Hazelnut Chocolate Kek Terbaru Secret Recipe
Ini cerita bulan Oktober yang lepas. Tak sempat update bulan Oktober, kita update bulan November. Apa ada hal kan.
Nak dijadikan cerita, tengah scroll scroll instagram nampak post Mira Filzah promote kek terbaru Secret Recipe, Hazelnut Chocolate. Nampak macam sedap je. Kita ni dah lah pencandu hazelnut.
Dalam hati berkata, "haruslah kena cuba ni"
Baca komen pun ramai yang cakap sedap. Apa lagi, jomlah kita membeli. Dia punya nak rasa, terus beli sebiji kek. Ini bukan rasa-rasa ni. Ini buat tambah lemak! Betul-betul cheat week. Bukan cheat day.
Awas, sila jangan tiru aksi ni ye.
Lepas ni sila puasa makan kek. Kek dipotong-potong masuk bekas. Senang nak makan. Hanya perlu keluarkan bekas je. Dia kalau tak potong lambat sikit nak habis. Sebab malas nak potong. Kannn?
FYI, Kek ni macam cepat cair lapisan luar dan dalamnya. Sampai rumah dia jadi lembik. Kena masukkan dalam peti ais baru bagi keras sikit baru mudah nak potong dan sedap di makan.
Harga kek Secret Recipe Hazelnut Chocolate
Tapi kalau biasa beli kek Secret Recipe mesti perasan harga pun dah semakin naik dan naik harganya. Barang mentah pun dah mahal sekarang ni. So tak boleh nak kata apalah.
Lapisan dalam kek macam kek chocolate indulgence, lapisan dia rendah sikit tapi. Apa yang buat lagi sedap dia tak manis sangat dan tak muak. Itu yang sedap tu. Tambah pula ada cebisan kacang hazelnut.
Kacang pun kecil-kecil dan tak keras sangat. Untuk pemakai braces masih boleh gigit dan kunyah.
Sebiji kek ni dalam seminggu lebih jugalah nak menghabiskan. Mujurlah tak rosak. Peminat kacang hazelnut dan kek coklat indulgence kena cuba. Sedap! pasti tak megecewakan deria rasa anda.
kalau saya dah habis makan baru rasa bersalah ni...haha
ReplyDeleteokey la,kena terjah jugak SR ni...lama x makan kek dia..tp nak beli 1 slice je...
ReplyDeleteOk ok jom kita ke Secret Recipe cepat2. Sedapnya kek baru ni.
ReplyDeleteAkak memang suka kek yang tidak manis sangat sebab tidal muak makan.
ReplyDeleteHehe beli sebiji memang puas makan.
Wow..Macam sedap jee..Okaylah, nak try Nanti! Hahaa..Takpe, cheat sesekali..Kan!
ReplyDeleteLooks so yummy..kena try ni 😉
ReplyDeleteMenarik keknya..
ReplyDeleteLama tak berkunjung ke SR.
ReplyDeleteKena cuba juga ni.
Hehehee... Fizah, memang betul tu makan dulu menyesal kemudian.
Alamakk xda pula yg besday bln tidak leh jga promot suh beli kek ni he hee dpt rasa2
ReplyDeleteTgk potongan tu mcm indulgent
Jga kan
huiiishhh nampak sedap niiiiii nak try jugalah nanti lps gaji ;-)
ReplyDelete😔 kenapalah SR tutup semua cabang dia di Indonesia yaaa. Saya sukaaaa padahal kek dan menu2 mereka. Dulu zaman dating Ama suami, tiap pacaran kami prefer makan di SR 😄.
ReplyDeleteNampak sedaap memang kak 😍😍. Yg saya suka dari kek SR, dia memang tak over manisnya, dan tak buat mual krim nya itu. Ada banyak kek yg krim nya malah bikin mual kan. sR tak. Sedap krim dia
si kira berbaloi la ni beli
ReplyDelete