Lagu Terbaru 1234U Fattah Amin

Selepas lagu wanita terakhir, Fattah Amin kembali dengan lagu terbaru yang bertajuk 1234U. Kalau lagu wanita terakhir lebih kepada irama putus cinta tapi lagu 1234U lebih kepada lagu yang santai dan sedap untuk di dengar. Lagu 1234U di lancarkan serentak dengan video klip rasmi dan juga sebagai OST telefilem Wanita Terindah lakonan Fattah Amin sendiri dan Fazura.Wahh, bergandingan sekali lagi nampaknya #fattzura.

Telefilem Lakonan Fattah Amin, Fazura dan Adam Mika

Baru sehari lagu ni di lancarkan, dah lebih 50k tontonan dah. Macam bakal meletop-letop je lagu Fattah Amin ni. Masih memilih Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan untuk single kedua sama seperti single pertama, Wanita terakhir. 

Kalau budak-budak dengar lagu ni, mesti akan terikut-ikut nyanyi macam lagu I AM ME tu kan. Tahniah lah buat Fattah Amin. Walaupun di kecam pelakon kayu, di kecam menyanyi dan di kecam menulis buku, dia tetap maju weh. Nak dengar lagu 1234U, play je video di bawah. Selamat mendengar.


Lirik Lagu 1234U-Fattah Amin

Sukar untuk aku percaya
Kini aku telah jatuh cinta
Kau selalu menari di minda
Kau buat aku tertanya-tanya

Kau asak ku berkali-kali
Kau cuit hati dalam emoji
Kau kata kau suka padaku
Tapi cuma di bibir sahaja

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two three sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two three sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

Lirik dia ulang-ulang yang sama je tapi lagu yang catchy la. Sesuai menyanyi santai-santai.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. assalamualaikum fiza.
    lama x landing sini. maaf. kebetulan pagi ni pagi blogwalking aida.
    hadui. lenguh jari jemari ni pagi ni :) ha ha ha...

    pada aida, dia gunakan populariti utk raih keuntungan.
    meskipun kayu, suara tak sedap... tapi laku. ok aje pada aida.
    semua org akan buat gitu. and dia tak memaksa, btol tak? dah org minat, rezeki pattahamin ler.
    good for him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam kak aida, fiza pun lama tak menjengah blog akak. kena menjengah lepas ni.

      yelah kan kak..dia buat yang terbaik untuk diri dia je dan tak perlu fikir apa kata orang lain.

      Delete
  2. suka dengar lagu ni. Sweet je fattah nyanyi

    ReplyDelete
  3. mmg salute fattah amin.. walau kena kutuk dgn netizen tp die jenis yg positif.. sentiasa nk majukan diri kedepan.. xmudah melatah dgn netizen. makin murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. Fatah Amin memang awesome..

    berlakon dan menyanyi boleh..

    memang ramai yang akan suka ..

    terutama para peminat

    ReplyDelete
  5. Sweet lagu dan lirik dia.. kalau dengar memang boleh humming sama-sama..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.