Tarikh 31 Ogos 2026, Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-69. Tarikh keramat bagi rakyat Malaysia meraikan Hari Kebangsaan juga disebut hari Kemerdekaan yang diraikan setiap tahun sejak tahun 1957.

Gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh. istilah “MADANI, yang berakar daripada konsep tamadun (civilisation), merangkumi nilai-nilai keadilan, kebajikan, dan kemanusiaan.
Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan sahaja dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”.


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 2026
Hari ini kita berpeluang lagi untuk menikmati kebebasan, ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dapat menghirup udara segar dengan aman dan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai. Selamat Hari Kebangsaan Ke-69, Malaysia MADANI.
31 Ogos 2026, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita dalam membentuk Malaysia MADANI yang aman harmoni. Watan ini milik kita semua!
31 Ogos 2026
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69.

Tema Hari Kebangsaan 2026
Hari Kebangsaan Malaysia 2026 Yang ke-69 membawa tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati".Gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh. istilah “MADANI, yang berakar daripada konsep tamadun (civilisation), merangkumi nilai-nilai keadilan, kebajikan, dan kemanusiaan.
Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan sahaja dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian
baca juga
Logo Hari Kebangsaan 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026
Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 akan berlansung di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula jam 7.00 pagi pada 31 Ogos 2026.
Cara untuk ke lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Gunakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan untuk memudahkan perjalanan ke lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2026 di Dataran Putrajaya.
Sambutan ambang Merdeka ke-69 juga akan diadakan Dataran Merdeka Kuala Lumpur untuk acara hitung detik serta pertunjukan bunga api.

Koleksi Ucapan Hari Kemerdekaan/ Hari Kebangsaan 2026
“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”.
—Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 2026
Hari ini kita boleh menikmati kebebasan dan kemerdekaan, menikmati keselesaan dan hak yang diberikan kepada kita sebagai warganegara Malaysia.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 buat negaraku Malaysia tercinta.
Semoga negara kita terus aman, sentosa dan harmoni.
Hari ini kita berpeluang lagi untuk menikmati kebebasan, ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dapat menghirup udara segar dengan aman dan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai. Selamat Hari Kebangsaan Ke-69, Malaysia MADANI.
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-69 buat negaraku Malaysia tercinta, Tanah tumpahnya darahku. Kemerdekaan ini besar nilainya buat kita semua. Ayuh Malaysia MADANI, Marilah kita kobarkan semangat cintakan negara dengan kibarkan Jalur Gemilang dan tanamkan semangat patriotisme dalam diri.
31 Ogos 2026, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita dalam membentuk Malaysia MADANI yang aman harmoni. Watan ini milik kita semua!
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan!
31 Ogos 2026
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69.
Salam Kemerdekaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia.
Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita Merdeka daripada penjajah, juga merdeka daripada perkara yang sia-sia.
Koleksi Pantun 4 Kerat Hari Kebangsaan/Kemerdekaan 2026
Bunga Raya bunga kebangsaan,
Warna merah indah menawan,
31 Ogos Hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.
31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan Kemerdekaan kita.
Bulan Kemerdekaan disambut penuh semangat,
Sambil mengharap Malaysia terus berjaya,
31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka.
Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalulah kita berdoa padaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.
Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur gemilang ,
Tanda cinta pada negara.
Setiap tahun kita menyambut Merdeka,
Jalur gemilang berkibar megah,
Sejarah Malaysia jangan pula dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.
Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah,
Hargai Merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah.
Manis senyuman, melanjut usia,
Bahagia dicita, terpancar di muka,
Kita semua rakyat Malaysia,
Bersama kita, sambut Merdeka.
Memang terbilang sebuah hikayat,
Kisah dahulu ramai yang suka,
Jalur gemilang semangat rakyat,
Dikibar selalu tanda Merdeka.
Bunga raya di dalam dulang,
Daunnya pula di makan ulat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia Merdeka kekal berdaulat.
Sungguh indah negeri Melaka,
Tempat lahir ramai pahlawan,
69 tahun kita Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.
Dari Kelantan ke negeri Melaka,
Singgah berehat di pekan Kuantan,
Sudah 69 tahun Malaysia Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.
Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.
Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan.
Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Sudah 69 tahun Kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.
Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia MADANI aman sejahtera.
Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
69 tahun kita Merdeka,
Rakyat hidup aman damai.
Tanah ini Tanah MELAYU,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan TANAHmu,
Pertahankan NEGARA, pertahankan BANGSA.
Jalur gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara Merdeka,
Sambutan Kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda.
Jalur gemilang berkibar megah,
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti Kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah.
sumber info dan image : theinspirasi, infosentral, merdeka360
Warna merah indah menawan,
31 Ogos Hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.
31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan Kemerdekaan kita.
Bulan Kemerdekaan disambut penuh semangat,
Sambil mengharap Malaysia terus berjaya,
31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka.
Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalulah kita berdoa padaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.
Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur gemilang ,
Tanda cinta pada negara.
Setiap tahun kita menyambut Merdeka,
Jalur gemilang berkibar megah,
Sejarah Malaysia jangan pula dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.
Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah,
Hargai Merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah.
Manis senyuman, melanjut usia,
Bahagia dicita, terpancar di muka,
Kita semua rakyat Malaysia,
Bersama kita, sambut Merdeka.
Memang terbilang sebuah hikayat,
Kisah dahulu ramai yang suka,
Jalur gemilang semangat rakyat,
Dikibar selalu tanda Merdeka.
Bunga raya di dalam dulang,
Daunnya pula di makan ulat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia Merdeka kekal berdaulat.
Sungguh indah negeri Melaka,
Tempat lahir ramai pahlawan,
69 tahun kita Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.
Dari Kelantan ke negeri Melaka,
Singgah berehat di pekan Kuantan,
Sudah 69 tahun Malaysia Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.
Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.
Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan.
Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Sudah 69 tahun Kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.
Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia MADANI aman sejahtera.
Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
69 tahun kita Merdeka,
Rakyat hidup aman damai.
Tanah ini Tanah MELAYU,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan TANAHmu,
Pertahankan NEGARA, pertahankan BANGSA.
Jalur gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara Merdeka,
Sambutan Kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda.
Jalur gemilang berkibar megah,
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti Kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah.
sumber info dan image : theinspirasi, infosentral, merdeka360
36 تعليقات
Happy National day Malaysia
ردحذفThank you Josh. I'm truly appreciate your kind wishes.
حذفselamat menyambut hari kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia
ردحذفSelamat Hari Merdeka MALAYSIA!
حذفSelamat menyambut hari kebangsaan 2026. yang penting, isnin kita cuti... yeay...
ردحذفYay! Orang Selangor lagi untung sebab cuti sampai Selasa.
حذفsaya orang selangor tapi keje kat KL, maka tak dpt la smbg cuti.. hahaha
حذفAla tak dapatlah pulak nak sambung cuti. Bertabahlah ye orang Selangor keje KL.
حذفSELAMAT HARI KEBANGSAAN
ردحذفSelamat Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69.
حذفHarap2 jerebu tak mengganggu waktu sambutan nanti... salam merdeka!
ردحذفYa, semoga cuaca baik-baik saja.
حذفMerdeka! Merdeka! Merdeka!
semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alamein
ردحذفAamiin....
حذفHappy National Day, Malaysia!
ردحذفThank you Linda for your kind wishes.
حذفJakarta dan bandung lagi ramaaaaaaaaai turis Malaysia berlibur 😄😄. Dalam rangka cuti kemerdekaan juga. Saya ke mall dan beberapa tempat favorit Malaysian di sini, dan memang di mana2 sedang banyak yg liburan 👍
ردحذفOh ye? Risau tentang keadaan di sana sekarang. Semoga semuanya baik-baik saja.
حذفEh Fanny di Malaysia? Bila sampai tu? Ingatkan bulan Disember nanti.
Eh saya di JKT kak. Itu sebab melihat langsung banyak turis Malaysia yg tengah di jakarya sekarang 😄. Sebab lagi long weekend di sana kan. Kalau JKT oke saja. Pulau Jawa relatif aman. Yg tak aman sebab asap, itu sumatera dan Kalimantan
حذفSorry Fanny, saya silap baca pulak. Oh bukan pasal tu, tapi sebab rusuhan tu di Jakarta kan.
حذفyes it's 31st august today! salam hari kemerdekaan utk kita semua!
ردحذفSelamat menyambut Hari Kemerdekaan untuk kita semua rakyat Malaysia.
حذفsalam kemerdekaan yang ke 69 tahun
ردحذفSelamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 tahun.
حذفSelamat hari Merdeka
ردحذفSelamat Hari Merdeka Cik Nur.
حذفSelamat Hari merdeka buat semua rakyat maalysia. Semoga perpaduan yang wujud sejak dulu dapat dikekalkan dan semoga maalysia akan terus harmoni dan sejahtara
ردحذفSelamat Hari Merdeka!
حذفAamiin...
Selamat Hari Merdeka..
ردحذفSelamat Hari Merdeka.
حذفTerima kasih.. https://ejulz.blogspot.com/2026/08/senarai-pengomen-tegar-ogos-2026.html
ردحذفSama-sama. Nanti saya singgah ye.
حذفTerima kasih juga.
Selamat Hari Merdeka ke 69!
ردحذفSelamat Hari Kemerdekaan ke-69.
حذفSelamat hari Kemerdekaan buat Malaysia.. semoga kita menghayati erti kemerdekaan..aamin
ردحذفAamiin...
حذفSelamat Hari Kemerdekaan Malaysia.