Bandar Hilir Melaka

Masih dalam hari pertama di Melaka. Bila perut dah kenyang memang seronok nak berjalan. Cumanya cuaca sekarang panas kan. Lepas makan pergi Bandar Hilir Melaka. Tempat yang wajib pergi kalau ke Melaka ni. Ini ntah kali ke berapa pergi sini lah. Ikutkan taknak pergi sebab dah pergi tapi takpe, mungkin ada sesuatu yang baru kan.

Bandar Hilir Melaka

Bandar Hilir sebuah kawasan pelancongan di Melaka yang terletak di dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya.

Di Bandar Hilir dipenuhi dengan Bangunan Merah yang dikenali sebagai Bangunan Stadthuys. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 dan bangunan ini juga merupakan rumah rasmi bagi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat satu gereja yang bernama Christ Church dimana ianya telah berusia 250 tahun lebih.Terdapat juga kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda.Bangunan Stadhuys sekarang menempatkan Muzium Sejarah,Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi oleh pelancong

Kat sini memang selalunya jadi tumpuan pelancong. Selain bangunan banyak kedai jualan yang ada untuk dibeli sebagai sourvenir. 


Masa ni tak berapa nak ramai lagi. Kat sini juga ada perkhidmatan beca. Beca yang dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan dan tema macam hello kitty, rama rama dan macam macam lagi ada. Siap ada lagu lagu lagi tu. Memang menarik tapi Fiza tak naik beca sebab dah pernah naik dulu. Harga pun mahal juga RM20 untuk satu beca jalan kat area situ yang tak berapa nak jauh. So agak tak berbaloi nak naik. Cukuplah pengalaman sekali je. Tapi kalau nak merasa naik apa salahnya kan. Beca juga salah satu tarikan yang ada kat sini.

Bandar Hilir Melaka

Bangunan Stadthuys

Kat Bandar Hilir ni bukan ada bangunan merah ni je. Ada tempat menarik lagi di kawasan terdekat.

A Famosa
Istana Kesultanan Melaka
Dataran Pahlawan
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Menara Taming Sari

Pusat Membeli belah
Mahkota Parade
Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Carrefour

Hotel
Hotel Equatorial Melaka
Hotel Holiday Inn
Hotel Mahkota Century
Hotel Pahla1

Dah puas jalan jalan kat sini, terus bergerak  ke destinasi seterusnya. Stay tuned :)

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. saya skip baca entri ni kak..sbb saya jealous..hahaha..boleh gitu nak komen? lol.. seronok mai melaka,satu hari mmg tak cukup,tp itulah last mai sana masa 2010..itu pun buat tugasan.. T___T

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah sabtu dik Fizah...kalau tengok kt tv tentang melaka ni...teringin nak pergi...suka tengok beca yang di hiasi dgn cantik oleh pemiliknya...

    ReplyDelete
  3. balik sana jarang sekali dpat ke sini..selalunya suka lepak kat kampung je;minum coconut shake..nyummy

    ReplyDelete
  4. bila sebut melaka ni teringat pulak kt coconut shake kat klebang tu hihi..

    ReplyDelete
  5. lame xjejak kaki ke melaka...
    rajin jugak mase blaja dulu jalan2 sane
    tapi sane sesak btl

    ReplyDelete
  6. Masa akak pi dulu kat sini ramai yg amik pre wedding photo...mesti cantik kan...

    ReplyDelete
  7. Port lepak zaman bujang dulu..masa kerja di Melaka

    ReplyDelete
  8. cantik la fiza amik gmbr dr cni..xpenah naik kt ats ni..

    ReplyDelete
  9. Baru sekali je lya menjejakkan kaki ke cna

    ReplyDelete
  10. Cantikk..kat sini boleh la lepak2 sambil jamu mata shopping ka tepi2 jalan ramai penjaja ..duk jual barangan kraf ..Yang penting FM kena beli hehehhehe ................

    ReplyDelete
  11. Kak Lya naik kat ats bukit ambik gambar jugak masa g Melaka ..Lagi nampak jelas bila panjat bukit ni ambik gambar ...Kebetulan kereta park kat ats bukit terus la ambik gambar dari atas ..View dia lg menarik

    ReplyDelete
  12. pemandangan yang agak menarik juga... tak sabar nak bawa anak-anak melawat tempat2 pelancongan macam nie...

    ReplyDelete
  13. Melaka sekarang dah maju. Banyak benor shopping mall, dah tak payah pergi turun KL.. :)

    ReplyDelete
  14. best g melaka.. banyak tmpt2 bersejarah boleh pegi...

    ReplyDelete
  15. tempat wajib untuk pelancung datang ni..
    lagi pun dekat dgn hard rock..

    ReplyDelete
  16. Melaka mnrik.. Tp kna pergi dlm mood yng baik.. Bru seronok berjln.

    ReplyDelete
  17. kalau time malam, cantikkkkkkkkk yang amat tuuuuu ~~~~ he heeee~
    meriahhh dgn lampu2, beca, sakan betol, nak2 ujung mguuuuu ~

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.