Kek Rare Dan Chicken Grill Super Sedap di The Admire Cafe @Dusun

Kek rare macam Pandan Gula Melaka Cake, Burnt Cheese Cake, Sirap Bandung Laici Cake dan bermacam nama rare kek sangat susah nak beli di kedai kek yang biasa. Nak order kek rare macam ni biasanya kena order kat kedai tertentu atau homebakers sahaja. Dan biasanya kena order beberapa hari sebelum ambil. Sangat tak best kalau kena order awal padahal masa tu tekak teringin sangat nak makan, apatah lagi yang sedang mengidam teruk tu.

Kalau teringin sekali pun tak kan lah nak makan sebiji kek terus kan? Tak kan pula nak order sebiji kek. Nak mencari baker yang hanya jual satu slice tu sangat payah dan tak ramai jual per slice. So, Fiza kongsikan pada kau orang kat mana nak dapatkan slice kek yang sedap dengan harga berpatutan yang ready made. 


PANDAN GULA MELAKA CAKE @ KEK PANDAN GULA MELAKA

Pandan Gula Melaka Cake @ Kek Pandan Gula Melaka dah lama teringin nak makan. Asyik dok lalu lalang dekat wall instagram dan facebook je. Terus rasa teringin nak cuba. Dah lama kot teringin, bukan mengidam ye. Tapi kebanyakkan baker jual sebiji kek atau square kek yang perlu beli banyak tu. Jadi, pendam je hasrat tu sebab bukan nak makan banyak. Cuma teringin rasa satu je. 

Kat sini ada bermacam jenis kek yang rare pada Fiza. Mungkin sebab jarang makan kek, jadi nama terkini kek pun tak berapa nak tahu. Satu slice kek ada yang RM10 dan ada yang RM12. One slice kek yang sangat tebal dan padu rasanya. Kek Pandan Gula Melaka sangat padat dan cream cheese tu sangat sedap walaupun first time rasa dan belum ada comparison dengan kek pandan gula melaka yang lain. 


CHICKEN GRILL SUPER SEDAP!

Chicken Grill, menu favourite terkini Fiza sebab suka dengan cara masakan grill tu lebih sihat katanya berbanding dengan chicken chop yang digoreng. Kalau makan chicken grill biasanya makan untuk dinner lah tapi kali ni makan menu western untuk lunch. Kebetulan dah datang nak cuba Pandan Gula Melaka Cake tu, alang-alang lunch terus lah.


Chicken grill ni sangat sedap! Tekstur ayam sangat lembut, juicy dan well cooked! Portion standard lah macam biasa. Ada terasa rempah bahan perap tu buat rasa lagi sedap. Sos blackpepper tu sangat menepati citarasa dan salad yang fresh. Hidangan Chicken Grill yang membuatkan orang tengok terus lapar tiba-tiba.



THE ADMIRE CAFE @ DUSUN

Nak tahu kat mana boleh dapatkan Kek Rare dan Chicken Grill Super Sedap ni? Kau orang boleh datang di The Admire Cafe @ Dusun Seremban. Yang berdekatan Seremban tu bolehlah singgah kalau terlalu sini. Cafe pun sangat mendamaikan seperti dalam dusun katanya. Tengok sajalah view luar The Admire Cafe ni.



SUASANA DUSUN
Suka suasana yang tenang dan mendamaikan ni. Masa Fiza datang tak ada customer lain lagi. Sunyi sikit dan betul-betul tenang rasanya. Masa hidangan sampai ramai customer yang datang untuk beli kek. Iyalah kek rare yang ready made susah nak dapat kat kedai lain. Sebenarnya kedai ni sederet rumah teres yang terletak dicorner lot.


DECORATION CANTIK
Fiza suka sangat decoration Cafe ni yang bertemakan industrial, bohemian, turkish dan sewaktu dengannya. Sangat colourful dan menarik. Nak breakfast, lunch, tea time kat sini pun rasa seronok bila tengok decoration cantik macam ni. 


MENU ISTIMEWA SETIAP HARI
Setiap hari ada menu yang berbeza samada kek ataupun western. Jadi, sebelum datang tu boleh lah tengok-tengok instagram @theadmirebynaj nak tahu menu yang istimewa tu. Manalah tahu berhajat nak makan apa yang tengah mengidam tu, boleh lah tanya-tanya dulu.


6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.