Unboxing Althea Beauty Haul 8.0

Wednesday, January 09, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Hujung tahun ni nampaknya Althea Box nun jauh dari Korea kerap sampai. Tak sempat nak review yang sebelum ni, yang baru dah sampai. Ini masuk kotak ke 8 dalam koleksi kotak Althea Fiza. Mana taknya Althea dah dua kali bagi rewards point yang banyak. Memang shopping sakanlah kita awak! Terima kasih Althea!

Rezeki Fiza dapat rewards point untuk satu giveaway Althea ni. Masih ingat lagi My Wish List : Althea Top 10 Korean Beauty Products. Fiza senaraikan beberapa K-Beauty Produk yang Fiza nak sangat!. Yes, Finally dengan dapatnya rewards point tu dapatkan Fiza tunaikan hajat Fiza tu. Tapi sayangnya tak semua wishlist Fiza dapat masuk bakul. Ada yang out of stock pula.


VIDEO UNBOXING ALTHEA BEAUTY HAUL 8.0

Kalau bab unboxing ni memang teruja sangat samada beli sendiri atau surprise box. Teruja tak pernah hilang. Okay, nak tahu lebih lanjut apa yang Fiza beli tu boleh rujuk senarai Althea Beauty Haul 8.0 bawah ni. Daripada wishlist Fiza cuma dapat 5 barang sahaja. Yang lain tu Fiza tambah mana yang Fiza rasa patut beli dan restock produk yang hampir habis.

⤿ No Poreblem Primer (30ml) - RM41.00
⤿ Real Ampoule Color Corrector (3g)Peach Beige - RM26.00
⤿ Double Lasting Foundation (30g) Sand - RM61.00
⤿ Eye Contact Single Eye Shadow (2.5g) Color#2 Daily Match - RM10.00
⤿ Eye Contact Single Eye Shadow (2.5g) Color#7 Sugar Mocha - RM10.00
⤿ Soft Triangle Eyebrow (0.17g) Color02 Light Brown - RM13.00
⤿ Backgel Eye Liner (4g) ColorBlack - RM25.00
⤿ Tea Toc Water Aloe Vera Soothing Gel (250ml) - RM17.00
⤿ Hello Aloe Vera Soothing Gel (300ml) - RM11.00
⤿ Marshmallow Puff - RM20.00
⤿ Bubble Maker - RM4.00
⤿ Dr. Pore Tightening Pink Clay Facial Mask (100g) - RM45.0 
Total : RM283.00

Kali ni lebih banyak makeup stuff daripada skincare products. Nak belajar makeup katanya. Cukuplah basic makeup sudah memadai lah. Nanti Fiza akan review satu persatu produk yang baru ni ye. Yang restock tu boleh baca review yang lama je.


Selepas tolak diskaun dan rewards point, Grand Total RM15.55 sahaja yang perlu Fiza bayar. Sangat berbaloi shopping di Althea Korea ni. Sudah lah Free shipping pula tu. Sekarang Fiza dah faham kenapa ramai yang suka shopping K-Beauty Produk di ALTHEA KOREA. Terjah sekarang sebab banyak code promo yang kau orang boleh gunakan. 

With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.