Responsive Ad Slot

Slider

Kek Viral RM1 Sepotong di Segamat

Merasa kek viral RM1 sepotong dekat Segamat pula. Sebelum ni pernah beli kek Viral RM1 dekat Banting yang boleh dikatakan sedap juga lah berbaloi dengan harganya yang murah.
Finally, dapat juga Fiza merasa kek viral RM1 sepotong dekat Segamat pula. Sebelum ni pernah beli kek Viral RM1 dekat Banting yang boleh dikatakan sedap juga lah berbaloi dengan harganya yang murah. Sekurang-kurangnya kalau teringin makan kek yang macam-macam perasa tak perlu keluarkan modal yang banyak sebab sepotong cuma RM1 sahaja. So kau orang boleh 10 jenis perasa dengan harga RM10 je.

Sebenarnya setiap tempat lain-lain jenis harga packaging box dia. Walaupun harga kek sepotong RM1 tapi kau orang akan dikenakan charge RM1 untuk kotak. Mungkin ini adalah strategi perniagaan kek viral RM1 ni rasanya. Mesti ada charge untuk kotak. Okaylah tu kan untuk cover semula modal berniaga. Lagipun kek dah kira murah dah lah tu. Mana nak dapat kek murah RM1 sepotong. Kuih muih pun dah cecah harga RM0.50 tau!

Sebelum balik rumah, sempat Fiza singgah kedai Cake Viral RM1.00/slice di Taman Yayasan (Jalan Highway Segamat-Kuantan) semata-mata nak beli kek viral ni lah. Sebenarnya tak tahu kat mana lokasinya dan Fiza gunakan waze je lah. Tapi waze yang bijak pandai bagi lokasi entah hutan mana entah. Terlajak jauh dah terpaksa pusing. Patah balik dan cari manual je ikut alamat tu. Finally jumpa juga. Rupanya dekat je tak jauh mana. Cari je Petronas taman Yayasan atau Mirwana dah boleh jumpa kedai ni. Seberang Mirwana ataupun depan Petronas. 


kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Niat di hati nak beli macam-macam jenis perisa kek. Tapi nasib kurang baik sebab yang ada hanya beberapa kek je yang tinggal. Dah petang mungkin kek banyak habis. Katanya kalau nak lebih baik tempah dulu. Takpelah, Fiza beli mana yang ada je lah. Fiza beli 2 potong setiap jenis perisa kek untuk bawa rumah kakak Fiza dan bawa balik kampung Pilah.

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Selain kek, ada macam-macam lagi yang di jual kat kedai ni. Antaranya ada berbagai-bagai jenis buah kurma, makanan dan minuman kesihatan, cream puff, dan lain-lain lagi.

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Tak tunggu sampai rumah, Fiza makan dalam kereta je dah 3 potong kek. Selebihnya bawa balik untuk family. 

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Untuk kek viral RM1 beli kat Segamat ni lebih kurang macam kat Banting juga rasanya. Saiz kek juga lebih kurang cuma besar sikit. Pada Fiza berbaloi lah beli kalau kau orang rasa teringin tu. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Cuma boleh kata sedap biasa-biasa je dan berbaloi beli. Kadang-kadang kek mahal pun rasa lebih kurang juga kan.

29
( Hide )
  1. Hmmm siapa kata tak boleh dapat beli benda murah sekarang ni, dah boleh jual RM1 tu, maknanya peniaga still boleh survive dengan kenaikan harga barang mentah. Jadi, kalau ada peniaga naikkan harga barang dengan alasan harga barang mentah naik, bolehlah dipertikaikan .. ye tak?

    ...
    Hmm ... nampak sedap je kek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu Abg HH. Susah nak cari benda yang murah lagi-lagi makanan.

      Delete
  2. alahai jauh le pulak nak mendapatkan kek viral singget ni :D

    ReplyDelete
  3. Fuhh, peniaga ni memang ikhlas nak buat kek rm1, ye dak....
    Kalau bertahan lama nih, memang terbaikk ler peniaga tuu...hehe~
    Johor takda bukak cawangan kaaaaa....... tsk, tskk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama kek ni bertapak kat segamat sejak viral. ramai yang beli sebab tu mampu bertahan kan.

      Delete
  4. dulu kat tempat akak pun viral gak kek seringgit ni,sampailah ramai yang keluarkan kek macam ni...lepas tu senyap dah kek viral ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye kek kak. bila dah ramai susah pula nak kawal sebab banyak persaingan

      Delete
  5. murahnya RM 1.
    kalau teringin sgt tu boleh lah beli kan..
    rasa belakang kira ;)

    ReplyDelete
  6. waaaahhh....murahnya RM1..
    tp awatla jauh benooo...
    klu dekat nak gak la rasaaa...

    ReplyDelete
  7. perghhh murahnya kak.. maknanya yg jual mahal tu, untung berbaloi la.. hmm. smoga murah rezeki kedai ni..

    ReplyDelete
  8. murahnya rm1..nasb baik jauh kalau tak dah g beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kalau dekat memang berdesup terus pergi beli kan.

      Delete
  9. Ala.. Jauh.. Kalau dekat boleh juga try nie..

    ReplyDelete
  10. Kalau laa stay kat segamat ni , agak2nya tiap2 minggu CCL ulang beli kek

    ReplyDelete
  11. Boleh Saya dapat nombor? Untuk buat tempahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi owner kak..sy bukan owner. sy share kek je

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu