Pomander Orange-Clove Ball Kering

Hampir sebulan dah bereksperimen dengan pomander orange-clove ball yang dijadikan sebagai pewangi semulajadi dalam rumah. Jujur cakap, bau dia memang best bermula dengan process cucuk clove (bunga cengkih) pada buah orange sampailah beberapa hari. Bau tu memang ada lah. Tapi selepas tu bau dia berkurang hari demi hari. Tapi apa yang Fiza baca daripada cariaan google, bau dia akan jadi lagi best bila kering.


Yang kecewanya bila pomander orange-clove lansung tak keluar bau yang kuat dah. Bau tu ada kalau dihidu dekat-dekat. Untuk secara menyuluruh satu bilik tu memang tak berbau kuatlah. Fiza rasa lah pomander ball ni sesuai untuk musim sejuk kot atau kena letak di ruang yang tidak besar atau perlu penuhkan orange dengan clove yang banyak atau mungkin juga perlu gunakan orange yang tertentu yang lebih sesuai untuk menghasilkan bau yang lebih kuat atau perlu buat banyak.

Ermm..banyak juga kebarangkalian nak mengkaji. Tapi tak apalah, yang penting dah cuba dan menikmati bau pomander orange-clove yang sedap tu. Sangat sesuailah dijadikan pewangi semulajadi dalam rumah. Cuma bau dia tak tersebar luas dan tak  kuat sangat. Entah mana silapnya pun tak tahu lah. Tapi bau dia serious sedap (untuk deria bau Fiza) dan sesuai dijadikan sebagai aromateraphy untuk membangkitkan mood yang positif dan happy.

Ada yang dah pernah cuba tak? Atau ada tips yang berguna untuk buat pomander orange-clove ball ni berbau kuat sikit untuk sesebuah ruang. Tapi kalau dah jenis berbau kuat bila musim sejuk je, tak dapatlah nak membuatnya kan. Bye bye lah jawabnya. Nampaknya kena juga sentiasa gunakan essentials oil setiap hari sebagai aromateraphy.

38 comments:

  1. kalo buat byk2 utk bilik yg luas mngkin bau tu kuat skit kot..
    sy pon xtau.. sbb xprnh cuba lg..

    ReplyDelete
  2. Mungkin kena buat lebih dari sebiji orange kot . Atau udara persekitaran kita yang kurang elok sekarang . Kalau sis tak mention pomander orange-clove ball tadi , saya mesti tengah fikir tu benda ape . Hehehehhe , rajin sis bereksperimen .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah kot. Haha, nampak pelik bila dah kering kan..Sesekali mencuba apa salahnya kan :)

      Delete
  3. tak pernah try, tapi kalau nk buat takut laki akak sound lak... itu kan untuk makan buatpe cucuk2 gitu ehehehhe

    ReplyDelete
  4. Mungkin kena buat lebih kot..xpun bau dia utk keluasan bilik yg kecik je..xpela..atleast cuba sendiri kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah Nieyl. Itu yang tanya tu kot orang lain ada tips dan pengalaman :)

      Delete
  5. Replies
    1. boleh cuba nanti boleh lebih dimasa akan datang. tq :)

      Delete
  6. saya belum pernah cuba lagi...

    harap ada kesempatan untuk mencuba nanti

    ReplyDelete
  7. Oh, tak pernah pulak tau apatah lagi mencuba. Adakah saya ketinggalan zaman atau katak dibawah gelas? Hahahahaha... Tapi gabungan baunya macam menarik lah, fresh gitu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau dia memang best. Benda ni dah lama cuba di Malaysia tak digunakan atau diamalkan kot.

      Delete
  8. i've never tried before but am eager to know more about this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i will. hehe tgh survey and doing some reading on it. yeayyy suke la bila org reply semula kt komen. i love it!

      Delete
    2. kalau ada tips menarik jangan lupa kongsi nanti ye. Tq Ray :)

      Delete
  9. wangi tapi tempoh tak lama la.. ada jugak yang buat oren (dibelah) pastu cucuk cengkih..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. boleh cuba kalau terasa nak cuba dan rajin nak buat :)

      Delete
  11. kena buat dua tiga ketul kot baru kuat tu bau.
    tak pernah try la pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga kak. kalau ada bahan bolehlah cuba lagi nanti.

      Delete
  12. Nanti bolehlah cuba..... nak bau kuat kena buat banyaklah nampaknya Fiza....Rugi pulak ek, kita nak makan orange tu hihi

    ReplyDelete
  13. nda pernah cuba..
    rasanya ya kut kena sentiasa sejuk hehe

    ReplyDelete
  14. Tak pernah try tapi kalau nak kena guna banyak orange, sayang wooo tak dapat makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang cuba sebiji dua je..tapi kalau oren masam okay kot buat untuk ni

      Delete
  15. Mungkin kena letak beberapa spot jika ruang tu besar and each spot kena dua tiga biji. Hurmmm mesti bila dah betul-betul kering jadi macam potpourri tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga..dah kering okay gak lah jadikan potpourri :)

      Delete
  16. Tak pernah cuba.. selalu guna potpouri je..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.