Skincare | Dear, Klairs Rich Moist Soothing Serum

Dalam entri sebelum ni Fiza dah share pengalaman Fiza guna Nacific Phyto Niacin Whitening Essence. So, dah faham perbezaan serum dan essence? Kalau belum, boleh refer entri Nacific Phyto Niacin Whitening Essence dulu. Okay, lepas dah pakai essence barulah pakai serum. Fiza dah lama berhajat nak beli Dear, Klairs Rich Moist Soothing Serum kat website Althea.


Dapat je reward points Althea Angels, Fiza terus beli produk-produk untuk 10 steps Korean Skincare Routine. Dari oil cleanser sampailah ke sleeping mask Fiza beli untuk hadiahkan diri sendiri sempena birthday. Jenama produk Dear, Klairs memang popular dengan produk yang berkualiti setanding harganya. Sebab tu dok simpan hasrat nak membeli tak beli-beli.

DEAR, KLAIRS RICH MOIST SOOTHING SERUM
Basic essentials
  • Replenish moisture
  • Gentle and soothing
  • Water-based formula
  • Vegan-friendly

INGREDIENTS
  • Hyaluronic acid - A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration
  • Lotus flower extract - Rich in vitamin C to brighten and prevent pigmentation
  • Licorice root extract - Soothes irritations and calms redness


APA YANG MENARIK TENTANG DEAR, KLAIRS MOIST SOOTHING SERUM
  • Serum yang likat
Tekstur cecair serum ni sangat likat dan biasanya Fiza pakai 2-3 pump untuk sekali pakai seluruh bahagian muka.

  • Tidak melekit
yes, Fiza paling suka produk yang tidak melekit dan mudah nak ratakan pada seluruh muka.

  • Menyerap dengan lebih cepat 
Sejenis serum yang cepat menyerap ke dalam kulit. Tak perlulah nak tunggu kering lama untuk pakai produk seterusnya.

  • Kulit sentiasa lembap 
Bila dah pakai serum ni akan rasa kulit sangat moist and plumpy macam tu. Sebelum makeup untuk prep muka tu wajib pakai serum untuk dapatkan hasil makeup yang lagi cantik. Dalam masa yang sama dapat protect kulit muka juga.


  • Botol Pump
Packaging botol didatangkan dengan pump untuk memudahkan pengunaa seharian. Selain tu disertakan juga cap untuk protect pump daripada tertekan tanpa sengaja. Kalau bawa travel tu letak dalam beg tak perlu risau leaking ke apa sebab ada protection pump cap.

CARA PAKAI
Biasanya Fiza akan pakai serum selepas 2 minit pakai essence. Macam biasa sapu serum dan tap tap sampai rata dan kering menyerap dalam kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya jenis kulit kering.


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.