Setelah Sekian Lama Tak Sarapan di Warung Laman Nurani, Kuala Pilah

Alang-alang ada urusan di Kuala Pilah semalam, pagi tu rancang nak sarapan di Warung Laman Nurani, salah satu tempat kedai makan sedap di Kuala Pilah. Nak makan mi bandung! Dah lama tak makan di warung tu sebab tutup. Rasanya baru kembali beroperasi. Tak pastilah dah lama kembali buka atau baru lagi.

Warung Laman Nurani, Kuala Pilah

Saya tahu pun sebab nampak ada orang share di facebook baru-baru ni. Ingatkan terus tutup lepas PKP tu. Tak silap 2 kali pernah pergi tapi tutup. Baguslah juga diteruskan sebab mi bandung situ sedap. Rasa mi bandung yang unik walaupun tak macam mi bandung Johor. Muar, spesifiknya.

Kali pertama dan terakhir sarapan di Warung Laman Nurani tahun 2021sarapan di Warung Laman Nurani tahun 2021. Tahun 2024 kita kembali lagi sarapan di sini. Selain mi bandung yang sedap tu, suka dengan suasana warung kampung yang mendamaikan ni.

Warung Laman Nurani, Kuala Pilah

Lepas selesai urusan di pekan Pilah, mohlah kita menuju ke Warung Laman Nurani. Lambat sikit sarapan jam 9.00 lebih macam tu. Semasa sampai pun ada lah 2 meja berpenghuni. Okaylah tak ramai, boleh makan dengan tenang dan berlamaan sikit.

Saya pesan mi bandung abah dan air suam. Pesan air suam je lah. Nak minum air kopi panas rasa bersalah pula dengan gigi sejak pakai braces ni. Banyak pula pantang larang ni. Risau nanti melekat stain kopi pada gigi dan bracket. Kalau pakai straw takpa lah.

Warung Laman Nurani, Kuala Pilah

Macam biasa, mi bandung eh sodap! Walaupun kuah dia tak pekat, agak cair tapi rasa dia tak mengecewakan lah. Tak sia-sia datang jauh dari Seremban. Suka mi kuning tu sebab tak rasa kapur. Mi kuning lonek yang disukai ramai. Tak banyak kedai jual mi kuning lonek ni. Susah juga nak dapat. Biasanya senang dapat di kedai runcit sekitar Kuala Pilah.

Sedap betul dapat menikmati mi bandung waktu sarapan pagi ni. Berpeluh makan panas-panas. Mujur tak minta pedas. Kalau tidak, lagi berasap makan mi bandung. Tu belum minum air suam lagi tu. Ini parah ni.

Udang pula segar, memang sedap lah mi bandung abah ni cerita dia. Peminat mi bandung wajib cuba.

Encik suami pesan nasi lemak gobar dan teh tarik. Sambal nasi lemak dia agak kurang menepati selera sikit. Sama macam sebelum ni. Tapi ayam rempah tu sedap kata encik suami. Teh tarik kurang manis, terbaik! Cuma kurang kaw je lah.

Warung Laman Nurani, Kuala Pilah

Total makan berdua, RM13. Kira murah lah tu kan. Kot terlimpas Kuala Pilah, boleh cuba makan sarapan pagi atau tengahari di Warung Laman Nurani ni. Waktu operasi dan menu seperti dalam gambar di bawah.

Warung Laman Nurani, Kuala Pilah

Sebelum pulang, jom kita tengok dulu ikan-ikan yang ada dalam kolam berdekatan dengan warung. Ada banyak jenis-jenis ikan. 

Warung Laman Nurani, Kuala Pilah

Jangan lupa untuk bergambar sekali di tulisan dinding ni tanda hadir.

Warung Laman Nurani, Kuala Pilah

Lokasi Warung Laman Nurani

No.19 Off Laman Nurani
Kg Sg Dua Besar
Kuala Pilah, Negeri Sembilan

4 comments:

  1. Dah tiga kali la sis ke situ, tentu sedap, nampak pun pekat lazat. Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali kedua makan di sini. Pernah datang sekali tutup pula. Mi bandung tu memang sedap.
      Sama².

      Delete
  2. Nampak tenang je makan kat sini sebab tepi parit besar / sungai tu......banyaknya ikan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang dan mendamaikan makan di tepi kolam dengan suasana kampungnya tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.