Braces Monthly Check Up, B2

Hari Sabtu yang sibuk. Pagi urusan di Pilah, petang urusan gigi di Seremban. Selepas sebulan 2 hari pakai braces (B1), tiba masanya jumpa doktor untuk braces monthly check up (B2). Appointment kali ni dengan Doktor lain pula. 

Braces Monthly Check Up

Lepas daftar, tak lama menunggu terus dipanggil masuk bilik room 3 di tingkat atas, Doktor A. Sebelum masuk, pilih dulu getah O ring braces di kaunter depan. Ada banyak pilihan warna. Rambang mata nak pilih mana satu.

Disebabkan saya dah decide awal nak tukar getah O ring warna apa, jadi tak makan banyak masa untuk memilih. Terus pilih warna hitam. Warna hitam antara warna yang popular di pilih oleh pemakai braces sebab nampak gigi putih, getah tak bertukar warna, tak nampak kotor dan nampak trendy.  

Braces Monthly Check Up

Braces Monthly Check Up, B2

Selain tukar getah O ring, doktor tambah 1 lagi bracket pada gigi geraham belakang. Rasa sakit sikit bila letak bracket baru sebab tekanan baru pada gusi mula terasa macam waktu mula-mula pakai braces. Tapi sakit tu kejap je lah, beberapa jam je. Lepas tu OK sudah.

Tapi kurang selesa sikit bila letak bracket baru tu, wayar besi hujung tu selalu bergesel dengan dinding mulut tepi. Kalau luka, confirm ulser! Mujurlah tahap toleransi kesakitan saya agak tinggi juga. Jadi boleh dibawa bincang. Malas nak guna ubat titis ulser dan wax yang dibekalkan. Hadap je lah.

Kalau pakai wax lekat pada hujung wire tu nanti risau pula tertelan sebab kalau nak makan kena tanggalkan. Bukan apa, risau lupa. Tu je. Baiklah kita tahan selagi boleh tahan.

Bulan depan, doktor akan review progress braces selama 2 bulan ni macamana. Setakat sebulan lebih pakai braces ni gigi tepi kiri kanan bawah dah nampak perubahannya. Gigi yang sendeng sudah mula menegak dah. Yeay! Alhamdulillah.

Tapi dalam masa yang sama ada beberapa batang gigi dah mula jarak antara satu sama lain. Kira cepat jugalah pergerakan gigi selama sebulan lebih ni.

Tak sabar nak tengok hasilnya selepas 2 bulan nanti. Harap gigi tak buat masalah lah nanti.

18 comments:

  1. Assalamualaikum sis, baik warna hitam, dulu pakai warna nutreal stail lama kan hehe.. Makan yg berkunyit, jadi kuning,. Nampak dah cantik gigi sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam... yang tu mungkin jenis self ligating braces kot, dia tak ada O ring berwarna. Saya pakai jenis tradisional braces, conventional braces.
      Betul, pakai hitam tak mudah bertukar warna bila makan makanan yang ada warna. Gigi dari depan memang nampak tersusun, tak berlapis. Pakai sebab ada gigi tepi senget lepas cabut tak ganti gigi.

      Delete
  2. Oic pakai braces pun ada follow up rupanya. ^^ InshaAllah lepas ni boleh bukak dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau jenis conventional braces ni kena setiap bulan. Jenis self ligating tu 2-3 bulan macam tu kalau tak silaplah. Lama lagi nak buka ni,1-2 tahun atau lebih.

      Delete
  3. Jenuh juga tu tapi untuk kesihatan gigi supaya teratur tu kena la hadap juga rasa sakit yang selagi kita boleh tahan kan.....moga journey braces dipermudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kena jugalah kita buat monthly review untuk mempercepatkan process bagi gigi elok tersusun semula. So far sakit dia sikit sikit je lah, kejap. Boleh tahan lagi sebab bukan jenis gigi berterabur. Cuma nak betulkan tegak dari senget je.
      Mudah-mudahan begitulah. Terima kasih doakan. Aamiin...

      Delete
  4. Betul ke org kata pakai braces lama lama gigi jadi jarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masanya akan nampak jarak, nanti dia rapat semula.

      Delete
  5. Setakat ni macam mana? Dah dapat biasakan diri dgn braces?
    Tapi fiza mggu dpn byk mkn daging… boleh mkn ke tak nanti tu? 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah serasi sudah. Fall in love pulak. hihi..
      Itu tak menjadi masalah Anies sebab saya bukan pemakan daging sangat. Setakat nak buat rasa-rasa tu okay lah.

      Delete
  6. Whoaaa..Semakin berseri Seri bila Gigi dah cantik tuu! Teringin gak pakai sebab Gigi jarang tapi Macam tak berani nak ngadap follow up dsb..Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan dapat hasilnya yang memuaskan. Kalau gigi jarang sikit ada pilihan lain, boleh cuba buat composite veneer dengan sekali lawatan je nona. Pernah buat dulu rawatan ni untuk gigi depan.

      Delete
  7. Nampaknya saya memang minat dengan cerita braces kak fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sebab kita akan sama-sama melaluinya kan. Cuma beza jenis braces je.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.