Althea Exclusives Makeup | Spotlight Eye Glitter

Tuesday, February 26, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tak lengkap rasanya kalau dah siap cantik pakai eyeshadow tanpa pakai secalit Althea Spotlight Eye Glitters ni. Althea Spotlight Eye Glitters salah satu produk terbaru Althea Makeup yang pertama dikeluarkan dalam Althea Makeup Set. Sekali Althea keluarkan produk makeup, sekali one set terus kau orang boleh guna tau!


2 COLORS 
- Pink Light 
- Gold Light

EYESHADOW
Spotlight Eye Glitters boleh dijadikan sebagai eyeshadow untuk menambahkan lebih glitters menampakkan lebih glamour. Nak dijadikan sebagai eyshadow hanya perlu dab dab menggunakan jari atau cotton bud macam pakai eyeshadow dan glitters dia memang berkilau sangat. Cuba tengok dalam gambar bawah ni. Tapi lepas dah blend dia akan nampak berkilau yang cantik.


EYELINER
Althea Spotlight Eye Glitter ni mempunyai applicator berus yang halus untuk lebih precise bila apply sebagai eyeliner. Bosan dengan eyeliner hitam je kan? Sesekali kau orang patut cuba guna spotlight eye glitter ni sebagai eyeliner dalam makeup.


Biasanya Fiza akan pakai spotlight eye glitter ni pada bahagian sudut mata berdekatan dengan hidung dan juga pada atas kelopak mata jadikan sebagai eyeliner. Jadi, tak adalah nampak terlalu glitter sangat sebab Fiza lebih suka makeup yang kurang menonjol. Tapi nanti Fiza nak cuba buat eyeliner tebal pula tengok macamana pula hasilnya.


Baru nampak berseri bahagian mata dan berkilau pemakaian eyeshadow dengan spotlight eye glitter ni kan? Jangan lupa tambahkan salah satu Althea Spotlight Eye Glitter dalam koleksi makeup kau orang okay, dapatkan hanya di Althea Korea dengan harga MYR24 setiap satu.

With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.