Deko-Deko Pomander Orange-Clove Balls

Saturday, October 19, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pomander orange-clove is done! Haritu gigih buat guna limau nipis saja nak cuba. Bau dia tak berapa sangat. Baru berkesempatan nak buat the real pomander orange-clove balls ni sebab baru beli orange dan tambah bunga cengkih (clove). Bunga cengkih yang ada kat rumah pun tak berapa nak banyak sebab jarang masak menu yang menggunakan bunga cengkih. Bila dah bila 2 bahan penting ni, barulah boleh buat dekorasi pomander orange-clover balls ni.  Macamana rupa dia, sila tengok gambar bawah ni yang dah siap.


Fiza beli 2 biji orange dan sepeket bunga cengkih. Alatan lain, kau orang boleh gunakan dawai dan toothpick yang belum digunakan. Nak guna riben pun boleh gantikan dawai. Saja guna dawai sebab rasa macam susah nak deko kalau ada riben pada orange. Kalau guna dawai boleh cucuk bahagian tengah dan tak kacau dekorasi pomander ball.
Toothpick tu guna untuk buat lubang pada orange dengan mudah. Kalau guna toothpick buat lubang kecil je, kena kekiri kekanan toothpick tu untuk dapatkan lubang besar sikit lebih mudah cucuk bunga cengkih nanti. Boleh juga gunakan chopstick. Gunakan chopstick besi sebab Fiza pernah guna chopstick kayu, patah hujung tu. Mungkin orange tu keras sangat kot. Payah nak tembus kulit orange.



Sebelum buat tu, kau orang boleh google nak buat dekorasi corak macamana pada buah orange tu. Fiza ni main hentam je buat. Asal boleh! Dah fikir nak corak macamana, then kau orang buat lah dulu lubang-lubang mengikut corak yang kau orang nak buat. Dah ada lubang-lubang tu, cucuk je bunga cengkih sampai semua lubang penuh. Mudah yang amat! Fiza buat dekorasi spiral dan jalur ringkas macam tu je. Nak cepat siap kaedahnya.


Satu Fiza gantung pada workspace dan satu lagi letak kat dapur. Kat dapur memang sesuai letak sebab dapur kan ada macam-macam bau. Bila letak pomander orange-clove ni rasa bau dapur tu lebih best lah sikit. Ada aroma spice. Spice up your life! Suka bau cengkih dengan orange ni. Seronok juga buat aktiviti men 'D.I.Y' bila ada masa percuma. Rasa macam kena cucuk bunga cengkih lagi ni sebab ada ruang kosong banyak pada orange tu.


Orang kata lagi kering lagi sedap bau dia. Boleh letak dalam almari juga kalau dah kering. Bau dia tak tahu lagilah macamana bila dah kering. Tunggu kejadian dah kering nanti, Fiza update lain okay. For now, stop dulu. Hujung minggu kalau free, bolehlah kau orang cuba buat. Ada juga aktiviti on weekend kan. Alang-alang macam bagus ada natural aroma, buatlah cantik-cantik juga boleh jadikan sebagai dekorasi rumah. At least, dekorasi yang ada gunanya macam tu.

Note : Setelah bereksperimen dengan pomander ball ni, agak kurang bau dia kalau kau orang letak di tempat yang luas. Kena letak dalam bilik kecil baru berbau sikit. Jangan letak dalam ruang yang lembap sebab nanti dia akan berkulat. Pengudaraan tu penting. Fiza letak dalam bilik tidur dia jadi cepat kering sbb malam buka aircond dia serap air. Nak bau banyak mungkin juga kena buat banyak dan letak merata. atau bunga cengkih letak lebih ke. Dia orang buat masa musim sejuk christmast tu. Mungkin juga faktor cuaca penyumbang bau tu tersebar. Apapun kena eksperimen untuk penambah baikkan kalau nak cuba lah.


With Love, Sihatimerahjambu

12 comments

  1. tepuk tangan...
    Rajinnya la kak fiza ni buat...
    nieyl x rajin lagi la nak buat...sbb skrg ni tgh fikir warna yg sesuai utk cat ruang tamu umah nieyl ni...kekeke..nak nampak lebih moden idamannya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah rajin ni kena buat cepat-cepat :) selamat mengecat rumah Nieyl

      Delete
  2. Rajinnya Fiza! Boleh bau harum dia dari baca entry ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sampai begitu efek dia..hihi..time rajin kita buatlah Sal

      Delete
  3. Comelnyaaaa... Thanks for inspiration. Nanti kita nak buat jugak laaa.. hehe bau mesti segar je..

    ReplyDelete
  4. Alahaii kreatif nya.. menarik sgt idea sis ni.. kot2 boleh cuba nti..

    ReplyDelete
  5. Bestnya..akak nak cuba la nanti...boleh letak kat area dapur..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.