Althea Exclusives Skincare & Makeup Tools | A'bloom Products

Hai semua! Masih dalam mood berbunga-bunga ni mengikut tema Althea A'bloom Products. Althea Korea's A'bloom products merupakan Althea Exclusives Products atas jenama Althea sendiri yang terbaru. Baru je launched 23 April 2019 yang lepas dan sambutannya memang sangat-sangat dasyat membuatkan ramai yang kecewa disebabkan kebanyakkannya sold out tak sampai sebulan.  Wow! Apa yang best sangat dengan Althea A'bloom ni? Okay, Fiza ceritakan.


ALTHEA KOREA'S A'BLOOM PRODUCTS : SKINCARE & BEAUTY TOOL
Dalam Althea Korea's A'bloom Collection ni terdiri daripada rangkaian skincare dan juga makeup tools untuk perfect makeup. Antaranya ialah :
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Giant Meringue Puff
  • A'bloom Baby Meringue Puffs
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
Nak tahu tak kenapa Althea A'bloom Collection kali ni sangat terlajak laris? Sebabnya adalah packaging yang comel, Harga murah macam tak percaya, berkualiti dan paling penting selamat digunakan. Nak tahu apa pula yang best setiap satu produk dalam Althea A'bloom ni tak? Okay, jomlah kita ambil tahu. Sebelum gunakan sesuatu kenalah tahu bahan-bahan dan fungsinya kan.

A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER
Mula-mula dapat produk ni tertanya-tanya juga macam mana ye BHA Blackhead Blaster ni boleh hilangkan blackhead dan whitehead bagai. Sebab sebelum ni kalau buang blackhead atau whitehead mesti Fiza gunakan macam nose pack tu. Sekali tarik memang puas hati lah. Tapi jenis stick macam ni Fiza sendiri belum pernah nampak dan belum pernah cuba.

BHA lebih dikenali sebagai asam salisilat (salicylic acid). Kandungan BHA bersifat lipofilik (lebih terikat lemak), memiliki 2 sifat secara umum keratoplasty (membantu proses penyembuhan luka dan pembetukan lapisan kulit) pada konsentrasi 1-2 percent, dan keratolitik pada konsentrasi lebih besar (umumnya pada produk kosmetik menggunakan konsentrasi 3-5 percent). Kandungan BHA biasanya lebih sesuai digunakan untuk jenis kulit yang berminyak dan berjerawat-credit : kompas.com


BHA Blackhead Blaster, the 1st Natural BHA Stick yang boleh membuang blackhead dan whitehead dengan mudah tanpa rasa sakit. Ye, memang tak sakit lansung! BHA Blackhead Blaster menggunakan formula yang berkesan dengan Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm) yang tidak menyebabkan radang pada kulit. Memang cepat nampak kesan dan dalam masa yang sama dia boleh menghilangkan kotoran serta menghalang muka breakout. Blackhead dan whitehead pun tak adalah nak berkampung lagi pada muka kau orang tu.


BHA BLACKHEAD BLASTER STICK
Pada Fiza, products jenis stick ni sangat mudah dan mempercepatkan kerja. Hanya perlu buka penutup dan scrub je pada bahagian muka yang ada blackhead/whitehead tu. Mudah nak guna kat mana-mana dan pada bila-bila masa je. Nak bawa travel lagilah senang bila didatangkan dalam pek jenis stick ni. Memang love sangat BHA blackhead blaster stick.

BAHAN UTAMA BHA BLACKHEAD BLASTER
  • White willow
  • Charcoal
  • Apricot seed
  • Tea tree leaf oil

CARA GUNA
1. Cuci muka/remove makeup
2. Apply BHA Blackhead Blaster dengan gerakan membulat pada bahagian yang terdapat blackhead/whitehead.
3. Cuci muka dengan air suam
Note : Nak lagi berkesan, kau orang tekap muka dengan tuala basah dengan air suam sebelum menggunakan BHA Blackhead Blaster untuk membuka liang roma bagi memudahkan blackhead/whitehead keluar.



Sejauh mana keberkesanan tu Fiza rasa bergantung pada jenis kulit dan banyak mana blackhead/whitehead pada kulit masing-masing. So far Fiza pakai yang Fiza tahu bahagian hidung nampak lebih bersih dan blackhead/whitehead kurang kelihatan. Kagum pula pakai macam tu je boleh menyahkan blackhead/whitehead tu ye. Kalau kau orang taknak bersusah payah pakai mask atau yang suka sangat picit tu, boleh cuba gunakan BHA Blackhead Blaster ni. Murah pun murah harganya.

PRICE : RM16 Net.8g
Jenis Kulit : Berminyak/Kombinasi

A'BLOOM MERINGUE PUFFS
Sekali pandang meringue ni terus teringat meringue cookies tu. Sudah namanya meringue, memang nampak comel lah kan. Tapi meringue puffs ni bukan untuk dimakan tapi beauty tool untuk makeup. Biasanya kita nampak sponge untuk blend foundation bentuknya agak sama dan boleh dikatakan standard shape yang bentuk eyedrop tu. Tapi Althea Korea keluarkan jenis sponge makeup yang super cute berbentuk meringue. Memang lain daripada yang lainlah. Memang tak ada lagi di pasaran selain di Althea. 

Bila dah comel macam ni memang rasa sayang nak guna 
GIANT MERINGUE PUFF & BABY MERINGUE PUFFS
Meringue puffs dikeluarkan dalam 2 saiz iaitu Giant Meringue Puff dan Baby Meringue puffs yang didatangkan dalam satu set (3pcs warna yang berbeza). Diperbuat daripada latex free dan non toxic material. Selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif tapi kena pastikan penjagaan yang bersih dan tukar selepas setiap 1-3bulan.


CEPAT DAN MUDAH MENGGUNAKAN A'BLOOM MERINGUE PUFF
Meringue puff boleh mengembang 1.5x untuk fast coverage. Permukaan bawah meringue puff digunakan untuk cover keseluruhan bahagian muka dan bahagian atas tirus tu digunakan untuk bahagian hidung, mata, mulut atau bahagian yang muka yang sukar dicapai menggunakan bahagian bawah.

Dry

Wet : Expands to 1.5x larger
PERFECT MAKEUP!
Dengan menggunakan meringue puff ni, sangat mudah untuk blend foundation pada muka. Bila menggunakan meringue puff ni dapat menutup segala imperfections pada muka. Jadi, makeup nampak lebih sempurna lah macam tu.

2-WAY FINISH (DEWY & MATTE)

  • Dewy: Untuk dapatkan dewy effect, basahkan meringue puff dan squeeze untuk buang lebihan air. Kemudian baru blend foundation dengan menggunakan meringue yang dibasahkan tadi.
  • Matte: Nak dapatkan matte effect, boleh gunakan terus meringue puff dalam keadaan kering tanpa perlu basahkan.


SUPER FLUFFY MERINGUE PUFF
Yes, meringue puff ni tersangatlah fluffy. Gunakan dengan cara dab dab je pada muka memang best sebab lembut sangat. Berbeza dengan beauty blend yang lain. Nak mencuci pun mudah je. So, Fiza suka teruk dengan meringue puff Althea ni. 


Giant Meringue Puff
PRICE: RM8
Saiz: 48*46mm

Baby Meringue Puffs (3pcs)
PRICE: RM11 
Saiz: 30*28mm

Kedua-duanya sesuai untuk semua jenis kulit.

A'BLOOM FRUIT MASK
A'bloom fruits mask terdiri daripada 4 jenis sheet mask iaitu :
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet ( Sparkle-Me-Bright)
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)
Setiap satu sudah tentulah berbeza mengikut jenis dan fungsinya. Jadi, boleh pilih mengikut jenis kulit masing-masing.


Memandangkan akhir-akhir ni Fiza sangat sibuk dengan kerja dan duduk dalam air cond tanpa pakai moisturiser, kulit jadi lebih kering dan kelihatan lah garisan-garisan halus pada muka. So Fiza cuba sheet mask Avo-Cuddle-Me untuk memberi vitamin pada kulit dan juga melembapkan kulit kering tu.

CONCENTRATED AMPOULE ESSENCE
Sheet mask A'bloom Fruit mask ni sedikit nipis daripada sheet mask yang pernah Fiza pakai. Ampoule essence dia sangat pekat dan tersangatlah banyak. Basah habis muka dengan ampoule essence tu. Selepas 20minit Fiza buka sheet mask tu terasa lah kelembapan kulit. Saki baki essence tu kau orang boleh gunakan untuk massage muka kau orang tu. Rugi kalau tak digunakan sepenuhnya.



  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)

Sangat sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Tengok daripada packaging yang ada watermelon(tembikai) tu kita dah sedia maklum yang tembikai memang mempunyai banyak air.


  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)

Untuk kekalkan kulit sentiasa awet muda, bolehlah cuba pakai Avo-Cuddle-Me untuk dapatkan kulit awet muda dan mengurangkan kedutan pada muka. Serius plumpy selepas pakai.


  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet ( Sparkle-Me-Bright)

Kita sedia maklum yang buah lemon memang popular digunakan dalam produk kecantikan yang fungsinya untuk mencerahkan kulit. Jadi, Sparkle-Me-Bright khas untuk kau orang yang nak sangat kulit cerah. Kalau jenis kulit tidak sekata tu, sila-silalah cuba mask ni okay!.


  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)

Rimas kalau kulit berminyak ni, of courselah rasa tak selesa lansung. Ac-Me-Peach ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.
Mana satu pilihan di hati? Kalau Fiza, pilih semua!
Fruit Sheet Mask
PRICE: RM2/Each 25g│0.88oz
buy 10 at RM15. Save RM5! 


Sejak A'bloom Products di lancarkan dan Althea buat promo buy 10, FREE 10 memang ramailah membeli. Fiza pun tak ketinggalan, sempat juga grab 1 set sheet mask. Beli 10 sheet mask dapat free 10 sheet mask dengan harga RM15 memang berbaloi lah. Selain tu, Fiza grab 2 pcs giant meringue puff buat stok. Mana tahu kat website habis lagi. So beli dan simpan stok awal-awal.

Free gift phone grip dengan pembelian meringue puff atau BHA blackhead blaster
Mana taknya A'bloom cepat sold out, semua harganya murah-murah bawah RM16. Tak percaya? Boleh terjah website Althea Korea dan kalau berkenan kena terus beli sebab best seller products selalu sold out. Jenuh juga nak menunggu in stock. Jenis Fiza, letak dulu dalam wishlist. Dah in stock, terus beli kalau ada bajet lah. Tapi A'bloom Products ni memang murah kot. Patutlah cepat habis.

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.