Jalan-Jalan Sekitar Street Art & Riverside Malacca

Monday, February 18, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Seperti yang telah dirancang, kelainan sikit birthday tahun ni pergi jalan-jalan dekat je ke Melaka. Gerak dari rumah pagi sehari sebelum birthday Fiza. Kononnya malam tu akan celebrate di Hotel lah kiranya. Bukan ada arrangement atau surprise sebab ianya bukan surprise lagi lah. Sekadar celebrate berdua di bilik menikmati kek ditemani lampu yang suram boleh perasan macam romantik sikit.

Perjalanan dari rumah 1 jam lebih je nak sampai ke Hotel untuk check in. Memandangkan check in pukul 2 petang dan masa tu baru pukul 11 lebih. Jadi, park kereta dekat parking Hotel dan jalan kaki sekitar Street Art & Riverside Malacca. Berjalan-jalan lah kami orang mencari street art tu sampai lah ke riverside. Sepanjang perjalanan tu ada beberapa mural art yang comel-comel tapi Fiza tak ambil gambar sebab akan berpatah balik.


Dah sampai Riverside Malacca ni baru lah ada mood nak ambil gambar sebab mural art kat sini sangat cantik, colourful dan besar. Memang tak lepaskan peluang lah ambil gambar. Seronok berjalan sepanjang riverside ni. Walaupun cuaca tengah panas. Lupa sekejap soal panas dan penat sebab bila dah nampak tempat cantik macam ni tak rasa penat dia.


Lagipun sepanjang riverside ni kau orang akan lalu di depan cafe-cafe dan juga hotel-hotel. Mostly yang Fiza nampak menyediakan minuman keras. Awas! Jangan sembarangan masuk tanpa pastikan dahulu. Walaupun pergi hari selasa tapi masih cuti Chinese New Year. Jadi, memang meriah dengan manusia lah.


Dan kalau nak bergambar di satu-satu tempat menarik tu, haruslah kena tunggu giliran atau cepat-cepat rebut tempat kalau takde orang. Sepanjang Riverside ni selain banyak cafe-cafe dan mural, boleh lah tengok Melaka River Cruise lalu lalang. Disebabkan dulu pergi Melaka dah pernah naik Melaka River Cruise, so kali ni jalan-jalan di riverside pula. Kalau buat benda yang sama bosan juga kan. Layan video pendek bawah ni.

Mural art Fiza sempat ambil sikit je la sebab entah kemana kita orang jalan entah sampai hilang mural art dari pandangan. Kononnya nak patah balik semula jalan pergi tu tapi tak! Ke tempat lain sudahnya. Kalau cuaca tak panas sangat mesti dah jalan banyak tempat dah. Kalau naik kereta memang hadap jammed je la. Jalan kaki atau naik basikal memang puas berjalan. Cuma penat tu memang lah. Sesekali berjalan berkorban penat sikit lah. Nak tahu kemana lokasi lepas ni, tunggu ya. 
With Love, Sihatimerahjambu

11 comments

  1. rindunya melaka..dah lbh 10thn tggl kan melaka..huhu

    ReplyDelete
  2. mmg cantik lah gambar mural tu... dhla besar dr jauh dh nampak... cumanya tak larat la nk bergambar di panas terik gitu huhuhui

    ReplyDelete
  3. Last p melaka 2013...mmg best melaka..tp tulah penat berjalan..nti nak mai lg..byk tmpt x singgag

    ReplyDelete
  4. Syok jln2 kat melaka ni... Riverside tu naik cruise ke ? Dh lama tak ke sini dh lupa da.. Haha

    ReplyDelete
  5. I love Malacca Riverside! It's so clean now and we just brought our boy end of last year

    ReplyDelete
  6. Tahun lepas dah pi tapi rasa nak pi lagi tahun ni..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Melaka ni dlm list jgk utk zaza jalan2 nanti.. Lama dh tak bercuti

    ReplyDelete
  8. Bestnya brcuti kl... Nad tak bercuti lagi ke kl.. Takpela tunggu anak besar baru boleh bercuti.. Sekrg kewangan pun tak stabil lagi

    ReplyDelete
  9. Memang best ke Melaka. ros pun selalu pergi. Tiap kali pergi, ade je rupanya tempat yang tak pernah sampai . hihi

    ReplyDelete
  10. Wow! I have the same kind of hat like your, love it so much. This coming holiday I m going to Melaka so will go there too.

    ReplyDelete
  11. Teringinnya nak jalan2 kat Melaka.. nak pi tempat2 best kat sana.. banyak tempat menarik untuk dikunjungi kan kat melaka ni.. termasuk lah 2 tempat yang fiza pi ni.. adoi.. teringinnya.. bila la ada masa free dapat pi sana

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.