Unboxing Althea Beauty Haul 9.0

Althea Box datang untuk kesekian kalinya. Rezeki dapat rewards point awal bulan haritu terus Fiza shopping untuk Althea Beauty Haul 9.0. Haa, tak sampai setahun dah 9 kotak Althea Fiza kumpul. Altheans yang lain agaknya dah berpuluh kotak shopping K-Beauty products kat Althea tu. Mana taknya Althea memanjang buat sale. Macamanalah seorang perempuan tak tergoda! 


Untuk box ke sembilan ni Fiza pilih beberapa produk skincare dan makeup. Rasanya cukuplah kot berhenti beli barang makeup sebab dah cukup ada semuanya setakat ni. Lepas ni akan shopping produk skincare je lah. Focus untuk cantikkan kulit muka dulu, then baru lah fikir nak makeup kalau dah pandai nanti. Jom tengok video unboxing Althea Beauty Haul 9.0 Fiza ni.

Kali ni dapat tambah lagi beberapa wishlist Althea Top 10 Korean Beauty Products yang Fiza tak dapat shopping dalam Althea Box 8.0 haritu sebab ada yang sold out. Bila ada in stock memang cepat-cepat masuk bakul lah.

Fiza senaraikan barangan yang dibeli siap sekali harga. Kotlah ada yang berminat nak membeli juga kan. Fiza boleh cakap yang semua barangan ni memang best pakai. Macam biasa, Fiza akan review satu persatu nanti ye. 
  1. Cool Night Peel Off Mask RM38.00 
  2. Black Kill Pore Cleaner  RM57.00 
  3. Blur Stick RM51.00 
  4. Missha 4D Mascara RM16.00 
  5. Angle Foundation Brush RM16.00 
  6. Saemmul Cream Stick Blusher Rose Fire RM39.00 
  7. Eyebrow Brush RM5.00
Total semuanya  MYR222. Disebabkan dapat rewards point dan ada balance points dalam account sebanyak MYR222, jadi Fiza tak perlu tambah bayaran. For the first time shopping tanpa buat bayaran. Happy teruk! Untung sangat kalau shopping boleh dapat points dan gunakan points tu untuk pembelian berikutnya. By the way, semua barangan tu kau orang boleh beli terus melalui website ALTHEA KOREA.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. ptt makin berseri muka..guna produk korea..:)

    ReplyDelete
  2. yeah ... mesti happy bila dpt pink box ni.

    ReplyDelete
  3. syoknya..semua barang make up..actually teringin gak nak beli barangan make up and nak make up sendiri..tapi tulah..hahaaha...bila masa nak bermake up entah..

    ReplyDelete
  4. Menarik betul barang2 Althea ni, harga pun berpatutan nampaknya :)

    ReplyDelete
  5. wow ! shopping tanpa bayaran tu adalaaaaaah awesome !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.