Althea Exclusives Makeup | Bunga Citra Lestari X Althea Shadow Palette ( Sunrise & Moonrise)

Tahu tak yang Althea juga ada keluarkan Eye Palette Althea pertama yang exclusive dalam produk Makeup. Eye Palatte Sunrise & Moonrise kolaborasi bersama Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi dari Indonesia yang juga merupakan ikon fesyen dan kecantikan yang suka bergaya dan tampil cantik dengan ciri-ciri kewanitaan. 


Dilengkapi dengan 8 shades : Shimmers, mattes dan glitters untuk disesuaikan dengan pemakaian waktu siang dan malam. Sebab itu namanya Sunrise and Moonrise.
  • Shimmery nude pink
  • Matte light brown
  • Metallic rose gold
  • Metallic gold
  • Rich brown golden shimmer
  • Deep wine
  • Pink shadow
  • Cool purple


SUNRISE LOOKS
Pada Fiza, sunrise looks ni sangat sesuai untuk daily makeup setiap hari sebab tak nampak terlalu terang dan nampak natural tapi mata nampak berseri dan cantik dengan tambahan metallic gold tu. Shades yang Fiza gunakan adalah :
  • Matte light brown
  • Rich brown golden shimmer
  • Metallic gold



Tutorial Sunrise Looks Style Fiza

MOONRISE LOOKS
Moonrise looks pula sesuai digayakan untuk dinner atau event pada waktu malam. Nampak sangat menyerlahkan mata dan wow sangat kombinasi warna untuk moonrise ni. Antara shades yang Fiza gunakan :
  • Matte light brown
  • Cool purple
  • Deep wine
  • Metallic rose gold



Tutorial Moonrise Looks Style Fiza

Dengan adanya 8 shades yang dilengkapi dengan shimmer, mattes dan glitters yang menarik ni, kau orang boleh buat bermacam looks yang kau orang nak. Semua shades sangat pigmented dan mudah nak blend. Nanti Fiza nak cuba bereksperimen dengan eye palette ni lagi. Selain untuk menaikkan seri bahagian mata, eye palette juga ada kegunaan lain dalam makeup. Antaranya :
  • Membentuk kening
  • Pengganti Eyeliner
  • Contour
  • Highlighter
  • Blusher

Rasanya tak rugi kalau ada eye palette yang sangat serbaguna dalam makeup ni. Kau orang boleh dapatkan terus melalui website Althea Korea. Grab cepat Althea Eye Palette terbaru ni okay!

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Serbaguna betul pallete ni. Kalau ika, memang tak kreatif la hehe.

    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/hadiah-dari-blogger-suria-amanda.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.