Hadiah Dari Blogger Anies

Friday, February 14, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Rezeki yang tak disangka tiba. Rasanya baru je blogger Anies inform yang dia dah poskan hadiah, tiba-tiba petang tu dah selamat sampai hadiahnya. Guna pos ekspress patutlah tak de hon hon dari abang posmen. Tahu tahu husband balik kerja masuk rumah pegang parcel. Ingatkan parcel shopping kat shopee tu. Rupanya silap.


Tengok nama pengirim."Oh blogger Anies rupanya". Terus buka parcel dan muncullah hadiah yang super duper comel ni. Fiza dapat wallet sulaman gambar owl ni, fridge magnet dan juga bepop lawak kampus round card. Semua limited edition ni. Terima kasih banyak-banyak blogger Anies kirimkan hadiah yang comel-comel ni.


Daripada gambar atas ni kau orang dah boleh agak macamana Fiza dapat hadiah ni kan. Rezeki rajin komen di Blog Anies. Blogger yang suka jalan-jalan. Seronok tengok gambar-gambar dan cerita blogger yang suka travel ni. Kau orang boleh terjah Blog Anies dan rajin-rajinlah komen eratkan silaturahim bukan semata-mata nak dapat hadiah tau! Hadiah tu kira rezeki. Jangan pulak kau orang ingat, komen banyak-banyak je dapat hadiah. Tak!

Buat blogger Anies, terima kasih banyak-banyak atas kiriman hadiah ni. Sangat-sangat menghargainya dan terima kasih juga rajin singgah blog Fiza juga. Semoga ukhuwah ini berterusan dan semoga dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminnn...

With Love, Sihatimerahjambu

12 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.