Birthday 2019

Hello FEBRUARY! Entry pertama di bulan February dimulakan dengan cerita birthday 2019. Walaupun dah beberapa hari berlalu tapi haruslah tulis sikit kenangan birthday tahun 2019 ni. Setiap orang tunggu masa birthday masing-masing kot. Tak kan lah nak dibiarkan begitu saja kenangan berlalu pergi. 

7 February 2019 jatuh pada hari khamis 2 hari selepas Chinese New Year. Sedang eloklah hari bercuti untuk semua orang. Tapi yang tak bestnya bila kek favourite habis! Tahun ni takde kek sebiji tapi dapat pilih kek ikut tekak sendiri. Masa celebrate birthday pun bukan di rumah. Jadi, kalau beli sebiji kek mana nak simpan pula kan?

FOREVER 21 katanya! Well, I am 30's already

Tahun ni juga tak ada surprise bagai cuma kamiorang pergi somewhere lah untuk celebrate birthday. Boleh anggap sebagai hadiah rest and relax untuk kami berdua yang dah lama tak jalan-jalan ambil angin tempat lain. Celebration birthday yang simple berdua tahun ni. Harap-harap tahun depan dapat sambut bertiga atau dapat hadiah yang lebih bermakna mungkin? Doa-doakanlah untuk kami ye.

Hokkaido Triple Cheesecake, New York Cheesecake & White chocolate gateau
Alhamdulillah, syukur ya Allah atas pinjaman setahun lagi untuk meneruskan kehidupan bersama dengan orang yang tersayang. Terima kasih atas segala doa dan ucapan. Moga Allah membalas dengan segala kebaikan pada semua. Aaminn...

Morning view 
Nanti Fiza sambung cerita celebrate birthday ni okay!

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.