Althea Exclusives Makeup | Watercolor Cream Tint

Watercolor Cream Tint @Lip Tint satu lagi produk keluaran Althea Exclusives Makeup yang menjadi pilihan pencinta makeup ala gadis Korea. Kalau kau orang suka makeup ala Korea style tu wajib ada watercolor cream tint ni yang boleh kau orang pakai dengan 2 styles, ombre lip dan juga full lip.


PRETTY TRANSLUCENT TUBE
Fiza suka dengan packaging jenis translucent tube macam ni sebab lebih nampak jelas warna watercolor cream tint ni dan memudahkan kerja nak memilih untuk disesuaikan dengan tema outfit.

DELICIOUSLY JUICY LIPS
Kelazatan yang dimaksudkan adalah bau watercolor cream tint ni macam bau candy atau gula getah. Bila apply pada bibir memang berbau manis-manis macam tu.

STRONG PIGMENTATION DAN TAHAN LAMA
Paling istimewa kepekatan warna watercolor lip tint ni memang tiada tandingan dengan lipstick lain yang pernah Fiza pakai. Walaupun kau orang lap, dia akan meninggalkan kesan warna pada bibir. Kira tahan lama dan tak perlu touch up lagi.


MELEMBAPKAN BIBIR
Mengandungi hyaluronic acid dan squalene untuk melembapkan bibir daripada bibir kering dan mengelupas. Bibir kekal lembap dengan pelembap gloss serta memberikan kesan kilauan tanpa melekit pada bibir.

MUST HAVE COLORS - 4 COLOR
Didatangkan dengan 4 pilihan color untuk disesuaikan dengan mood, outift dan event. Must have 4 colors dalam koleksi makeup!


#01 Plum Cream

 

#02 Strawberry Cream



#03 Peach Cream



#04 Marron Cream



Mana satu pilihan hati kau orang? Kalau tanya Fiza, sudah tentu Fiza pilih semua lah. Semua color menawan hati kot! 

HARGA MURAH!
Well, harga pun murah cuma MYR20 sahaja untuk satu watercolor Cream Tint ni. Tapi kalau kau orang beli set ada 4 color ni boleh dapat dengan harga MYR72 (10% OFF) tau! Dapat sekali kotak exclusive yang cantik. Boleh beli cepat sebelum tamat tempoh diskaun tu. Beli terus melalui website Althea Korea.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Warna-warna semangat.Tapi suka warnanya.

    ReplyDelete
  2. Suka gak..walau kaler dia agak bold..warna dia semua sesuai untuk semua jenis warna kulit Asia

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.