Responsive Ad Slot

Slider

Tarikh Puasa Sunat Zulhijjah 1445H/ 2024M Serta Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah Dan Hari Arafah

Tarikh Puasa Sunat Zulhijjah 1445H/ 2024M Serta Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah Dan Hari Arafah
Bulan Zulhijjah adalah salah satu bulan istimewa bagi umat Islam dimana umat Islam akan menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji. Zulhijjah juga dikenali dengan bulan haram. Bulan yang diharamkan untuk berperang kerana dianggap bulan yang suci.

Istimewanya bulan Zulhijjah yang terkandung banyak kelebihan, terutamanya pada 10 hari awal bulannya.

Tarikh Dan Niat Puasa Sunat Zulhijjah

Antara amalan penting pada 10 hari awal bulan adalah puasa dari 1hingga 9 Zulhijjah.

baca juga : kelebihan dan amalan 10 awal Zulhijjah

Tarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 1445H/ 2024M (Malaysia)

SUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH

  • 1 Zulhijjah/ 08.06.2024 (Sabtu)
  • 2 Zulhijjah/ 09.06.2024 (Ahad)
  • 3 Zulhijjah/ 10.06.2024 (Isnin)
  • 4 Zulhijjah/ 11.06.2024 (Selasa)
  • 5 Zulhijjah/ 12.06.2024 (Rabu)
  • 6 Zulhijjah/ 13.06.2024 (Khamis)
  • 7 Zulhijjah/ 14.06.2024 (Jumaat)
  • 8 Zulhijjah/ 15.06.2024–Hari Tarwiyah (Sabtu)
  • 9 Zulhijjah/ 16.06.2024– Hari Arafah (Ahad)

HARI HARAM PUASA

  • Hari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah/ 17.06.2024 (Isnin)
  • Hari Tasyrik : 11 Zulhijjah/ 18.06.2024 (Selasa)
  • Hari Tasyrik : 12 Zulhijjah/ 19.06.2024 (Rabu)
  • Hari Tasyrik : 13 Zulhijjah/ 20.06.2024 (Khamis)

NIAT PUASA SUNAT ZULHIJJAH

(1-7 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”

NIAT PUASA SUNAT TARWIYAH

(8 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH

(9 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

Semoga Allah memberkati segala amalan kita. Aamiin...
16
( Hide )
  1. rasa macam nak puasa...
    hmm tgk laa keadaan mcm mana esok ;-)

    ReplyDelete
  2. Info yang bermanfaat untuk rujukan umum. Selamat beramal ^^

    ReplyDelete
  3. Nak puasa tp belum boleh. Palingan nanti tak bisa full 9 Hari puasa awal .. semoga lah cepat selesai period Ini.

    ReplyDelete
  4. Contoh blog yang sangat keren dan konsisten, rapi dan simple. Keren

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan ibadah puasa sunat yang diklafikasikan sangat sukar dan mencabar

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sis terima kasih kongsi tarikh penting bulan Zulhijjah, teliti perkongsian sekali niat. InshaAllah. Happy weekend sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam...sama-sama.
      Happy weekend juga sis.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu