Blog Sihatimerahjambu Dah Berubah


Ada juga terdetik nak tukar template blog baru sebab nak bagi mood baru pada blog. Kebetulan template blog Fiza bermasalah pulak ada button dan ada beberapa widget tak berfungsi. Disebabkan itu mungkin juga traffik berkurang sebab macam susah nak access blog Fiza tu. Bila dah jadi macam tu beberapa hari juga lah Fiza mencari template yang sesuai walaupun boleh je buat sendiri tapi lebih suka beli template yang dah siap je sebab dah tersedia semua coding dan cara nak install pun mudah je.

Nak dijadikan cerita, ada berkenan dengan satu template ni tapi tak dapat beli sebab ada masalah payment by paypal. Jenuh jugaklah Fiza tanya blogger yang lain. Kalau sebelum ni beli by paypal takde balance boleh je buat payment sebab dia akan tolak dari account bank yang kita register. Sekarang tak boleh dah, mungkin juga masalah kad yang dah tukar baru tu. Sudahnya kemurungan sekejap tak dapat beli template tu.

Tak puas hati tak dapat apa yang diinginkan tu, Fiza cari lagi dan cari lagi sampai terbekenan dengan template yang ada sekarang. Nasiblah tak perlu buat payment pakai paypal. Luckily boleh guna credit card. Suka betul hati Fiza dapat beli. Kalau tak, hadap PC tak buat kerja lain mencari template je la.

Memang rasa seronok dapat beli template yang dah siap tu sebab lengkap semuanya. Tapi tu la jenis Fiza memang suka kan kelainan, Fiza akan ubah mana yang Fiza rasa lebih sesuai. Ubah warna tu dah tentu lah kan. Ikut warna yang kita suka. Sebenarnya lagi pening kepala nak edit coding template yang dah siap ni sebab codingnya terlalu banyak dan tak faham. Kenalah try and error tukar coding tambah coding macam tu. Sampai stress juga dibuatnya. Sebab tu Fiza memang tak nak ambil tempahan editing template yang dari internet ni yang jenis responsive SEO bagai ni. Sebab tahu Fiza akan hadapi masalah stress kalau tak menjadi. Untuk orang yang pakar bab coding ni takpelah kan. Fiza biasa-biasa je masih lagi belajar.

Saja Fiza pilih template yang minimal design. Tak sarat sangat dengan corak background lain. Yang ada warna putih dan beberapa tona warna pink. Terlebih jambu ke terkurang jambu entah. Okaylah kan sedap mata memandang. Dapatlah juga pasang header blog besar gedabak macam dulu-dulu. Buat header pun simple juga. 
Less is more
Lega bila dah settlekan bab blog sendiri ni, banyak benda nak kena buat bila bertukar template ni sampai tak tidur malam dibuatnya. Yang biasa dengan kerja ni mesti faham kan. Harap boleh ringankan blog juga sebab ada pembaca komplen juga. Itupun kena ambil kisah tu. Terima kasih ye. Rasa fresh je tengok blog sihatimerahjambu ni dah berubah.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Salam singgah sini dik Fiza.. wahh...berwajah baru dah blog Fiza....akak pun blog berwajah baru juga...hihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ye, lebih ringan katanya..Terima kasih sudi singgah sini :)

      Delete
  3. tetap lawa, kemas dan cantik seperti selalu ^_^

    ReplyDelete
  4. Cantik blog ni! Boleh melawat selalu :D

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  5. hehehe... alhamdulillah fiza dah tukar template.. senang nak berkunjung ke blog fiza ni sebab laju jerk loading.. kalau dulu punye la lama nak loading.. tahniah fiza.. cantik blog.. kemas..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.