Review : Ephyra Skin Care Series Membersih, Merawat dan Melembapkan Kulit Muka


Stress juga dengan masalah kulit ni. Memang susah nak cari produk set penjagaan wajah (skincare) yang lengkap dan yang sesuai dengan kulit muka. Fiza nak perkenalkan produk Ephyra Skin Care Series iaitu set penjagaan kulit wajah yang lengkap dan berkesan. Fiza sendiri dah mencubanya dan ikuti kisah Fiza bersama Ephyra Skin Care series ni.
Ephyra Skincare Series adalah set penjagaan wajah yang terkini daripada jenama terkenal Ephyra selepas kejayaan mereka untuk produk minuman kolagen Ephyra. Melalui produk terkini mereka iaitu pelembap muka Ephyra Skin Snow, Ephyra Skincare Series adalah sesuai kepada semua jenis kulit termasuk lelaki dan wanita. 
Set ini mengandungi :
1. Ephyra Skin Bar (sabun cucian muka)
2. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi)
3. Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Pelembap wajah dengan Geno White Teknologi)
Ephyra Skin Bar, EPhyra Skin Nano dan Ephyra Skin Snow
Kalau dulu Ephyra keluar dengan produk kesihatan sekarang dah ada set penjagaan kulit wajah yang lengkap. Sebelum ni Fiza pernah cuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Sekarang dah ada set lengkap dan yang terbaru di pasaran adalah Ephyra Skin Snow White Advanced buat Fiza tambah teruja nak mencubanya! Bila dah dapat peluang mencuba dan berhasil, memang rugi kalau tak dikongsikan pengalaman menggunakannya. Benda yang baik elok dikongsi bersama. Mana tahu dengan maklumat ni dapat membantu mereka yang mempunyai kulit muka yang bermasalah atau masih mencari-cari produk yang terbaik untuk kulit muka. Boleh mula jaga kulit muka dengan Ephyra Skin Care Series ni. Fiza cerita satu persatu setiap produk ni ye. Baca jangan tak baca.

Sebelum tu, Fiza cerita sikit masalah kulit Fiza ni. Masalah jerawat rasanya dah berkurang sekarang. Jarang sekali nak tumbuh banyak. Kalau ada yang berani keluar pun seketul dua je. Cuma masalah utama Fiza adalah misi nak menghilangkan kesan bekas jerawat, kesan parut dan juga mengurangkan masalah pori-pori terbuka. Kulit jenis berminyak pun ye sebab cepat berpeluh kalau panas.

Ye, Fiza sedia maklum bab masalah pori-pori terbuka ni agak mengambil masa nak dapatkan kulit licin sepenuhnya. Jadi, Fiza mengamalkan sikap sabar dalam menggunakan produk Ephyra Skin Care series ni. Okay cerita bahagian Ephyra skin bar dulu.
EPHYRA SKIN BAR 
Ephyra Skin Bar adalah sabun cucian muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “TOP PRODUCT” untuk jenama Ephyra. 

KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR

1. Merawat kulit berjerawat
2. Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
3. Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
4. Mencerahkan wajah secara semulajadi
5. Menghilangkan bintik-bintik hitam


Sebelum ni Fiza ni memang anti menggunakan pencuci muka jenis sabun sebab leceh pada Fiza nak guna. Jenis pencuci sabun ni cepat kembang kalau salah di simpan dalam bilik air tu. Lagi satu kalau dah kembang, dah tak best pakai sebab kurang buih. Dahlah Fiza ni jenis suka pencuci muka jenis berbuih. Memang tak syok pakai kalau sabun cepat kembang dan kurang buih. Lagi satu susah nak bawa travel. Dari situ, Fiza dah tak guna lansung pencuci muka jenis sabun ni.

Buat pengetahuan semua, ini pertama kali Fiza menggunakan Ephyra skin bar dan pengalaman menggunakannya buat Fiza teruja nak mencuci muka selalu. Pulak dah??? Nak tahu sebabnya tak? Biasalah bila dah dapat benda baru memang teruja nak guna walaupun tahu jenis pencuci sabun ni pernah mengecewakan Fiza dulu. Pertama kali cuci muka guna Ephyra skin bar ni, Fiza boleh katakan wow pada kesannya selepas penggunaan pertama. Fiza pun sukakan bau yang wangi.

Muka dicuci Bersih

Kalau tak guna make up remover untuk hilangkan make up, guna Ephyra Skin Bar pun dah memadai membersihkan kulit muka dengan berkesan

Kulit Muka Jadi Tegang

Selepas cucian dan selepas lap kulit muka dengan tuala, beberapa saat selepas itu Fiza rasakan kulit jadi tegang dan kulit Fiza agak kering. Pada Fiza bagus kesan ni sebab kulit Fiza jenis berminyak kan. Jadinya dapat kurangkan masalah kulit berminyak kalau kulit kering. Tapi untuk kulit jenis biasa kalau takde kesan kering tu, memang takde masalah. Tapi kalau kering juga kena ada produk susulan iaitu dengan pemakaian Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum dan Ephyra Skin Snow White Advanced.

Biasanya kalau guna pencuci jenis sabun, kalau nak jimat Fiza akan potong kecil-kecil tapi kali ni Fiza buat eksperimen tak nak potong kecil-kecil. Nak terus guna 1 bar ni. Setelah beberapa minggu guna dan simpan dalam bekas ni, Fiza perasan yang sabun ni tak mudah kembang pun. Yeay! Satu berita gembira buat Fiza yang tak suka guna pencuci jenis sabun ni. Best kot guna sabun yang tak mudah kembang kena air ni.


Lagi satu buat Fiza teruja nak kongsi dengan korang adalah buih sabun Ephyra skin bar ni. Buih dia pekat dan makin digosok makin banyak buih. Seronok cuci muka macam ni, barulah rasa puas hati mencuci muka dengan bersih. Buih dia tak cepat hilang walaupun dibiarkan seketika kat muka. Okay, itu memang pengalaman best untuk Fiza. Pada korang mungkin biasa kot. Ke Fiza yang syok sendiri sebab teruja dah temui sabun idaman?? 



Disebabkan selepas pemakaian sabun ni kulit muka akan menjadi kering, tak mustahil boleh buat jerawat kecut kan. Selain membersihkan muka dengan lebih bersih, kulit muka jadi lebih cerah sebab sel kulit mati dan bintik-bintik hitam berkurang. Best kan! Selepas mencuci muka, jangan sesekali tinggalkan memakai Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum untuk langkah seterusnya.

Dari pengalaman pertama memakai Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, Fiza memang dapati kesan yang bagus dan memang sesuai untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Kiranya ini botol kedua Fiza guna. Cerita pengalaman kedua pulak lah ye. Sebelum tu, baca sikit maklumat tentang Serum Ephyra ni.
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM (dengan Nano Technology)
Serum untuk kulit yang sangat berkuasa dan dipatenkan oleh SWISS NANO TECHNOLOGY yang berfungsi dalam mengembalikan kulit cantik dan berseri. Serum yang tidak melekit, tidak berminyak serta sangat mudah meresap ke dalam kulit ini memperbaiki struktur sel kulit dari luaran sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. 
Gabungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin E dan Vitamin C memberi manfaat kepada kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran. Serum ini juga amat sesuai untuk menghilangkan masalah jeragat yang degil. 

NANO TECHNOLOGY (SWISS PATENTED) 

Nano Technologi adalah teknologi yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel serum. Perkara ini akan menjadikan serum sangat mudah diserap dan masuk jauh sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan membantu memperbaiki struktur kulit menjadi anjal, tegang dan cantik. 

KELEBIHAN SERUM EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 

1. Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat
2. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
3. Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit yang kendur 
4. Mencerahkan kulit kusam 
5. Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn

Kalau nak pakai serum ephyra ni syaratnya kena bersihkan muka dulu dan lap kering. Kemudian baru pakai serum Ephyra. Walaupun botol Ephyra ni kecil tapi kepekatan cecair serum tu amat besar kesannya. Biasa Fiza guna 1-2 titis je dan boleh cover sapuan satu muka.


Paling best pakai Serum Ephyra ni kulit tidak berminyak dan meninggalkan kesan matte (tak berkilat) pada kulit. Memang bagus bagi membantu mengurangkan masalah kulit berminyak. Jadi lebih rajin nak pakai serum selepas mencuci muka tu. Tak perlu risau kulit berkilat berminyak tu.

Nampak tak?? Tak berminyak lansung dan cepat meresap ke dalam kulit. 


Okay, yang terakhir disudahi dengan produk terbaru keluaran Ephyra yang melengkapkan Ephyra Skin Care Series iaitu Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disebabkan ini pertama kali pengalaman bersama Ephyra Skin Snow ni, Fiza kongsikan sedikit maklumatnya.
EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR (dengan teknologi Geno White) 
Ephyra Skin Snow adalah pelembap wajah berteknologi Geno- White yang digunakan selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano. Kesan penggunaan seawal 9-14 hari. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, lelaki & perempuan. Tiada paraben, tiada hydroquinone mahupun merkuri malahan pelembap ini tidak melekit, tidak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit.
Bahan-bahan
  • Natural arbutin dari Berry 
  • Vitamin C (ekstrak dari buah) 
  • Vitamin E (ekstrak dari buah) 
  • Vitamin C : begus utk perlindungan kulit dari UV dan memperbaiki struktur kulit yang rosak. 
  • Vitamin E : melembapkan kulit dan melambatkan tanda penuaan serta memulihkan kulit dri sebarang parut 

GENO WHITE 

Geno white adalah teknologi “SMART PEPTIDE” yang mampu mengawal pengeluaran melanin dalam kulit. Melanin ada pada kulit semua orang dan ia adalah protection kulit daripada sinaran UV. Tetapi terlalu banyak melanin aktif akan menjadikan kulit berjeragat, bintik hitam dan banyak masalah kulit lain sehingga paling serius adalah kanser kulit. 

Faktor melanin tidak terkawal/terlalu aktif : 
  • Umur
  • Sinar Matahari
  • Hormon tidak stabil 
  • Ubatan 

KELEBIHAN EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR 

1. Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah 
2. Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari 
3. Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin) 
4. Menambahkan agen perlindungan kulit (UV protection
5. Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat
6. Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus & jeragat)
7. Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda & bersih.
Paling suka tengok packaging pelembap Ephyra Skin Snow ni. Ekslusif betul rupa bentuk ros dan warna yang sangat menarik sama dengan serum Ephyra. Barulah namanya series.

Satu yang Fiza suka dengan Ephyra Skin Care Series adalah bau dia yang wangi. Masa buka bekas pelembap ni pun dah dapat tangkap bau macam serum ephyra tu. Ephyra sangat tau!


Dah namanya pun Ephyra Skin Snow, haruslah krim pelembap dia warna putih. Krim pelembap dia pun pekat dan tidak berminyak.  lansung walaupun selepas pemakain serum Ephyra. Jadi, memang bagus untuk jenis kulit muka Fiza yang berminyak sebelum ni. Jadi, bila tak berminyak, sekaligus dapat menyelamatkan kulit muka dari pembiakan jerawat. Betul tak?


Cara Penggunaan Ephyra Skin Care Series

Setelah 2 minggu lebih penggunaan Ephyra Skin Series, inilah hasilnya. Pori-pori semakin berkurang dan mengecil dan kulit muka semakin cerah. Paling Fiza suka dengan finishing matte pada kulit membuatkan kulit Fiza semakin kurang berminyak dan dalam masa yang sama merawat kulit muka. 

Untuk pengetahuan semua, produk Ephyra selamat digunakan. Setiap produk mempunyai QR Code dan hologram. Ini adalah ciri-ciri keselamatan produk dan juga sebagai jaminan ketulenan produk Ephyra.

Cara-cara mengenal pasti label Original Oceanlife


Harga 1 Set Ephyra Skincare Series adalah :

RM 140 (SM) dan RM 150 (SS) 

Itu harga untuk set. Sekiranya beli secara loose, harga adalah berbeza iaitu : 

EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) | RM 45 (SS) 
EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) | RM 72 (SS) 
EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) | RM 52 (SS)

*Untuk lebih penjimatan, digalakkan untuk ambil set. Lebih jimat dan berbaloi.

Untuk Maklumat lanjut  dan pembelian, sila rujuk di link bawah ni 
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u 
Website : Sedang dikemaskini.

Sebelum terlupa, tempat sabun tu harga RM10. Tapi kalau nak murah RM5 kena beli dengan pembelian. Maksudnya beli produk ephyra yang lain, contohnya beli Ephyra skin bar dan baru dapat harga RM5. Kalau nak beli bekas sahaja tanpa produk lain harganya jadi harga asal RM10.  Fiza nasihatkan kalau beli Ephyra skin bar tu wajib beli bekas sabun ni sekali. Senang nak simpan sabun tu dan mudah bawa semasa  travel tu.

Opsss..entri terpanjang. Teruja nak cerita punya pasal. Terima kasih membaca!

6 comments:

  1. ternyata produk ni serasi dengan muka fiza kan

    ReplyDelete
  2. Blogwalking sambil baca entry dan isi tabung untuk raya :D

    ReplyDelete
  3. Wahhh nampak sangat perbezaan sebelum dan selepas tu...pori2 pun dah mengecil...terbaiklah fiza...julia berbesar hati nak uar-uar Promo Raya Ephyra Skin Care Series kepada semua kawan-kawan Fiza yang tertarik dengan Ephyra...

    PROMO ini berharga RM140 satu set sahaja...harga sebelum RM155...jimat RM15 wauu!

    Nak beli boleh wassup agen sah Ephyra (julia) 013-6327 333 (FREE POSTAGE + FREE GIFT RAYA) Happy Ephyra :*  

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.