Fresh Flower Murah-Murah

Punyalah susah nak mencari bunga segar @ fresh flower yang murah-murah area Seremban ni. Sebelum ni pernah pergi Seremban Florist beli fresh flower bouquet yang dah siap untuk konvokesyen anak buah Fiza. Harga boleh tahan murah juga tapi tak semurah harga bunga segar murah di Petaling Street.

Kalau di tanya kat mana kedai bunga murah, rata-rata akan jawab Petaling Street. Gigih lah Fiza dan husband pergi ke Petaling Street cari bunga segar untuk konvokesyen 2 orang anak buah Fiza. Motif utama memang nak beli bunga segar untuk buat sendiri flower bouquet. Tujuan lain saja nak tengok banyak mana murah yang dikatakan tu. Kalau berbaloi nanti boleh pergi lagi kan.

Chrystanthemum pom pom RM14.84 satu bundle ni. Boleh buat 2 flower bouquet

Sampai je kat sana, tak tentu arah mata ni nak tengok mana satu. Banyakkkkk sangat bunga yang ada. Rambang mata nak memilih. Pulak tu murah-murah daripada kedai bunga yang biasa-biasa yang pernah Fiza pergi. Dua tiga kali juga pusing-pusing dalam kedai sebab tak tahu nak buat pilihan yang mana satu.

Baby breath 1 bundle RM2+.++, baby filler, yellow peacock harga belas-belas je 1 bundle.

Aim Fiza bukan lah bunga ros sebab dah biasa sangat dengan bunga ros. Jadi, pilih yang agak rare dan tak sama dengan orang lain. Well, Fiza lebih suka sesuatu yang unik dan tak sama dengan orang lain. Baru nampak menarik.

Carnation RM14.++ satu bundle

Sebelah kanan bunga ros RM16.++ satu bundle 


Selain bunga, lengkap dengan barang-barang untuk buat hiasan bunga. Fiza beli sekali wrapper untuk flower bouquet. Banyak juga pilihan yang ada. Fiza beli 1 bundle Wrapper RM19.08. Senang untuk stok nak guna akan datang.


Hari tu Fiza cuma beli bunga chrysanthemum pom pom, statice dan yellow peacock je. Ikutkan hati nak je beli bunga-bunga segar yang lain yang murah gila ni.

Chrysanthemum pom pom 1 bundle RM14.84

Statice flower 1 bundle RM14.56
Yellow peacock 1 bundle RM12.72
Total semua RM61.20 sahaja untuk buat 2 flower bouquet. Nanti Fiza kongsikan hasil flower bouquet yang dah siap next entri. Kalau kau orang nak cari bunga segar murah, carilah di Petaling Street ada 2-3 buah kedai bunga yang popular dengan kemurahan harganya. Yang Fiza pergi nama kedai tu Lee Wah Florist Sdn Bhd. 

Kalau nak datang sini kau orang gunakan waze pun dah boleh sampai terus ke kedai. Tapi kat sini agak sesak untuk parking. Tapi jangan risau lah sebab ada tempat parking berbayar tak jauh daripada kedai tu. Kalau nampak kedai Lee Wah sebelah kanan, jalan depan lagi masuk kiri ada tempat parking berbayar. Agak mahal juga parking nya tapi takde pilihan parking juga kat situ. 1/2 jam RM3.50.

Lee Wah Florist Sdn. Bhd

Florist in Kuala Lumpur, Malaysia
129, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 
50000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-2078 2822

10 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhhh cantiknyaaaaaaaa!! blh meroyan dan sawan kalo p sana nihhhhhhhhhhhh..hahah

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bunga..

    Cuma bunga Segar tak tahan lama

    ReplyDelete
  3. cantik2nya fresh flower,
    kat seremban mmg susah nak carik kan..

    ReplyDelete
  4. cantik sangat chyrsanthemum tuuuuu, nice je color :D

    ReplyDelete
  5. hadoii..cecantik semua bunga tu...paling akak suka baby breath....dapat satu bundle tu...bestnya

    ReplyDelete
  6. sekarang ni trend hias guna bunga fresh

    ReplyDelete
  7. wow, cantiknya... kalau orang kreatif ni semua benda nak diy.. kalau beli jambangan siap mesti harganya berkali2 ganda mahal kan... blh buat part time mcm nih...

    ReplyDelete
  8. Pandai pilih bunga... saya belum ada kemahiran tu tapi nak belajar juga lah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.