Drama : Kampung People 2 episod 1

Friday, September 18, 2020

Kampung People 2 episod 1 | Kisah bermula 35hari sebelum kejadian. Kejadian yang berlaku bila anak Tuan Suhaimi a.k.a Boboy yang menggerunkan datang ke rumah Razif. Dalam kejadian ni tak pasti lagi samada Razif ditembak mati atau sebaliknya.

Ini kena tunggu sampai habis episod nanti baru tahu apa yang berlaku.

Kampung People 2 episod 1
Credit image : google


Drama Kampung People 2 pun bermula di rumah Razif di Town Relationship. Pagi pagi semua dah haru biru. Dengan Lailer muka tak bersiap hanya pakai lip balm kemurungan sangat dibelenggu. Yummy pula baju sekolah koyak disebabkan iron baju sambil tertidur dengan mata terbuka. Ikut style tidur Mona.

Jawapan Lailer, Jekfer cinta Lailer inside...

Lailer : I love baby boo
Jekfer : 143

Masa sarapan, Razif buat pengumuman yang dia dah jual rumah sebab tak mampu nak bayar bulanan rumah yang mereka duduk. Disebabkan gaji Razif berkurang, mereka juga perlu berjimat cermat. Lepas tu Mona pun meluahkan perasan dia.

Sebatang Kera = sebatang monkey. 

Dah keluar dah kosa kata baru Mona yang baru.

Baru Episod 1 pun dah trending semalam di twitter. Yang belum tonton, boleh tonton online untuk into the scene jugak.

Tonton Online Kampung 2 People Episod 1

SENARAI PELAKON DRAMA KAMPUNG PEOPLE

  • Elly Mazlein sebagai Mona/ Aminah
  • Rashidi Ishak sebagai Razif/ Abu Bakar
  • Riena Diana sebagai Laila/ Ruziah
  • Hun Haqeem sebagai Jaafar
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Adibah Noor sebagai Dona
  • Daniella Fazli sebagai Tasha/ Saleha
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran/ Adam
  • Namron sebagai Tuan Shuhaimi
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Genre:Funny,Family,Comedy

Setelah Cengkih Manis bubar, Razif membawa isterinya Mona dan anak-anak mereka kembali ke kota. Kos sara hidup yang tinggi di bandar menjadikan Razif berjuang untuk mengekalkan gaya hidupnya yang dahulu. 

Laila, merindui Jaafar yang tinggal di kampung berjaya meyakinkan ayahnya untuk kembali ke kampung halaman mereka tetapi Mona enggan ikut. Razif dan laila menipu Mona untuk mempercayai hidup mereka dalam bahaya dan perlu kembali ke kampung halaman.

Slot Lestary, Rabu- Jumaat pukul 9:00 malam.

sumber : iqiy

16 comments

  1. SEMPAT TENGOK SEMALAM BEST DRAMA NI ASYIK NAK GELAK JE HAHAHAHAAAA

    ReplyDelete
  2. Pukul 9 malam.

    semalam dah tengok..kelakar gila mona.
    Tapi kat fb ada pulak yag kata tak kelakar. Expectation diaorang tinggi sangat kot,.
    musim pertama pun episod 1 tak kelakar sanagt. masa diaorang dah duduk kampung yang kelakar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay thanks kak. silap lak pukul 10.

      Lain orang lain taste hiburan dia. Betul betul. Bila dah duduk kampung baru kelakar.

      Delete
  3. Sha tak sempat tengok tapi anak-anak Sha kemain menunggu cerita ini semalam.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak budak pun excited nak tengok kampung people. cerita hiburan seisi keluarga :)

      Delete
  4. Replies
    1. ada online anytime boleh tengok kalau ada masa. Selamat menonton kak :)

      Delete
  5. Wah, episod pertama dah meletop.confirm trending nanti kan kak. hihi

    ReplyDelete
  6. haha style tido mona mmg menggerunkan kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.