Kopi Ala Kopitiam (Kedai Kopi)

Sunday, October 25, 2020

Jom ngopi! Jom ngeteh! Orang kampung dulu-dulu kalau mengajak minum kopi macam tu lah sebutannya. Orang kampung dan lepak di kopi dah sebati dalam jiwa dah. Sambil main dam haji yang berapa kali turun naik haji.

Di segamat ada cafe yang dinamakan Ngeteh Port. Selalu jugalah lepak situ kalau balik kampung. Tapi tak pernah lah mengopi kat situ. Jadi tak tahu lah style kopi dia macam mana. Nama je ngeteh port tapi ada banyak menu. Menu western dia terbaik sedap! 

Kopi Ala Kopitiam yang dimaksudkan adalah lebih kurang macam Kopi Manshor yang popular tu. Kopi yang dihidangkan dalam cawan kedai kopi bercorak dan ala ala vintage macam tu. Tapi kopi Manshor tu bukan rasa kopi. Lebih kepada rasa koko coklat macam tu. Itu je lah sekali pernah rasa.

Kopitiam Meaning...

Kopitiam atau kopi tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (店; POJ: tiàm). 

Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi". Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas: beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, Milo dan Horlicks.


kopi-ala-kopitiam-kedai-kopi


Sedap tahu kalau mengopi ala kopitiam ni. Teringat pula teh tarik dan roti bun majerin kaya masa minum pagi di Kluang Rail Coffee masa ke Kluang dulu. Dia punya roti bun majerin kaya tu sedap amat sampai menapau sekali lagi sebelum balik rumah.

Best mengopi ala kedai kopi kan.

Cawan Ala Kopitiam

Kat rumah mak ada juga cawan ala kopitiam. Kita pun nak juga gigih lah mencari dalam shopee. Ramai rupanya orang jual cawan ala kopitiam ni. 

Cantik-cantik dan cantik juga harganya. Mostly banyak yang jual loose, set sepasang macam tu. One set pun ada juga tak banyak lah. Kena pandai survey jenis, harga dan juga kena baca review juga.

Cawan Kopitiam Murah Tapi...

Fiza beli one set ada 6pcs dengan harga RM40. Berjaya cari yang murah. Tapi sayangnya corak dia samar-samar dan ada yang terkerat coraknya. Adakah itu dikatakan selari dengan harga?

Nasib baik ada yang okay juga coraknya. Bolehlah dijadikan props juga selain guna untuk kegunaan harian. Motif utama membeli sebab nak buat props. 

Jadi, kena cari corak vintage yang cantik. Samar samar tu memang macam vintage juga tapi corak tu nak juga nampak clear sikit.

Bila beli online inilah risiko dia. tak boleh nak membelek yang mana okay. Reda je apa yang dapat. Haritu masa balik segamat masuk pasaraya Cowboy, terperasan ada cawan kopitiam ni. 

Balik nanti macam kena pergi semula ni. Bolehlah membelek cari mana yang okay. Sekarang ni suka mencari barang barang lama vintage, rustic, legend, oldschool dan sewaktu dengannya.

Ada barang lama tak guna tu bolehlah jual kat Fiza. Jual harga murah murah boleh lah. Mahal mahal takmo beli, bagitau sesiap. Kalau nak sedekah pun boleh. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan...



30 comments

  1. wahhh fiza ada mesin kopi ek kat rumah? sebab nampak biji kopi whole tu...

    ReplyDelete
  2. Tengok entry kopitiam ini, rindu gila nak minum kopi avocado dekat Pahang.

    ReplyDelete
  3. Tidak sangka Fiza suka barang lama.
    Ingat tadi Fiza ambil gambar cawan itu di Ngeteh Port.

    ReplyDelete
  4. cantik cawan tu....teringat kenangan masa kecil....

    ReplyDelete
  5. Masa cuba ke Kluang dulu tak sempat cuba kopinya sebab tengah preggy. sejak dua menjak ni aje asyik nak mengopi. S:)

    ReplyDelete
  6. oh, ada jual ye cawan ni kt shopee... vintage sgt cawan ni... kopi dlm cawan dlm gambar tu pun kaw giler

    ReplyDelete
  7. Agaknya warna dan corak cawan kopitiam memang sengaja direka begitu. Nampak klasik kan Fiza.

    ReplyDelete
  8. Rasa macam nak beli cawan yang sama pula

    ReplyDelete
  9. cawan kopi tu mmg wajip ada kt umah kan..akk ada 6 biji ..beli dekat hardware jew murah sikit.

    ReplyDelete
  10. Teman nie jarang minum kopi... selalunya telan air suam jer...

    ReplyDelete
  11. alamak .. saya dulu ada banyak cawan ni.. dapat free kalau beli nescafe.. sbb selalu beli so adela 2,3 cawan.. masalahnya lepas tu sy pindah rumah, then cari2 balik x jumpe.. apo

    ReplyDelete
  12. Wah! Fiza suka kumpul pinggan mangkuk dulu2 ek..

    ReplyDelete
  13. Cantik coraknya Fiza very classic look pemilihan cawan.
    Tengah hujan lebat ni terus rasa nak ngeteh tengok hasil fotografi Fiza.

    ReplyDelete
  14. mengimbas memori dulu-dulu bila tengok cawan nie.Sayangnya cawan nie dah tak de lagi... so kena beli baliklah nampaknya.

    ReplyDelete
  15. Akak pun dah beli. Tapi tak de tetamu mai rumah. Masih dok dalam kotak lagi.Hahah.. Cawan ni tak boleh letak kat luar . ramai peminatnya sebab comel sangat.

    ReplyDelete
  16. Balik Muar memang suka ngeteh, tapi nak cari kat KL ni banyak yang ala hipster. Cepatla habis PKP, nak gi mengopi kat Kluang tu. Selalu dengar cite je, tak pernah try lagi

    ReplyDelete
  17. baru saya tahu...kopitiam itu kedai kopi..

    istilah mengeteh dan mengopi dah biasa juga dengar

    ReplyDelete
  18. akak suka ngopi kat old town white coffe, kopi dia pekat melekat... pernah minum kopi di situ lewat petang malam tu tak boleh tidur heheheh mungkin sebab kopi dia yang pekat melekat tu kot

    ReplyDelete
  19. Tiap pagi dah macam wajib mengopi.. Pregnant dulu pun bila doktor kata kopi ok, tiap hari jugak ngopi nya. Berkenan pulak cawan kopitiam tu..

    ReplyDelete
  20. cawan tu unik, tu yang buat kopi tu nampak lebih hebat! ;)

    ReplyDelete
  21. sedapnya kopi..lg elegan minum guna cawan ni..gaya vintage..

    ReplyDelete
  22. cantiknya gambar fiza. mama ni mmg suka ngopi. boleh lah try ngopi port kalau ke segamat

    ReplyDelete
  23. sedapnya lahai nampak kopi pekat likat fiza ni

    ReplyDelete
  24. 1st time sy dgr kopitiam sbb ada rancangan kt tv8 dulu heheheheh

    ReplyDelete
  25. kalo dh beli set cawan ala2 kopitiam tu..wat kopi sdiri kt umh sure feel2 mcm minum kt koptiam kn..hehe..

    ReplyDelete
  26. Cawan ini memang legend.. Kalau ada kat rumah, bolehlah santai ala ala di kopitiam.. hehehe..

    ReplyDelete
  27. tu cawan style kedai2 klasik tu.. perghhh tngk kuppi dia pekat ngancam..
    iols lari dulu la pekat2 gitu hahaha..

    ReplyDelete
  28. kat melaka ni, masih ada tau kedai kopi cina yg jual roti bakar atas arang dan kopi dlm cawan gini, fiza.
    bukan kedai cantik and modern. kedai lama. kat area jam besar merah tu.
    kat jonker walk. tapi pagi la. tghari da tutup.
    dulu kala mcm curiga nak beli.
    mostly are baba nyonya melaka. best air nyer. pekat. terbaik!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.