Full Video Tutorial Makeup Menggunakan Althea MakeUp Set

Yeay, finally berjaya juga Fiza siapkan full video tutorial simple makeup menggunakan Althea MakeUp Set yang Fiza dah mula guna sejak awal bulan Februari lagi. Nak keluar memang pakai apa yang ada dalam Althea makeup set tu yang serba lengkap dan pelbagai guna kesemuanya. Masa sampai je Althea Makeup Box ni haritu memang Fiza dah suka dengan koleksi Makeup Althea dari packaging sampailah hasil penggunaanya. Boleh tengok Tutorial full video makeup menggunakan Althea Exclusives Makeup yang serba ringkas dan paling mudah untuk beginner macam Fiza.

Walaupun bab makeup ni Fiza kurang pandai sangat tapi dari apa yang ada dalam Althea Exclusives MakeUp ni akan membuatkan kau orang teruja nak belajar makeup dan rajin nak bermakeup walaupun simple makeup looks.

ALTHEA EXCLUSIVES MAKEUP 
  • #01 Vanilla (Pink beige #21), 
  • #02 Ginger (Warm ivory #21)
  • #03 Honey (Warm peach #23-#25)
  • #04 Mocha (Deeper yellow #30)
  • Shimmery nude pink
  • Matte light brown
  • Metallic rose gold
  • Metallic gold
  • Rich brown golden shimmer
  • Deep wine
  • Pink shadow
  • Cool purple
  • #01 Plum Cream
  • #02 Strawberry Cream
  • #03 Peach Cream
  • #04 Marron Cream
5. Spotlight Eye Glitter - 2 shades
  • Pink Light
  • Gold Light

TUTORIAL SIMPLE MAKEUP
Step 1: Jika ada sebarang jerawat, dark spot atau kesan jerawat kemerah-merahan tu sapu nipis Althea Skin Relief Spot Film Gel untuk merawat dan meredakan jerawat supaya tak nampak ketara bila mengenakan makeup dan hasil makeup nampak lebih cantik bila dapat tutup jerawat tu. Kulit pun lebih licin masa nak makeup. Pastikan sapu nipis sebelum makeup dan biarkan kering sehingga lebih kurang 5 minit. Wajib tunggu kering sebab kaedah dia macam tampal jerawat tu. 



Step 2 : Gunakan concealer berwarna terang untuk highlight dan warna gelap untuk contouring. Fungsi highlight dan contouring ni untuk nampak muka lebih slim dan makeup on point lah of course! Cara Fiza pakai macam dalam video bawah ni. Maaf kalau silap, budak baru belajar.



Step 3 : Fiza buat 2 looks eyeshadow style mengikut tema eye palette ni iaitu sunrise dan moonrise.


Sunrise
  1. Matte light brown
  2. Rich brown golden shimmer
  3. Metallic gold

Moonrise :
  1. Matte light brown
  2. Cool purple
  3. Deep wine
  4. Metallic rose gold

Step 4: Selepas pakai eyeshadow tu, Fiza gunakan spotlight eye glitter gold light untuk sunrise looks dan pink light untuk moonrise looks sebagai eyeliner (atas kelopak mata) dan juga apply sikit pada sudut mata. 



Step 5 : Akhir sekali barulah apply watercolor cream tint untuk perfect makeup. Pilih watercolor cream tint yang sesuai dengan tema eyeshadow tadi. Kalau nak buat Makeup style Korea, kau orang perlu buat ombre lip lah.


Dah siap! Mudah dan cepat je makeup style beginner ni. Paling Fiza suka style macam ni lah. Simple! Kalau ada masa lebih, tambahkan winged eyeliner dan juga pakai mascara. Untuk mata sepet ni, pakai eyeliner hujung-hujung je MUA cakap. Jadi, Fiza pakai hujung mata je lah buat winged.


Nah, serba ringkas full video tutorial makeup menggunakan Althea MakeUp Set cara Fiza.


Full Althea Exclusives Makeup Set ni, kau orang boleh buat pembelian terus melalui website Althea Korea. Package akan diterbangkan nun jauh dari Korea dengan penghantaran percuma (T&C). Suka makeup style ala Korea? Jangan lupa masuk bakul Althea Makeup Set ni.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. cun colornya... teror org tu bt tuto makeup, klu akak musti gigil

    ReplyDelete
  2. Wow full makeup! I have not done contouring before this. Have to learn from you

    ReplyDelete
  3. Eyeshadow althea ni mmg pigment..color dia mmg nice sgt..yang lips tu cantik.. Suka tgk color peach cream

    ReplyDelete
  4. Nampak macam senang je Fiza Makeup..kalau akak entah apa benda akak dok calit2..hahaha

    ReplyDelete
  5. Rose suka produk make up dari Althea ni. eyeshadow pun warnanya cantik sangat.

    ReplyDelete
  6. Nice look.. Dengam althea makeup ni dh dpt created look yg nice kan

    ReplyDelete
  7. Kan best kan barang makeup althea.. Nad bila nak keluar meati pakai barg althea ni

    ReplyDelete
  8. I like the eyeshadow palette, best kan semua color-color tu. The concealer also quite good can be used to contour too.

    ReplyDelete
  9. Makeup range Althea memang cantik2, jemput singgah baca review saya juga ea: https://miracikcit.blogspot.com/2019/02/altheas-exclusive-makeup-range.html?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.