Magnetica Parfum Wangian Mewah dan Tahan Lebih Lama


Perempuan dan minyak wangi memang tak dapat dipisahkan. Tanpa minyak wangi seperti tidak lengkap dalam menjalani segala aktiviti harian. Siapa yang suka bau busuk? Memang taklah kan. Semua orang suka bau wangi dan barulah yakin nak berhadapan dengan orang sekeliling. Sedangkan berpeluh sikit pun dah rasa busuknya diri ini. Inikan pula kalau jenis berpeluh banyak, memang naik bau busuk tu. Memang rimas dan kurang selesa. Apatah lagi orang disekeliling kita.

Disebabkan itu, Fiza nak kongsikan pengalaman Fiza menggunakan Magnetica parfum yang sangat-sangat membantu dalam menghilangkan terus bau badan busuk malah membuatkan korang lebih yakin walaupun berbau peluh dan berpeluh banyak tu. Bagaikan terkena sumpahan magnetica parfum ni, melekat betul baunya dan hari-hari mesti nak bau! Padanlah dengan nama Magnetica tu. 
Ini antara Koleksi Magnetica Parfum Fiza : Magnetica D'Va Aliva, Magnetica Whisper Wave, Estee Lauder For Men (husband punya) dan juga Victoria's Secret Scandalous

MAGNETICA PARFUM PARFUM BOOSTER

Magnetica Parfum adalah wangian Eau de Parfum HALAL pertama yang menggunakan parfum booster
Eau de Perfume - Kadar Ketumpatan patinya mencapai 8%-16%. EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan sehingga 3-5 jam.-onlineshopieboutique

PARFUM BOOSTER

Parfum Booster adalah satu ramuan eksklusif dari bahan-bahan natural yang terdapat dalam semua perfume keluaran magnetica. 

FUNGSI PARFUM BOOSTER 

  • Bau Wangian tahan lebih lama dan kekal wangi di badan walaupun selepas mandi dan kekal sehingga 3 hari pada pakaian
  • Bauan makin wangi & makin naik apabila kita semakin aktif atau berpeluh (teknologi yang sama digunakan dalam Rexona Deodoran Scha Al Yahya tuuu) 
  • Bau Wangian Magnetica lebih dominan kepada perokok tegar 
  • Bersifat aromaterapi dan juga boleh merawat stress serta masalah gangguan makhluk halus.
Disebabkan parfum booster ni lah wangi dia tahan sampai 3 hari melekat di pakaian. Bayangkan Fiza pakai baju sekejap kemudian sidai di dalam bilik laundry sekejap je dah berbau satu bilik. Kemudian dah basuh baju pun masih berbau wangi. Eh dah boleh buat pewangi baju dah ni. hehe. Untuk pengetahuan semua, Magnetica perfum ni terdapat 2 kategori iaitu MAGNETICA PREMIERE SIGNATURE dan MAGNETICA D’XEO (HIM & HER).

MAGNETICA PREMIERE SIGNATURE 

Magnetica Premiere Signature merupakan wangian ciptaan eksklusif dan mewah dari jenama Magnetica sendiri serta bukan diinspirasi dari mana-mana jenama lain. Antara Pilihan Bau Magnetica Premiere Signature : 
  • Magnetica Him 
  • Magnetica Her 
  • Whisper Wave (Unisex)
  • Curse!
  • Amor Chocoleto (Unisex) 
  • D’va Alive (Unisex) 
Antara pilihan-pilihan yang ada untuk Magnetica Premiere Signature, Fiza pilih Magnetica D'va Alive sebab Fiza suka bau vanilla yang kuat Mempunyai bauan vanilla yang sebenar, limau mandarin, limau, lemon, buah anggur dan bergamot. Walaupun gabungan semua bahan ni lebih kepada limau tapi bau vanilla u tetap kuat. lembut dan bau manis tu buat Fiza lagi suka. Bila bau manis macam ni tak menyakitkan hidung dan semestinya selesa memakainya. Memang Fiza cadangkan korang cuba D'va Alive ni. D'va Alive ni sesuai dipakai oleh perempuan ataupun lelaki.


Dalam pemilihan perfume, biasanya Fiza suka beli yang jenis boleh di pakai oleh lelaki dan perempuan. Boleh kongsi suami isteri. Bau yang sama gitu. Disebabkan itu, Fiza pilih Magnetica Whisper Wave yang sesuai untuk lelaki perempuan. Bau Whisper Wave ni lebih kepada bauan yang segar, bau buah-buahan (purple passion fruit) dan bunga-bungaan (Shangri-la peony and vanilla orchid).  

Sejak pertama kali sembur pun dah tersuka dengan sengaja bauan kedua-duanya ni. Alahaii...kenapalah wangi sangat ni??? Itu baru Magnetica Premiere Signature. Magnetica D'XEO macamana pulak?

MAGNETICA D’XEO (HIM & HER)

Magnetica D'Xeo Wangian yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa seperti Burberry, Chanel, Christian Dior, Elizabeth Arden, Lancome, Victoria Secret, Gucci, Estee Lauder dan pelbagai pilihan bau terkenal. Bauannya setanding dengan bau asal malahan Magnetica D’xeo lebih terserlah dan lebih tahan lama kerana diformulasikan dengan Parfum Booster seperti yang Fiza dah beritahu tadi.

Pilihan bau untuk magnetica D’XEO ni sangat banyak sebab di inspirasikan dari jenama terkenal kan. Memang buat pening kepala nak memilih. Tapi lebih bagus banyak pilihan sebab boleh pilih mana yang paling korang suka. Betul tak?Kalau kurang bajet nak beli yang berjenama tu, boleh beli magnetica parfum sebab baunya sama dengan yang asal dan tahan lebih lama. Boleh jimat duit poket! 

MAGNETICA  D'XEO HIM

1- Bvlgari Aqva Pour Homme
2- Bvlgari Extreme
3- Bvlgari Black
4- CK BE
5- CK Eternity
6- CK Free
7- CK Escape
8- 212 Men
9- Chanel Allure
10-Chanel Allure Homme Sport
11-Chanel Egoiste
12- CD Higher Energy
13- CD Dior Homme
14- Creed Silver Mountain
15- Davidoff Adventure
16- Davidoff Cool Water
17- Davidoff Echo
18- Davidoff Hot Water
19- Diesel Only The Brave
20- Dkny Be Delicous
21- D&G Classic
22- Dunhill Desire Blue
23- Dunhill Desire Red
24- Dunhill Desire Black
25- Dunhill  Pure
26- Dunhill Pursuit
27- Alfred Dunhill
28- Estee Lauder Beyond Paradise
29- Estee Lauder Pleasure For Men
30- Etienne Aigner Blue Emotion
31- Fendi Fan di Fendi
32- Giorgio Armani Aqua De Gio
33- Giorgio Armani Black Code
34- Gucci Pour Homme 11
35- Gucci Guilty
36- Guy Laroche Drakkar Noir
37- Hugo Boss Hugo
38- Hugo Boss Boss in Motion
39- Hugo Boss Boss
40- Issey Miyake L'Eau D'Issey
41- Jean Paul Gaultier Le Male
42- Joop! JOOP! HOME
43- Mont Blanc Individuell
44- Mont Blanc Starwalker
44- Mont Blanc Legend
45- Paco Rabbane 1 Millions
46- Paco Rabbane Invictus
47- Ralph Lauren Polo Black
48- Ralph Lauren Polo Sport
49- Ralph Lauren Ralph
50- Sean John I Am King
51- Sean John UNFORGIVABLE
52- Shiseido Ambre Sultan
53- Thierry Mugler Angel Men
54- Versace Blue Jeans
55- Versace Eros
56- Viktor & Rolf Antidote
57- YSL live Jazz
58 - AMOUAGE REFLECTION

Phew! Banyak betul pilihan kan. Dalam banyak-banyak tu Fiza pilih Estee Lauder Pleasure For Men untuk husband Fiza. Perfume lelaki ni kebiasaanya agak kuat dan keras baunya. Pada Fiza, bau dia akan menyengit hidung tapi kalau untuk lelaki bau tu okay je. Memang sesuai sangat untuk lelaki. 

MAGNETICA  D'XEO HER

1-Burberry Weekend
2-Burberry Body
3-Amor Amor Cacharel
4-Ck Escape
5-CK Eternity
6- 212 Sexy
7- 212 woman
8- 212 VIP
9- 212 VIP ROSE
10- Chanel no 5
11- Chanel Egoiste
12-Chanel Allure
13-Chanel Coco
14-Chloe Narcisse
15-Christian Dior Midnight Poison
16-CD  Miss Dior Cherie Blooming
17-CD Jadore
18-Clinique Happy
19- Davidoff Echo
20- Davidoff Cool Water
21-D&G Light Blue
22-Dunhill Desire Blue
23-Dunhill Desire Red
24-Elizabeth Arden Pretty
25- Elizabeth Arden Untold
26- Elizabeth Arden True Love
27-Elizabeth Arden Green Tea
28-Escada Sunset Heat
29- Escada Pacific Paradise
30-Escada Rockin Rio
31-Escada Born In Paradise
32-Escada Joyful
33- Estee Lauder Beyond Paradise
34-Giorgio Armani Aqua Di Gio
35-Giorgio Armani Sensi
36-Givenchy Eau De Givenchy
37- Gucci Flora
38-Gucci Guilty
39-Hugo Woman
40- Issey Miyake L'Eau D' Issey
41-Jennifer Lopez Live
42-Kenzo Flower
43- Lady Gaga Lady Gaga
44- Lady Gaga Fame
45-Lancome Miracle So Magic
46-Lancome Miracle
47-Lolita Lempicka
48-Mont Blanc Individuell Femme
49-Nina Ricci Nina
50- Nina Ricci Ricci Ricci
51-Paco Rabbabe Lady Millions
52-Paris Hilton Can Can
53- Paris Hilton Heiress
54-Paris Hilton
55-Paris Hilton Siren
56-Ralph Lauren Romance
57-Salvarato Ferregamo Incanto Shine
58-Thierry Mugler Angel Woman
59-Tommy Hilfiger Dreaming
60- Versace Bright Crystal
61- Versace Blue Jeans
62- Versace White Jeans
63-Victoria's Secret BombShell
64- Victoria's Secret Scandalous
65- Vicotoria's Secret Love Spell
66-Victoria's Secret Amber Romance
67-Victoria's Secret Pure Seduction
68- YSL Cinema

Untuk perempuan, lagi banyak pilihan yang ada. Tanpa ragu-ragu Fiza pilih Victoria's Secret Scandalous of course sebab bau wangi yang manis dan segar campuran black peony, raspberry liqueur and praline. Bauan yang sexy katanya!

Sangat berpuas hati dengan ke empat-empat bauan yang best ni. Bauan lain pun best juga, next time baru cuba bau yang lain. Apa yang bestnya dengan magnetica parfum ni adalah parfum booster tu, sekali sembur je dah boleh cover bau satu badan! Tak perlu sembur banyak kali. Tapi jenis Fiza ni tak biasa sembur sekali mesti nak sembur dua tiga kali walau tahu dah bau wangi dengan sekali semburan tu. Dah macam mandi minyak wangi! Memang tahan berhari hari lah walaupun selepas basuh baju.

Jangan jadi macam Fiza, nak jimat guna perfume cuma perlu sembur sekali je dah mencukupi. Jimat sikit perfume tu kan. Paling penting, boleh dibawa solat, halal dan magnetica merupakan produk muslim yang diedarkan oleh Syarikat Muslim Daddy’s Global. 


Tak lama lagi nak raya kan. Bolehlah cuba guna magnetica parfum ni. Sehari berjalan raya pun masih wangi. Tak cuba tak tahu. Sesuai juga untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang. Harga pun berpatutan malah lebih berbaloi dengan bauan dan kualiti.


Sebelum ni Fiza agak ragu-ragu nak beli perfume secara online. Takut pecah masa proses penghantaran tapi sekarang tak perlu risau dah sebab packaging botol kaca terletak elok dalam kotak. Dan kotak pun dibalut elok dengan bubble wrap. Secara tak lansung dapat kurangkan risiko botol pecah.


MAGNETICA PREMIERE SIGNATURE – RRP : RM 65.00 (35ml) 
MAGNETICA D’XEO (HIM & HER) – RRP : RM 59.00 (35ml) 

Instagam : www.instagram.com/magneticaparfum_hq
Facebook : www.facebook.com/magneticaparfumhq/?fref=ts
Website : www.magneticaparfum.com

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.