Syiling Lama Vs Syiling Baru

Kalau di instagram memang bersepah komen pengumpul syiling lama (old coin collector) mencari syiling lama kononnya nak beli syiling lama dengan harga yang mahal. Awas ya! Jangan tertipu dengan komen dan jangan dilayan jika ada old coin collector yang direct message instagram yang dihantar tu. Ini adalah salah satu modus operandi mereka untuk menipu sesiapa sahaja. Jadi, kena ingat yang ini adalah scam!

Sekarang ni berbeluasa betul scammer sana sini dan pelbagai jenis taktik yang mereka lakukan. Bijak betul mereka yang menipu orang ni. Jangan sesekali terperdaya dengan janji manis scammer ni kononnya nak beli dengan harga yang mahal. Padahal ada udang disebalik batu. Harap kita semua dijauhkan daripada scammer durjana ni semua.


Ini je syiling lama yang Fiza ada. Syiling yang disimpan sebab dah tak ada nilai untuk digunakan. Simpan buat kenangan je lah. Duit syiling 1 sen tu lagilah tak laku lansung zaman sekarang ni. Kalau dulu berguna juga lah kot. Zaman sekarang pun duit syiling baru pun orang tak pandang dah. Kalau ada duit syiling tu masukkan dalam tabung je lah. Tak kuasa nak masukkan dalam purse segala syiling tu. Buat berat dan rosak purse je kan. So ke tabung je tempatnya.

Bila syiling dah penuh tabung, satu masalah nak masukkan dalam bank. Tak semua bank terima duit syiling tu. Kadang rasa macam nak maki je kalau bank tak nak terima duit syiling. Tabung Haji juga lah tempat untuk masukkan segala duit syiling dalam tabung tu. Tak faham kenapa bank susah sangat nak terima duit syiling. Malas nak kira ke camna entah? Mesin kan ada!

Tabung ni kalau penuh hampir RM1k tau! Haritu lebih setengah pun dah RM5++
Bila tak ada cash, ambil duit tabung dan biasanya digunakan membeli di pasar malam je. Peniaga pasar malam okay je kalau terima duit syiling. Tapi ada je yang shopping di mall pakai duit syiling. Jenuh cashier nak mengira. Nak buat macamana kan, sebab susah nak bank in bila bank tak nak terima. Katanya dah ada mesin cash deposit syiling tapi sampai sekarang masih tak nampak kewujudannya. Tapi tak kisah dah lah, menabung ni tetap untung. Lama-lama banyak juga.

Sebelum syiling tu hilang nilainya, lebih baik gunakan sementara masih bernilai. Kalau tak, macam ni lah jadinya. Simpan je untuk simpanan koleksi syiling lama. Okay lah tu kan buat kenangan boleh cerita kat anak cucu nanti. Kotlah nanti masa depan lansung tak ada duit syiling. dah. Mana lah tahu kan. Entah entah nanti semua main swap card je lansung tak ada cash..Heii, jauh betul fikir. Ye lah, tahun depan dah 2020 zaman kereta terbang. Eh!


41 comments:

  1. Sy and suami suka simpan duit syiling sbb suami bisnes kan byk nk pki syiling ni. Bank kt tmpt sy ni ade je yg sediakan mesin utk duit syiling. So sng sgt nk simpan duit syiling tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaylah tu simpan syiling untuk bisnes. kat area sini masih belum ada mesin duit syiling. tu yg susah tu.

      Delete
  2. Anak buah Sha memang mak depa train menabung duit syiling. Kalau dah banyak biasanya tukar kat kedai runcit je. Biasanya kedai terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus di ajar menabung dari kecil. Kedai runcit kat area sini tak nak terima. entahlah tak tahu kenapa. jenuh juga tanya dari kedai ke kedai.

      Delete
  3. zaman kereta terbang.. kalau pikir dik akal sekarang kalau ade orang jual kereta terbang, takot nak naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..betul. rasa takut nak naik dengan bermacam kegagalan teknologi yang ada

      Delete
  4. PH suka simpan syiling juga. Suka kira duit tu bila tabung dah penuh. Then pergi tukar dgn pakcik jual roti canai :)

    ReplyDelete
  5. betul betul. menyampah dah Ray asyik dpt dm konon an old coin collector.
    i ignore all of 'em.

    ReplyDelete
  6. aku tidak pernah mampu untuk mengisi full syiling haha anak kos 500 rupiah pun tak ada sisa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham tu. takpa, kalau ada syiling lebih boleh menabung walaupun sikit.

      Delete
  7. Hahahha. betul. Apa guna buat duit syiling kalau bank tak terima duit syiling. Halahh halah bank pon. Saje je tauu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ..pelik bila dorang tak nak layan kalau nak bank in syiling. entah apa apa entah

      Delete
  8. best menabung syiling ni
    ada masa kita perlukan wang segera
    boleh tukar je kat kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada kedai. kadang kedai taknak duit syiling dah. huhu

      Delete
  9. Di Indonesiapun sekarang uang koin suka ditolak jika dipakai berbelanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya dalam proses melupuskan syiling seluruh dunia mungkin.

      Delete
  10. Simpan satu tabung di dapur, kadang kutip dalam washing machine + yg berterabur dalam rumah.. Pejam celik banyak jugak lama2..

    ReplyDelete
  11. saya dulu penuh tabung hello kitty dapat RM1ribu syiling + duit kertas. skrg xsempat penuh tabung, asyik korek je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..banyak tu 1k. begitulah kan..kadang berguna juga menabung syiling ni boleh guna waktu sesak

      Delete
  12. Hanya tinggal kenangan syiling2 lama tu kan.. :(
    Syiling yang sekarang ni simpan dalam tabung jelah.. sesekali bagi anak2 guna untuk beli kudap2.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. sy masih simpan lg duit 1 sen tu tp sy dah lupa kt mn sy campak hahahahaha byk jg laa... ada dlm 1 tabung tin milo

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak laku lah jadi terkumpul macam ni kan..dok kemas kemas ni baru jumpa jugak

      Delete
  14. rm1 lama tu mama pun ada byk tak tau nak simpan cane.. so, biarkan aje dlm tabung hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza ada 2 je yang masih tinggal. memang biarkan je dalam tabung

      Delete
  15. hahah zaman keta terbang eh! hahaha kelaka la sis

    ReplyDelete
  16. ye ek? kalo ada syiling cash deposit menarik jugak...bising berdenting2 kat cdm tu nanti..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau banyak, bunyi berdeting tu lagi meriah.siap sedia earplugs :p

      Delete
  17. simpan bt koleksi.. kadang2 rimas komen kt ig sampai kena block

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. simpan buat koleksi je. biasa memang block je ig dorang ni

      Delete
  18. Kak ana pun penuh dah tabung syiling. Nk masuk bank x semua ada mesin duit syiling tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, susah nak cari pun mesin tu. kalau ada entah mana lah letaknya

      Delete
  19. kalau mama kumpulkan balik yg dlm tabung mama pun byk dah takleh pakai tu.. takpelah simpan dulu nanti satu hari jadi brg yg berharga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita simpan buat kenangan je la. nak guna pun tak laku. nak jual pun memang taklah kan.

      Delete
  20. Part bank tak nak terima duit syiling tu memang geram.. Padahal ada je mesin.. bila tak digunakan, memang jadi kenangan jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram pun tak leh buat apa kak. Apa guna ada bank kalau tak terima duit kan..huhu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.