Unboxing Althea Beauty Haul 16.0 | Puff, Deo & Tint

Masih lagi entry unboxing Althea Beauty Haul edisi 16.0. Itulah dok peram lama sangat berbulan. Bila baru ada masa dan ada mood nak update, terus jadi entri marathon lah jawabnya. Okay, parcel dari Althea kali ni tak ada box sebabnya Fiza beli barang kecil je dan tak banyak pun. Jadi, Althea guna kan pouch bag plastic bubble wrap untuk keselamatan produk sampai dengan selamat tanpa rosak. Bagus kan? Masih menjaga kualiti produk sampai dengan baik. 


Beauty Haul kali ni Fiza tambah stok dan beli untuk anak buah sebenarnya. Dan kebetulan nak dapatkan gift tapi tak ada rezeki. Stok gift dah habis mungkin. It's okaylah. Janji barang dah sampai dengan selamat cukuplah.


Fiza beli lagi Baby Meringue Puff untuk anak buah Fiza dan dapat free gift phone's grip lagi. Okaylah dapat gift yang ni pun jadilah kan. Meringue puff tu Fiza dah pernah review sebelum ni. Kalau nak tahu best ke tidak, boleh baca entri review Althea A'bloom Meringue Puff  yang Fiza dah review sebelum ni. Kalau tak best, tak adalah Fiza beli kan. Harga pun murah tu. 
Baby Meringue Puffs (3pcs)
PRICE: RM11 
Saiz: 30*28mm
Now : RM15

Watercolor cream tint Fiza beli lagi warna favourite. Restock yang lama dah nak habis sebab pakai yang tu je. Suka dengan style lipstick ala korea, kau orang boleh cuba watercolor cream tint ni. Fiza pernah buat full review watercolor cream tint. Bolehlah refer entri tu ye.
Watercolor Cream Tint 4.5ml
RM20/each
RM72/4pcs

A'Pieu Deo Armpit Powder ni Fiza akan review next entri ye. Nampak menarik sebab tu Fiza beli. Asyik pakai deodorant jenis cecair je. So cuba jenis powder pula tengok keberkesanan dia macam mana pula. Tunggu next entri okay Fiza akan review.
A'Pieu Deo Armpit Powder
RM24

Untuk kesemua produk ni kau orang boleh dapatkan di Althea Korea dengan harga yang berpatutan dan banyak pilihan.


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.