 sudu sebelum tidur
*Pastikan guna sudu plastik ye sebab Harum Malam mengandungi madu,dikhuatiri kalau guna sudu besi akan hilang khasiatnya.Nak Lagi sedap boleh simpan dalam peti sejuk .Produk Harum Malam Halal dan lebih 7 tahun dalam pasaran.. 

Sangat mudah cara pengambilannya kan. Nak mencuba? Boleh contact terus 012-9072776

Harga:
RM33/sebotol 

Add postage:
RM6 (SM)
RM10 (SS)

Azhafizah Md Nor
26 Comments
Share :

Fesyen tudung terkini



Fesyen tudung terkini atau fesyen tudung kontemporari semakin menjadi buah mulut para gadis dan ikutan para hijabista. Apakah definisi sebenar fesyen tudung kontemporari dan mengapakah fesyen sebegini semakin diminati ramai? Jika anda lihat daripada segi penampilan, tidak dinafikan wanita bertudung kini semakin berani tampil bergaya dan kekal sopan dalam masa yang sama. Lihat sahaja selebriti-selebriti yang kini sudah berhijab seperti Mizz Nina, Natasha Hudson, Ayu Raudhah dan juga pereka fesyen antarabangsa seperti Hana Tajima yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu kerana tampil dengan fesyen tudung yang unik. 

Pelbagai jenis,warna,corak dan pattern tudung yang boleh digayakan mengikut fesyen tudung terkini. Zaman ini mempunyai pelbagai jenis fesyen tudung. Melalui teknologi tekstil yang makin maju dan jahitan yang semakin menarik, kini tudung menjadi salah satu tumpuan di dalam industry fesyen. Tambahan lagi rekaan tudung telah di inovasikan oleh pereka-pereka fesyen di Malaysia sekarang ni. Dengan bertambahnya idea,terlahir juga fesyen tudung terkini yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Selain itu, penggunaan fabrik seperti bawal,chiffon, lycra, satin, printed fabric, dan bermacam macam jenis lagi menjadikan rekaan tudung lebih menarik di gayakan. Lagi lagi bila di tambah dengan perincian dan accesories yang sophisticated dan glittering ia semakin menjadi pilihan hijabista kini. Ada yang sukakan manik,labuci,lace, pleated atau yang plain sahaja.

Rekaan terkini yang ada mudah digayakan kemana sahaja  dengan menggunakan kaedah mix and match tudung kini lebih flexible untuk pemakaian kasual, majlis formal, majlis keramaian, sukan dan juga ke tempat kerja. Malah dengan cara dan gaya ini secara tidak lansung sangat menjimatkan.

Berbalik kepada soalan yang diajukan sebelum ini, kebanyakan wanita yang bertudung mempunyai kehendak berfesyen seperti wanita-wanita yang lain. Oleh yang demikian, dengan lahirnya cara pemakaian tudung yang unik seperti ini, ia bukan sahaja memenuhi kehendak mereka untuk tampil bergaya tetapi juga kekal sopan. Teruja bukan? Tambah keterujaan anda dengan memiliki koleksi tudung yang terkini di laman web ZALORA – The Biggest Malaysia Online Shopping!
Untuk lilitan tudung yang unik dan menarik, pastikan anda memilih tudung yang mempunyai lebar yang cukup dan panjang yang sesuai. Ingat, sentiasa pilih warna tudung yang bersesuaian dengan pakaian anda agar tidak kelihatan terlalu sarat. Anda hanya perlu yakin dengan penampilan anda dan jadi lebih kreatif! 

Apa pun fesyen tudung terkini yang anda minati, pastikan ia bersuaian dengan bentuk muka anda. Inginkan lebih tips fesyen yang berguna? Layari laman web ZALORA untuk stail yang terhangat dan koleksi tudung yang menawan dengan tawaran harga yang menakjubkan! ZALORA menyediakan pelbagai tawaran eksklusif untuk anda dan segalanya boleh anda dapati melalui laman sosial ZALORA seperti di Facebook, Twitter, Instagram dan Zalora Google Plus

Apa tunggu lagi,jom serbu ZALORA!!! 
Azhafizah Md Nor
19 Comments
Share :
[name=Azhafizah Md Nor] [img=http://3.bp.blogspot.com/-T6929_GEAQE/WEcqCNF17ZI/AAAAAAAAoLo/OLVmtZMyIJMdZ5ZX4D8jyM6lbcxHp97wQCK4B/s1600/about%2Bme%2Bazhafizah.png] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor