Bermalam di Hotel Mimosa Melaka

Bila perut dah kenyang menjamu selera di Jom Coffee, terus book grab ke Hotel Mimosa Melaka untuk check in. Masa check in pukul 2 petang. Struggle juga berhari-hari lamanya Fiza survey hotel sebab cuti Chinese New Year ni banyak Hotel dah penuh. Jadi pening nak pilih yang mana yang available yang sesuai dengan bajet dan juga features bilik yang Fiza nak. Selepas short listed beberapa Hotel, Fiza pilih Mimosa Hotel Melaka yang sesuai dengan bajet dan sesuai dengan kehendak Fiza.

View dari tepi kiri Hotel Mimosa (Tempat Parking Kereta)
Parking kereta yang banyak disediakan oleh pihak Hotel Mimosa Melaka. Tapi kalau malam memang penuh lah park kereta ni. Kalau balik lambat dan park penuh, mungkin pihak hotel akan advise nak parking kat mana kot? Urusan check in dalam masa lebih kurang 10 minit macam tu dan macam biasa perlu bayar deposit RM50.

sementara menanti urusan check in settle

Dah settle, jom kita masuk bilik dan berehat!

Pilihan Fiza adalah Executive Room yang berkeluasan 24 m²/258 ft² dengan king bed. 
King bed


Request bilik level paling tinggi
Seating area, Coffee/tea maker, free bottled water, desk, television

Makeup table, hair dryer & closet
in-room safe box, telephone

City View

Toiletries

Shower and bathtub

Toilet, towels and tissue paper
Fiza stay di Hotel Mimoa Melaka ni cuma satu malam je dengan harga bawah RM150 termasuk tax. Sangat berbaloi dengan Executive Room tu. Susah nak dapat harga yang murah masa peak seasons ni kan. Rezeki harijadi lah kiranya tu. Well, Hotel Mimosa salah satu hotel yang Fiza boleh recommend pada kau orang yang bercuti di Melaka tu. Hotel yang bersih, luas, selesa dan perkhidmatan pun memuaskan. 

Checkout!

Kalau boleh nak stay sehari lagi. Tapi bajet dan masa cuti pun tak ada, sehari sudah memadai lah. Masa check out tu jangan lupa ambil semula deposit RM50 tu. Dan di Melaka perlu bayar cukai Hotel RM3/malam yang dianggap sebagai cukai warisan. 

Cukai tambahan ni hanya ada di Langkawi, Pulau Pinang dan juga Melaka sahaja. Pulang Pinang bayaran dia RM3/malam untuk hotel 4 dan 5 bintang, RM2 untuk hotel 3 bintang dan kebawah. Langkawi pula RM9/malam untuk setiap hotel. Jadi, kalau bercuti di salah satu negeri ni jangan pelik pula kalau kena bayar cukai tambahan ni ye.
Perkhidmatan sewa basikal juga disediakan
Kalau kau orang ada masa lebih di Melaka dan menginap di Hotel Mimosa ni, kau orang boleh sewa basikal daripada pihak Hotel Mimosa ni. Senang tak perlu susah-susah nak pergi sewa basikal di tempat lain. Ikutkan nak sewa basikal dan berbasikal di tempat-tempat menarik di Melaka ni. Tapi tak sempat kalau bercuti sehari je kan. Lain kali lah boleh menginap di Hotel Mimosa lagi.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Bawah RM150 semalam kira oklah Fiza..tengok bilknya pun ok sangat tu.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya hotel ni boleh sewa basikal lagi. Thank you kongsi tentang hotel mimosa, Melaka. Boleh plan menginap disana nanti :)

    Fatina Mudz || The Infinity Words

    ReplyDelete
  3. Ok sangat harga tu. Siap ada bath tub lagi. Bilik pun luas.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tau pun pasal hotel Mimosa ni..boleh la akak check in sini nanti..macam berbaloi je

    ReplyDelete
  5. So far tak pernah ke hotel ni pun. Selalu jugak pergi Melaka. Nampak sangat comfortable!

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.