DIY Statice Flower Bouquet

Friday, October 20, 2017

Seronok wei tengok bunga-bunga segar cantik-cantik dan murah-murah dekat Lee Wah Florist hari tu. Balik dari kedai bunga tu terus rendam bunga dalam air sebab bunga segar yang beli tu takde sediakan kapas basah atau bekas air. Kalau beli bunga segar memang bawa macam tu je la. Tak sesuai untuk perjalanan jauh, takut kalau bunga cepat layu sebab kekurangan air.

Lepas tu, cepat-cepat Fiza DIY (Do It Yourself) statice flower bouquet ni kat rumah dengan bantuan husband. Sebenarnya sebelum beli bunga, Fiza dah tengok beberapa tutorial wrapping flower bouquets di youtube. Nampak macam senang je sebab tu decide nak buat sendiri je. Plus, buat sendiri lebih menjimatkan dan puas hati.

Percaya atau tidak, dengan bermodalkan kurang daripada RM50 boleh dapat flower bouquet secantik ini. Tak semua bahan-bahan yang Fiza gunakan Fiza beli baru. Ada yang dah ada dalam stok simpanan Fiza macam burlap fabric dan tali guni tu. Tag tu pula Fiza DIY juga nampak lebih sesuai dengan burlap fabric tu kan. Lagipun tag tu salah satu trademark yang biasa Fiza gunakan.

diy-statice-flower-bouquet

Bahan-bahan
1 bundle statice flower
Beberapa tangkai yellow peacock
1 helai burlap fabric
1 helai wrapper plastik
Tali guni
Kapas basah
Plastik/aluminium

Cara-cara
1. Buat susunan bunga, kemudian ikat dan potong lebihan batang
2. Basahkan kapas dan dan balut dengan plastik pada bahagian bawah tangkai
3. Balut bunga dengan menggunakan burlap fabric dan ikat.
4. Kemudian baru balut dengan wrapper plastik
5. Akhir sekali baru ikat.

Kalau kurang jelas mungkin kau orang boleh refer pada youtube. Fiza tak sempat lah nak buat tutorial bagai sebab nak cepat balut sebab esoknya dah nak gerak pergi konvo anak buah Fiza. Apa yang ada hanya gambar yang sudah siap. Dah siap nampak cantikkan? 


Sedang elok saiz flower bouquet ni. Tak besar dan tak kecil sangat. Paling penting ada nilainya tersendiri dan di buat dengan kasih sayang lagi. Jadi, harganya priceless.

diy-statice-flower-bouquet

Ramai yang tanya bunga apa dan jawapannya adalah statice flower. Sejenis spesis bunga seperti bunga lavender. Bunga yang agak rare juga ni. Mempunyai maksud yang tersendiri. Tapi Fiza tak fikir pun maksud pemberian bunga ni. Yang Fiza tahu bunganya cantik dan sesuai untuk disimpan dalam jangka masa panjang walaupun dah kering.
What is the meaning of statice flower?
Grown for both its colorful flowers and its everlasting calyx (the green leaf that encloses the flower bud), statice is also considered an herb, referred to as "sea lavender." Statice is commonly used in dried flower arrangements as well as fresh bouquets. Its botanical name is derived from the Greek word "limonium," meaning meadow, referring to the plants original habitat and likely why this versatile flower is also called marsh-rosemary.With a misty and seafoam appearance (two more names associated with this wildflower-like plant), in the language of flowers, statice symbolizes remembrance.-credit google
diy-statice-flower-bouquet

Anak buah Fiza pun suka dengan bunga ni dan kawan-kawan dia pun cakap cantik. Okay, tiba-tiba rasa kembang semangkuk bila orang puji. Misi seterusnya, satu lagi DIY flower bouquet yang Fiza kena siapkan untuk sorang lagi anak buah Fiza.
With Love,
image

26 comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah atas anugerah ini. Terima kasih :)

      Delete
  2. mesti lagi jimatkan bila diy daripada beli hehe btw memang cantik sangat bouquet tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu. Lagi jimat dan puas hati letak bunga banyak :)

      Delete
  3. singgah pagi jumaat :)
    wow kalau dah kreatif semua menjadi kan

    ReplyDelete
  4. cantiknyerr!! nampak mahal.. kalo jual kat konvo ni, untunggg hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..untung kalau orang beli. Kalau tak beli, rugi jadinya :)

      Delete
  5. cantik. simple tapi menyerlah. sangat sesuai untuk lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Pilih putih sbb sesuailah untuk lelaki kot.

      Delete
  6. wah..cantik sgt. Betul tu, bila buat sendiri rasa lebih puas.. caiyok caiyok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu. Lebih puas hati bila dah siap cantik

      Delete
  7. cantik fiza bila dah buat jambangan macam tu...

    ReplyDelete
  8. macam di UTP jer... bunga tu pun rare juga tak perlu colourful sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu di UTP dan bunga tu jarang nampak :)

      Delete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu