Design Blog Busyra Takiyudin

Saturday, June 11, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Salam 6 Ramadhan. Selamat hari sabtu! Pejam celik pejam celik dah Ramadhan ke-enam. Macamana dengan puasa? Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. Aaminn... Bulan puasa ni walaupun sedikit kepenatan dan kurang tenaga untuk melakukan kerja tapi tak bermakna kita boleh jadikan 'puasa' sebagai alasan. Kan?

Okay, berbalik semula kepada tajuk entri. Fiza terima satu lagi tempahan design blog dari Busyra lagi. Ini kali ke berapa dia tukar template blog dia. Masih lagi diberikan kepercayaan dan peluang untuk mendeko-deko blog Busyra. Walaupun dah beberapa kali tukar template blog, warna pink tu tak pernah tukar. Wajib ada! Salah sorang geng blogger pink Fiza ni. ok sep sikit!



Untuk tema kali ni design yang minimal juga tapi ditambah seri kan dengan brush effects dan juga watercolor flower. Baru kena one set template blog. Nak tengok full view, kena singgah ke blog Busyra.
www.busyratakiyudin.com

With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.