Responsive Ad Slot

Slider

Air Detox Paling Mudah

resepi air detox untuk kulit cantik detox untuk kempiskan perut resepi air urban detox kebaikan detox cara detox
Entah kenapa susah betul nak konsistent minum air masak yang cukup setiap hari. Kalau minum air masak banyak sangat walaupun belum melebihi had 3 liter sehari tu rasa macam nak muntah. Tapi kalau minum air manis banyak lebih 3 liter tak ada hal pun. Tak rasa nak muntah mula. Heiii memang saja tak nak bagi minum air masak ni.

Keperluan air dalam badan seseorang tu berbeza mengikut Body Mass Index (BMI) masing-masing. Dan dengan cara minum air masak secukupnya adalah tips rahsia kurus ataupun kurangkan berat badan dengan cepat dan semulajadi. Dengan syarat, jangan ambil minuman makanan manis dan konsisten minum air secukupnya. Kalau itu pun tak mampu nak buat, sila jangan mimpi nak turunkan berat badan dengan mudah.

So disebabkan nak termuntah minum air masak tu, bolehlah minum air detox paling mudah untuk dibuat sebagai 'perisa' air masak dan mungkin juga lebih terasa sedap untuk diminum. Bila sedap dan ada rasa barulah macam okay sikit untuk minum air masak secara konsisten. Jadi mudahlah cara untuk minum air masak secukupnya setiap hari.

Air Detox Paling Mudah

AIR DETOX LEMON

Cara paling mudah adalah dengan tambah lemon dalam air masak. Cara Fiza, hanya letak sepotong hirisan lemon dalam air masak. Sudah mencukupi untuk penambah rasa air masak tu. Ada juga yang guna kaedah perah lemon. Demi nak cepat dan mudah, ikut je cara Fiza. mudah dan jimat lah kiranya tak perlu letak banyak dan tak perlu letak bahan lain. Fiza suka tambah dalam air sejuk ataupun air suam.

FUNGSI AIR DETOX

Air detox berfungsi mengeluarkan toksin dalam badan dengan cara paling selamat. Jika berjaya amalkan secara konsisten, pembuangan toksin akan jadi lebih kerap dan tidak terkumpul dalam badan. Bila toksin dibuang, organ dalaman bebas toksin dan badan pun jadi lebih sihat. Air detox ni tidak mengandungi kalori. Jadi, tak perlu risau lah okay.

Air Detox Paling Mudah


Disebabkan lemon ni antara buah yang paling mudah nak beli dan tahan lama simpan, so Fiza anggap ini cara paling mudah lah nak buat tambah perisa air masak menjadi air detox. Biasanya harga sebiji lemon lebih kurang 80 sen hingga RM1.20. 

Sebiji boleh guna untuk seminggu. Kena pandai-pandai bajet potongan untuk kegunaan seminggu kalau nak jimat. Kalau banyak bajet, sehari sebiji pun okay kalau mampu nak tahan kemasaman lemon tu. Bila dah ada perisa tu mohon rajinlah minum air masak ye. 

34
( Hide )
  1. Teman pun dah biasakan diri ini minum air suam je... Sangat jarang sekali minum teh tarik atau tea O. Coffee, jauh sekali... Paling tidak pun minum air limau suam saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam ni.Kagum dengan orang yang jarang minum air manis. Amalkan selalu :)

      Delete
  2. air detox paling jimat, miza suka minum dengan air suam puas je terasa

    ReplyDelete
  3. dulu akak rajin buat air detok dari lemon, timun dan daun pudina tapi skrg dah malas buat dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun pudina tu payah juga nak cari. Guna lemon je la satu bahan lebih mudah :)

      Delete
  4. mmg senang sgt la yg ni..husband suka minum ltk lemon camni..wife nya minum tp tanpa lemon la

    ReplyDelete
  5. Memang guna lemon paling mudah.. kadang tambah timun..

    ReplyDelete
  6. Kita sama. Kadang kemain susah nk telan air manis. Jln mudah buat air lemon ni. Bergelas2 pun boleh minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, susah nak telan air masak. kena buat macam ni baru boleh masuk :)

      Delete
  7. Yg mudah nih lah paling malas nak buat hahaha. Tapi mmang best k minum air lemon nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kena tunggu rajin lah baru buat. Dapat minum tu memang best. Buat stok dalam peti ais siap²

      Delete
  8. Yeahhhh..kena detoxxx duluuuu! Setujuu!
    Hehee~

    ReplyDelete
  9. cuba nanti semoga bisa bikin aku kembali ke berat yang ideal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, silakan mencuba ya. moga kamu bisa dapatkan berat yang ideal

      Delete
  10. Dulu rajin wat, tapi skrg dah kemalasann..hehe

    lawa2 gambar yang Fiza ambik.suka tgok,

    ReplyDelete
  11. penah buat tp lps tu ulang alik tandas hehehe

    ReplyDelete
  12. air lemon mmg sedap
    gula tu mmg kena stop
    gula punca penyakit tersembunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul sangat tu.cuma awalnya memang susah nak stop

      Delete
  13. nk abskan 2liter sehari pon ssh.. adoilaaaa..

    mudah sgt nk buat air detox.. rajin ngn malas je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya..tak tahu bila nak konsisten cukup sehari

      Delete
  14. sedap ni lalu kat tekak sejuk2 di kala musim panas ni. haha

    ReplyDelete
  15. Sebelum ni selalu juga bawa air hirisan lemon dalam tumbler besar bawa pegi office. Tak terasa sangat minum air kosong, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, begitulah caranya nak perbanyakkan minum air masak :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu