Bungkusan Misteri Sekali Lagi

Seusai suami balik dari Masjid sembahyang jumaat minggu lepas, masuk rumah nampak dia pegang satu bungkusan putih. Lalu bertanya "Ada beli telekung ke?. Ni ada tulis kain telekung".

Ehhhh, terpinga pinga nak menjawab macam ada buat salah besar je membeli tak bagitau suami. Tak pulak beli apa-apa, jawapan ringkas tanpa rasa bersalah. Memang tak bersalah pun kan sebab memang tak membeli apa pun lately.

Ada beli tapi dari China, tak sampai-sampai lagi. Tapi itu pembelian yang dah dipersetujui lah kan, of course! Itu cerita lain tak termasuk dalam ini cerita.

Fiza biarkan dulu bungkusan putih atas meja. Masa tu tengah sibuk buat kerja kat dapur. Dah siap kerja, baru membelek bungkusan tu.

Dari Anies. Ringkas nama pengirim. Anies mana pulak ni yang bagi kain telekung. Tak mungkin lah kawan zaman sekolah dulu. Tiba-tiba pulak nak bagi hadiah. Dah pelik di situ.



Lepas dah buka bungkusan barulah tahu siapa pengirim sebenar dia. Nampak ada tulis komen tu bermakna  Anies♥You yang bagi. Tak ada anies lain lagi kan. 

Penuh surprise lah dua hari berturut-turut dapat bungkusan misteri. Kali kedua dapat hadiah dari Anies. Kali ni dapat kain sembahyang jenama bunga mas yang bercorak batik berwarna merah.

Nampak kain ni teringat lah zaman pakai telekung cotton putih, kain sembahyang corak macam ni. Kena ikat cara manual. Tak ada tali bagai. Kalau ikat tu mesti ikat kuat, gerenti tak tertanggal bila pakai.

Dulu memang kain ni lah yang ada. Sekarang zaman dah berubah. Nak jumpa kain telekung putih pun dah kurang. Ramai yang lebih gemar pakai telekung berwarna. Material pun dah pelbagai dah.

Fiza masih setia guna telekung cotton tapi berwarna. Selesa dengan telekung cotton. Selesa dan sejuk. Pernah ada jenis lycra tapi kain getah dia cepat sangat loose. So bolehlah pakai kain sembahyang hadiah dari Anies ni untuk pakai di rumah. 

Pertama kali dulu dapat Wallet, Fridge Magnet dan round shape card bulan February haritu. 

Terima kasih Anies.

Siapa yang tak kenal dengan blogger Anies yang pemurah selalu bagi hadiah. Seorang blogger yang rajin blogwalking dan rajin tinggalkan komen. Tak pernah jumpa Anies. Cuma kenal di alam maya je.

Kau orang yang suka travel tu, bolehlah follow blog aniesandyou. Kalau dia cerita bab travel sana sini, penuh dengan gambar dan juga maklumat yang ada. Yang belum pernah terjah blog Anies, boleh terjah sekarang aniesandyou.blogspot.com.

Terima kasih Anies. Semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminnn...


17 comments:

  1. Alhamdulillah semoga rezeki si pemberi murah. Lain jenis telekung. Hehe seronok dapat kejutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Aaminn semoga murah rezeki Anies. Ini kain je kak. Tak ada telekung

      Delete
  2. alhamdulillah smpi juga akhirnya...


    sama2 ;-)

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Dapat hadiah lagi. Moga tambah erat ukhuwah walau hanya di alam maya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah murah rezeki si pemberi. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...best tu dapat telekung...saham akhirat untuk pemberi selagi mana penerima memanfaatkannya...

    ReplyDelete
  6. Untung dapat telekung.. tambah koleksi. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.