Rak Rempah Ratus

Bila dah siap DIY Sticker label, projek rak pulak tergendala sebab tak cukup materials nak DIY rak rempah ratus. Sebelum ni rak rempah ratus Fiza gunakan yang macam dalam gambar bawah ni tapi sangkut dekat tingkap je [lepas renovate rumah, tingkap bilik belakang tak hapuskan. So antara dapur dan bilik ada tingkap].

Bila sangkut kat jeriji tingkap memang nampak tak berapa nak cantik la sebab nampak jeriji dan cermin tingkap tu. Sebab tu cadangnya nak buat rak kayu yang boleh tutup permadangan belakang tu.Tapi tergendala pulak nak buat sebab takde alatan asas perkayuan gitu. Nak cari tukang kayu tak tahu pulak. Nak beli kat IKEA macam takde pattern yang sesuai. Yang ada pun macam terlampau bajet pulak.

So Fiza terfikir nak tambah wallpaper je belakang rak ni. Maksudnya tutup/cover tingkap tu dengan wallpaper. Wallpaper bukanlah wallpaper dinding tu ye. Fiza gunakan tikar getah sebab tikar getah tahan lama cuma nak seal tepi frame tingkap je. Memang tak sesuai kalau guna wallpaper biasa tu. Nanti fiza up entry tikar getah tu ye. Bukan tikar getah biasa²Lepas dah siap pasang wallpaper tu barulah boleh senang hati tengok permandangan cantik ni sebab pilih corak kayu yang nampak cantik ni. Memang padan dengan hanging rak berwarna bronze ni.

Rak Rempah Ratus

Rak ni dah lama beli sejak mula mula kahwin dulu rasanya. Tahan lama dan besi pun berkualiti. Tak rugi membeli. Harga RM13.90/each rak kat Mr. DIY. Banyak lagi rak yang cantik dan simple. Pilih je mana yang sesuai untuk dapur korang. Nak hias dan nampak cantik kenelah kreatif dan beli ikut bajet yang kita rasa sesuai dan berbaloi.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. nad nak buat mcamdekat ikea..tapi tu la bajet takde..haaha..so bli rak dua tingkat plastik je..

    ReplyDelete
  2. comelnyaa.. idea yg menarik.. boleh buat deco dalam bilik sendiri.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Memang syok je tgk fiza deko2 nih.. Terbaik..

    ReplyDelete
  4. pija punya wall sticker tu beli kat DIY jugak ke?macam papan betul. Alaa harga blakang kira janji kondisi terbaik :D Nice pija!

    ReplyDelete
  5. NiCe, cantik gbungan rak dgn background.. tmbh bsmngt memasak lps ni

    ReplyDelete
  6. wah..cantik..idea menarik ni..nk kena jenguk mr diy la

    ReplyDelete
  7. kemas and teratur.. suka tengok ! x sbr nk ada uma sendiri

    ReplyDelete
  8. alahai fiza..kagum tgk..kemas betul susun atur fiza ni

    ReplyDelete
  9. cantiknya a'a buat. PG tengah survey wallpaper ni. nak letak dekat dapur :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.