Risiko Cabut Gigi Selain Bengkak

Thursday, December 22, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ingatkan lepas cabut gigi geraham bongsu tu dah okay dah sakit walaupun bengkak. Rupanya tak! Ada pulak sakit yang lain. Hari pertama cabut gigi tak berapa nak nampak sangat kesan dan sakitnya. Masuk hari kedua, tu dia punya kesan dan sakitnya tu memang sakit ya amat!

Tepi bibir sebelah kanan melecet teruk akibat dari geselen peralatan cabut gigi dan bukaan mulut yang terlalu lama sampai 1jam lebih tu. Masa cabut hari tu memang agak sakit sikit kejang mulut sebab bukak mulut terlalu lama kan. Tak tahu pulak ada kesannya. Tak pasal-pasal melecet. Dah macam kena dera pulak.


Bila dah hari kedua cabut gigi ni barulah nampak kesan melecet tepi bibir. Memang azab betul melecet ni sampai sakit nak bukak mulut kalau dah melekat tepi tu. Lagi-lagi kalau kulit bibir tepi tu kering. Nak elok cepat Fiza selalu sapu vaseline bagi lembap sentiasa. Takdelah sakit nak buka mulut kalau kering tu. Alhamdulillah beransur baik dah. Kulit bibir pun dah mengelupas ni.

Sakit gigi dah okay cuma masih bengkak. Harap-harap lepas habiskan antibiotik ni okay dah. Kena tahan lagi sakit melecet ni pulak. Walau apa jadi pun kena bertabahlah ye. Sesekali datang ujian sakit tu. Nak kata serik cabut gigi tu memang seriklah jugak tapi daripada tahan sakit selalu tu baik tahan sakit sekali ni je. Jangan pulak entri Fiza ni buat korang tak nak cabut gigi kalau sakit gigi. Be strong enough. Semuanya akan baik-baik je.. InshaAllah
8 comments on "Risiko Cabut Gigi Selain Bengkak"
  1. Allah.. ujian sungguh.. tapi gigi geraham! Memang agak payah sikit nak cabut..

    ReplyDelete
  2. adusss seksa jugak ye. tapi takpe, janji gigi dah baik.
    moga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  3. salam..

    semoga cepat sembuh sis... betul tu..biar sakit sekali (cabut) dari sakit berkali2 (sebab x cabut).. kumur garam yer... :)

    ReplyDelete
  4. selama nie e'in mmg tak penah cabut gigi kat klinik.. cume ade sekali je cabut gigi kat klinik sbb dh kerap sgt sakit.. lps beberapa jam cabut tu, terus rase sakit dh.. huhu

    ReplyDelete
  5. buat kat swasta ke kerajaan? mahal tak nak cabut geraham bongsu?

    ReplyDelete
  6. be strong fiza! pasni takde nk cabut2 gigi lagi dah.. seksaa

    ReplyDelete
  7. alahai gigih tu memang payan nk cabut.. memang bahaya cabut time sakit ni macam2 risiko.. moga cepat sembuh akak,,

    ReplyDelete
  8. Allahu.. semoga cpt sembuh, Ju pun ada plan nak pegi cabut gigi geraham ni. Blubang mcm kawah daa huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature