Pageviews Dah Cecah 10, 000, 000

Tuesday, June 14, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Hati blogger mana yang tak suka kalau dapat pageviews dah cecah 10, 000, 000. 10 Juta bukan jumlah yang sikit. Kalau dapat 10 Juta duit sebenar tu kayo den. Dapat traffik 10 juta pun dah kira berbangga dengan pencapaian blog sendiri. Dari rekod sebelum ni nak capai penambahan 1 juta pageviews tu makan masa 2 bulan, lepas tu dalam sebulan dah capai 1 juta dan sekarang dalam setengah bulan dah dapat tambah pageviews 1 juta. Alhamdullah...nikmat macam ni lah dapat beri kepuasan pada seorang blogger. Betul tak?

Selain daripada blogwalking dari blogger lain. Mungkin juga dari exchange link daripada beberapa pihak yang sudi untuk bekerjasama dan percaya dengan perjalanan blog Fiza ni. Dan mungkin juga daripada beberapa carian google sebab Fiza tengok kebanyakkan sumber traffik dari google. Fiza ni sejenis blogger yang jarang ping entri blog di group-group facebook. Semuanya automatik update terus ke facebook menggunakan application networkedBlogs. Lepas publish entri dia akan terus update ke facebook, fanpage dan twitter. Selain tu, Fiza ping entri di pingje. Itu je la yang Fiza buat selalunya.




Harap pencapaian ni boleh bagi sumber inspirasi pada blogger lain juga. Semua orang boleh berjaya dalam dunia blog. Cuma masa menentukannya. Dan tak perlu kecam blogger lain. Bukan menunjuk tapi lebih kepada berkongsi kejayaan untuk orang lain berjaya juga. Itulah yang Fiza nak sampaikan. Jom berjaya bersama. Gambatte kudasai minna-san!



Bila dah capai pageviews macam ni harap boleh beri lebih kepercayaan kepada syarikat yang ingin beriklan dan bekerjasama dengan Fiza di masa akan datang. Semoga murah rezeki kita semua. Aaminn...


With Love, Sihatimerahjambu

20 comments

  1. Huiyoooo kak!!!! Tahniahhhhhhhh! Perghhhh blog akk memang ena suka mai..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Biasa biasa je Yui..Yui pun boleh camni. Terima kasih Yui :)

      Delete
  3. wow hebat.(>.<) Sertai Segmen Memori Berkasih Ucing Follow :cool:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ucing. Jika berkesempatan nanti Fiza join ye.

      Delete
  4. wahhh bestnya !!! kami jauh lagi nak pergi . hahahaa
    apapun jom join first giveaway kami . Tekan link >>> http://www.vetovirago.com/2016/06/giveaway-sejuk-sedap-ramadhan-2016.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti boleh..usaha lebih ye.

      Terima kasih jemput. Jika bekesempatan nanti fiza join ye

      Delete
  5. giler la PV 10 juta. hari2 PV 30K. Terbaik la pija :D afzal punya PV baru 1 juta hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.