Tempah Photo Canvas Mudah Dan Cepat di Printcious

Masuk je website printcious mesti akan rambang mata untuk memilih hadiah rekaan sendiri yang mana satu untuk dihadiahkan kepada seseorang. Ada pelbagai jenis hadiah seperti photo canvas, mug, bantal, tshirt, puzzles, bag, mousepads, coaster, luggage tags, ceramic tiles, iphone cover dan banyak lagi yang boleh kau orang beli dengan menggunakan rekaan sendiri. 

Sebelum ni Fiza pernah beli 2 photo canvas bersaiz 30cm x 30 cm. Kali ni Fiza juga memilih photo canvas untuk digunakan sebagai hiasan dalam rumah. Cuma kali ni Fiza buat untuk hadiah kepada orang lain sebab koleksi photo canvas kat rumah ni dah cukup banyak. Jadi, kita hadiahkan pada orang lain lah pula kan.


Untuk gambar landskap, Fiza pilih saiz photo canvas 30cm x 20cm untuk disesuaikan dengan saiz gambar yang landskap tu. Kalau gunakan saiz photo canvas macam Fiza tempah sebelum ni akan ada ruang atas bawah kalau nak memuatkan satu gambar landskap macam ni. Jadi, kalau nak pilih saiz tu kena tengok gambar tu jenis landskap atau tak melainkan kalau gambar seorang tu boleh resize gambar ikut suka.

MUDAH DAN CEPAT TEMPAH DI PRINTCIOUS
Tempah photo canvas di Printcious sangat mudah dan kali ini penghantaran agak cepat. Sehari selepas submit order dah dapat email tracking number bermakna dah diposkan. Kali ni memang sangat cepat cuma lambat penghantaran sebab cuti sabtu ahad tu lah.

Tak tahu nak tempah macamana? Boleh rujuk semula artikel CARA TEMPAH HADIAH REKAAN SENDIRI DI PRINTCIOUS yang Fiza dah tulis panjang lebar tu ye.

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.